Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Bahas Usul Tergempar : Subsidi Diesel Nelayan

Ucapan saya semasa sesi perbahasan usul tergempar yang telah dibawa oleh YB Chong Chieng Jen (DAP Bandar Kuching) berkenaan harga subsidi diesel kepada nelayan.

BAHAS  USUL TERGEMPAR BERKENAAN HARGA  DIESEL BERSUBSIDI  & LAIN-LAIN PERMASALAHAN NELAYAN

18 Disember 2008

 

Dato yang di Pertua,

Usul ini berkenaan mogok nelayan diseluruh negara berkaitan dasar Kerajan yang dianggap tidak prihatin. Ianya tidak harus terjadi sekiranya pihak Kerajaan benar-benar dapat memahami dan meneliti masalah nelayan

Harga diesel bersubsidi semenjak Jun 2006 sehingga Jun 2008 ialah RM1.00. Akan tetapi sejak ianya dinaikkan kepada RM1.43 ianya baru melalui proses penurunan harga hanya sekali kepada RM1.30.

Dikala harga petrol dan diesel untuk konsumer awam  telah di reviu sebanyak 7 kali sejak Jun 2008 pihak Kerajaan masih berdegil didalam  tidak mahu menurunkan harga diesel bersubsidi dengan alasan bahawa  sudah terlalu banyak insentif yang diberikan kepada  nelayan

1.    Saya quote ayat   Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai berkata :-

 

Peruntukan untuk insentif pendaratan adalah RM130 juta setahun, dan jangkaan tuntutan adalah RM11 juta sebulan tapi yang dituntut cuma RM2.9 juta saja.

Ini bermakna mereka juga mendapat pendapatan yang besar kerana mereka tidak memerlukan insentif ini, (malah) ada yang takut buat pengisytiharan, takut pihak lain mendapat rahsia kejayaan mereka.

Harga ikan pun dah naik secara purata RM1 sekilogram berbanding tahun lalu. Ini membuktikan mereka tidaklah susah,” . Menteri turut berkataNak puaskan hati semua pihak memang mustahil,

 

 

 

Dato Yang Di Pertua,

1.      Ini merupakan satu kenyataan yang tidak adil dan tidak tepat. Sekiranya Menteri  yang bertanggungjawab terhadap kebajikan Nelayan telah membuat kenyataan begini, apalah harapan yang ada buat nelayan? Kemana lagi mereka nak mengadu?  Menteri telah  membuat satu andaian dari kenyataan tersebut  bahawa Nelayan tidak memerlukan insentif, sebab itu ianya tidak di tuntut. Saya ingin bertanya disini samada pihak Menteri telah benar-benar buat kajian, buat homework dahulu sebelum membuat kenyataan  ini. Lagipun pihak Menteri di dewan yang mulia ini pernah berkata didalam menjawab soalan dengan berkata bahawa isu diesel subsidi ini bukan dibawah Kementerian beliau.

 

2.      Secara purata bot pukat tunda Class C keluar 2 kali sebulan (selama 12 hari) dan perlu membeli sejumlah  24,000 litre diesel sebulan. Maksudnya mereka menggunakan lebih kurang12,000 liter diesel satu kali keluar   Dengan harga diesel bersubsidi RM 1.30  ini bermaksud  mereka perlu bayar RM7200 tambahan untuk diesel sebulan (untuk 2 trip) Keadaan Ini menambahkan kos operasi mereka sebanyak 60 % dan  terlalu membebankan untuk rakyat golongan nelayan

 

3.      Menteri juga berkata tentang Insentif Pendaratan sebanyak 10 sen sekilo hasil tangkapan bot-bot pukat tunda

Satu bot begini selalunya ambil masa 12 hari satu trip dimana, hasil tangkapan   ialah dalam 16,000 kilo (16 metric ton) buat satu  perjalanan kelaut. Dengan 10 sen sekilo insentif pendaratan, maka  untuk 32,000 kilo sebulan sekiranya dituntut kesemuanya berjumlah RM3200 sebulan. Ini merupakan hanya 50% dari kos tambahan mereka membeli diesel, iaitu(RM7200) . Jauh beza jumlah tersebut. Ini pun kalau sekiranya dapat claim semua. Dimasa yang sama  ramai juga diantara pengusaha bot pukat tunda ini tidak tahu proses bagaimana mendapat insentif tersebut. Dari maklumat yang saya terima hanya 30% sahaja tuntutan mereka diluluskan. (Ini konsisten dengan kenyataan pihak Menteri). Lebih buruk lagi apabila pegawai LKIM tidak dapat memberi penjelasan kenapa tuntutan mereka tidak diluluskan

 

4.      Kemudian Menteri juga  berkata tambahan kuota sebanyak 4000 litre sebulan telah di peruntukkan kepada Bot Pukat Tunda. Sedarkan pihak Menteri bahawa satu bot pukat tunda class C sudah pun mendapat peruntukan kuota untuk diesel bersubsidi.sebanyak lebih kurang 28,000 litre sebulan.

Isunya disini, allocated quota tu mencukupi, masalah mereka ialah availability. Selama ini masalahnya mereka nak beli diesel tapi dieselnya yang tak mencukupi. Keadaan ini sering berlaku waktu hujung bulan.

Kerana apa? Kerana selama ini Jumlah kuota yang ditetapkan di peruntukkan kepada nelayan tidak sama dengan jumlah diesel yang dapat dijual oleh pembekal. Contoh Kuantan yang punyai 374 jumlah bot berdaftar. Jumlah  kuota yang diperuntukkan kepada pula ialah 5.7 juta liter. Akan tetapi jumlah diesel yang dapat dijual oleh pihak PNK (Persatuan Nelayan Kuantan) ialah 4 juta liter kerana ini sahajalah yang dibekalkan olek NEKMAT. PNK dapat tak cukup, nak jual macamana. Bagilah tambahan kuota banyak mana  pun tapi kalau minyak nak beli tak ada apakah gunanya?

Menteri harus faham,‘Availability ‘tidak bermaksud ‘assesibility’. Oleh kerana itu menambah kuota 4000 litre sebulan tidak akan menyelesaikan masalah

Adalah diharapkan Menteri Janganlah buat polisi setakat political exercise sahaja, tanpa mngambil kira keperluan dan  kepentingan Nelayan

5.      Kemudian Menteri juga menjanjikan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan untuk nelayan  tempatan. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk membantu nelayan kerana  golongan ini rata-rata merupakan golongan yang  miskin. Akan tetapi setakat ini daripada yang sudah mendaftar, hanya 20% sahaja sudah yang menerima RM 200 sebulan ini secara konsisten sejak bulan Ogos. Apa sudah jadi dengan yang lain-lain yang mendaftar dan juga sudah mempunyai kad nelayan?

Dato Yang di Pertua,

6.      Bukan itu sahaja rungutan mereka. Nelayan di wajibkan membeli tong ikan khas yang insulated yang ada lambing LKIM dengan harga  RM100 lebih mahal dari harga diluar, untuk spesifikasi yang sama. Dan kalau mereka enggan membeli, mereka terpaksa pula menyewa dengan kadar RM30/ tong 100kg sebulan. Bukan kah sepatutnya LKIM membantu nelayan, bukan menyusahkan?

 

Rumusannya, Insentif Tangkapan 10 sen/kilo dan tambahan kuota 4000 liter sebulan ini tidak membantu nelayan secara terus. Birokrasi dan kelemahan pengurusan pihak LKIM menambah kepada permasalahan mereka.

Sudah dijelaskan secara terperinci bagaimana harga diesel bersubsidi menjejaskan pendapatan pihak pengusaha pukat tunda. Bagi pihak mereka saya pohon pihak Kementerian meneliti dan membetulkan keadaan ini sebelum menjejaskan lebih teruk keadaan. Harga diesel bersubsidi wajar diturunkan ke harga RM1.00 seliter serta merta  seperti sebelum kenaikan bulan Jun2008. Harga petrol sudah pun turun ke paras di bawah harga Jun 2008. Maka sekiranya Kerajaan konsisten tentang hal subsidi ini tidak ada sebab kenapa haran diesel bersubsidi tidak boleh kembali keharga asal.

Walaubagaimanapun bantuan RM200 untuk keluarga nelayan wajar diteruskan kerana ini dapat membantu mereka didalam kehidupan seharian mereka. Akan tetapi perlu dipastikan ianya sampai kepada mereka, jangan setakat gimik politik sahaja.

Tuan Yang di Pertua.

Saya mohon menyokong usul YB Bandar Kuching.

Terima Kasih

December 19, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

JERIT di Parlimen

Laporan oleh JZ

Jaringan Rakyat Tertindas atau lebih dikenalipc180135 sebagai JERIT yang menjalankan misi Pasukan Pengayuh Perubahan ke seluruh Malaysia telah berkumpul di luar perkarangan Bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada Kerajaan dan Ketua Pembangkang bagi menamatkan kayuhan mereka semalam. Memorandum itu antara lain menuntut perubahan institusi dan dasar dalam isu perumahan rakyat, tangga gaji minimum, pengawalan harga barang serta pemansuhan ISA.

Antara Ahli Parlimen yang turut bersama mereka YB Sivarasah, YB Tian Chua, YB Chong Eng, YB Gobind,YB Dr Hatta dan YB Mahfuz Omar.

pc180107

Pihak polis cuba menghalang pasukan pengayuh ini daripada memasuki bangunan Parlimen, namun dibenarkan selepas itu seorang demi seorang. Akhirnya lebihkurang jam 12.20 tghri semua di benarkan masuk dan berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah wakil Kerajaan dan YB Saifuddin wakil Ketia Pembangkang.

December 19, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment