Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Calon wanita di Kuala Terengganu?

Perkongsian daripada seorang pembaca:

 

Hangat diperkatakan UMNO mungkin meletakkan calon wanitanya di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu nanti.  Saya merasakan strategi UMNO itu adalah tepat dan yang paling baik untuk berdepan dengan calon PAS di sana.  Sebagaimana PAS menyatakan bahawa parti tersebut bertanding untuk menang kerusi tersebut dan ini memerlukan strategi yang terbaik dan berkesan.  Saya percaya pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyediakan ramuan serta resepi bagaimana untuk menambahkan lagi kerusi Parlimen Pakatan Rakyat nanti. 
 
     Sekiranya benar UMNO meletakkan calon wanitanya atau pun dari Puterinya di kerusi tersebut, maka wajar juga dipertimbangkan oleh PAS untuk meletakkan calon Muslimahnya.  Saya rasa PAS tidak ketandusan tokoh-tokoh Muslimah yang cerdik pandai untuk dicalonkan di kerusi tersebut.  Langkah ini juga dirasakan lebih bijak kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa tidak puas hati beberapa penyokong atau pengundi PAS yang mahukan calon-calon lelaki tertentu untuk ditabalkan sebagai calon.  Mudah-mudahan dengan calon Muslimah ini nanti, semua penyokong-penyokong akan berasa lebih adil dan berpuas hati.
 
     Buat masa sekarang pun kita lihat MP-MP wanita dari Pakatan Rakyat, terutamanya dari PAS telah menunjukkan prestasi yang cemerlang berkhidmat untuk rakyat.  Contoh seperti Dr Lo’ Lo yang begitu aktif berkhidmat siang dan malam terutamanya semasa trajedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.  Inilah semangat Muslimah yang ada di dalam PAS, begitu juga prestasi yang telah ditunjukkan oleh MP wanita dari PKR seperti YB Fauziah Salleh sehingga mendapat kepujian dari MB Pahang sendiri.  Banyak lagi ADUN dan MP wanita dari Pakatan Rakyat yang telah berkhidmat tidak kurang malah melebihi dari ADUN dan MP lelaki.  Di Selangor contohnya, YB Dr Mariah juga tidak kurang hebatnya seperti juga ADUN dan MP wanita dari DAP.  Keberanian dan kerja keras mereka setanding dengan kaum lelaki.
 
     Sehubungan itu, tiada rugi atau salahnya jika calon PAS di Kuala Terengganu diberikan kepada Muslimah.  Sudah pasti kaum-kaum lelaki akan lebih bersemangat untuk bekerja dan berkempen di dalam pilihanraya itu nanti.  Walau bagaimanapun, terserah lah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat untuk memutuskan calon yang terbaik agar kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal diisi oleh PAS.  Alangkah manis dan indahnya jika calon PAS dari kaum Muslimah dipilih dan memenangi kerusi tersebut, kerana hadiah kemenangan itu pasti lebih `bermakna’ buat Pak Lah dan Najib kerana itu adalah `hadiah’ dari seorang wanita.  
 
  
WFAUZDIN NS

December 16, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

Ucapan DSAI : RUU Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Sebahagian daripada ucapan DSAI :

 

“Daripada kenyataan2 ini jelas menunjukkan kuasa yang ada pada Peguam Negara begitu besar yang boleh memutuskan samaada sesuatu kes boleh didakwa atau ditutup. Tidak ada satu badan lain yang bebas bagi menentukan atau mengkaji semula samaada kes-kes sebegini disiasat dengan teliti dan menyeluruh atau ada kolusi diantara mereka untuk menutup kes-kes sebegini kerana yang terlibat adalah Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.”

 

Baca selanjutnya di muka Dewan Rakyat.

December 16, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Perbahasan Saya : Kementerian Pelajaran

BAHAS BAJET DI PERINGKAT JAWATANKUASA

KEMENTERIAN PELAJARAN

27 nov 2008 

Terima Kasih Dato Pengerusi,

Saya turut mengambil bahagian di dalam bahas belanjawan bagi Kementerian Pelajaran 

Butiran 020000 & 020100  adalah dirujuk

(Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan) 

Dato Pengerusi

Objektif  Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan ialah:

Menentukan semua rakyat Malaysia layak menerima pendidikan terbaik selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin dan bertanggungjawab 

Dato Pengerusi,

  • Pembentukan nilai murni  dan pembentukan  syaksiah didalam diri seseorang berlaku diperingkat awal didalam kehidupan seseorang insan.
  • Malah tatkala seseorang pelajar itu meninggalkan alam persekolahan rendah, sudah pun terbentuk sebahagian besar (lebih kurang 70%) daripada sistem nilai, tabiat dan keperibadian didalam dirinya.
  • Dari segi penggunaan masa harian seorang pelajar pula – lebih kurang 30 % dari masa dalam sehari dihabiskan di sekolah, lagi 30 % dengan persekitaran dan keluarga, dan lagi 30% untuk berehat dan tidur
  • Ini bermaksud ‘prime time’ atau masa puncak yang dihabiskan seseorang pelajar ialah disekolah, berbanding dengan di luar waktu persekolahan, dimana masa pelajar selalunya dihabiskan bersama keluarga, membuat kerja rumah, kelas tuisyen dan aktiviti riadah. 

 

  • Maka jelas sistem Pendidikan kita merupakan penyumbang besar terhadap kualiti pembentukan generasi akan datang.

 

  • Saya ingin menyentuh berkenaan dengan kualiti pelajar yang dihasilkan hasil dari system pendidikan kita.
  • Sebagai pemimpin-pemimpin Negara, tanggungjawab kita terhadap individu-individu yang bakal mengambil alih tugas-tugas kepimpinan Negara amat besar sekali.

 

  • Sistem pendidikan Negara mesti mampu melahirkan individu yang seimbang, sihat jasmaninya,  stabil emosinya, kuat semangat dan rohaninya,  berpegang teguh kepada  nilai2 murni, dan mampu pula menterjemahkan  nilai tersebut didalam bentuk tingkah laku, punyai ciri kepimpinan yang kukuh, disamping kemampuan berfikir secara kritikal, kreatif dan konstruktif

 

  • Saya yakin pihak kementerian bersetuju dengan matlamat yang di gariskan ini, namun apabila kita bandingkan output, produk, atau hasil dari system pendidikan kita, ianya tidak dapat kita ukur dari kesemua aspek-aspek diatas.

 

  • Output system pendidikan kita terlalu berat memberi penekanan kepada ukuran aspek akademik. Kementerian sering mengukur kejayaan dengan kejayaan akademik sahaja, dan kurang atau tiada penekanan kepada mengukur aspek yang lain-lain diatas. Saya tidak dengar pihak Menteri bercakap tentang  pencapaian pelajar dari aspek yang lain-lain ini

 

  • Saya yakin bahawa proses untuk melahirkan individu yang cemerlang ini sedang dilalui didalam system pendidikan kita dan juga saya tidak nafikan bahawa aspek-aspek lain ini susah untuk diukur, akan tetapi ianya tidak seharusnya menjadi alasan.

 

  • Untuk bergerak ketahap Negara maju kita mesti mampu berganjak dari aspek pencapaian akademik semata kepada aspek pembangunan insan ini. Pihak Kementerian mesti mampu juga mewartakan kepada umum berkenaan pencapaian aspek-aspek lain . Tidak cukup bermakna dengan pihak Kementerian mengumumkan berkenaan berapa % pelajar yang dapat 5A dalm UPSR, 9A dalam PMR dan juga deretan A dalam SPM, sekiranya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR tidak menghormati orang dewasa, tidak guna juga peningkatan bilangan pelajar yang dapat 9A PMR sekiranya kita juga mendapati bahawa  deliquensi juvena  meningakat, Kita dapati Pelajar menumbuk guru, pelajar merogol dan terlibat dalam aktiviti maksiat. Ada pelajar sekolah menengah yang didapati ditangkap dalam bilik hotel dalam aktiviti yang mencurigakan.   

 

  • Bagaimanakah kita mengukur pencapaian tahap tanggungjawab, tahap disiplin dan tahap kepimpinan?  Pihak Kementerian mesti kenalpasti ‘deliverables’ dalam diri pelajar disamping menggariskan agenda pelaksanaan.

 

  • Begitu juga ‘deliverables’ pengajaran sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris. Adakah kayu ukur pihak Kementerian setakat pelajar boleh menjawab soalan UPSR dalam bahasa Inggeris atau adakah kayu ukur sebenarnya ialah  pelajar mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris? Adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan pelajar yang dapat bertutur 1+1=2 dalam bahasa Inggeris? Ataupun boleh menyebut punca kuasa dua (a+2b=4ac) kedalam Bahasa Inggeris

 

  • Mungkinkah pelajar yang boleh bertutur bahasa sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris tadi mampu pula berbicara dalam konteks membina hubungan sesama insan yang melibatkan resolusi konflik dan etika menangani perbezaan pendapat? Pengajaran Bahasa Inggeris seharusnya mempunyai kayu ukur penguasaan bahasa tersebut sebagai alat komunikasi. Kerana kecemerlangan dibidang sains dan teknikal selalunya tidak diukur melalui kemampuan bahasa akan tetapi kemampuan menggarap konsep. Sebab itulah Negara Taiwan Korea dan Cina mampu mengeluarkan jurnal saintifik bertaraf dunia, dengan   menggunakan bahasa ibunda mereka.

 

  • Apabila dapat diimbangi pencapaian tahap akademik dan juga pencapaian lain seperti disiplin, tanggungjawab dan tahap kepimpinan, barulah boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan kita mencapai matlamat seperti yang digariskan

 

  • Pendemokrasian Pendidikan akan memastikan minda tidak terbelenggu dan ianya mestilah diterjemahkan dengan sungguh-sungguh tanpa alasan

 
 

Terima Kasih Dato Pengerusi 

December 16, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Bacaan Rang Undang-undang

Dua Rang Undang-undang ini akan dibaca dan dibahas pada minggu ini juga, sebelum tamat sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Rakyat .

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 21/2008) Rang Undang-undang Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2008
(Perdana Menteri)

2. (D.R. 27/2008) Rang Undang-undang Suruhanjaya
Pelantikan Kehakiman 2008
(Perdana Menteri)

December 16, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Talk by Lynas Corp

Malaysia Nature Society is organising a talk by Lynas Corp (Regarding the radioactive RARE EARTH) at St Thomas Secondary School Hall today, 16th December 2008 at 8.00 pm.

Public are invited to attend this talk.

December 16, 2008 Posted by | Politics | 44 Comments