Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Training of Trainers di Jugra

Laporan oleh JZ

Pada 2 hingga 4 Disember baru-baru ini, telah diadakan satu Kursus Latihan untuk Pelatih atau Training of Trainers di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor(PULAPES),  khas bagi menyediakan sekumpulan para pelatih yang bersedia melatih sekumpulan manusia bagi objektif yang tertentu untuk mencapai matlamat yang digariskan.

Seramai lebih kurang 40 orang peserta dengan pelbagai latar belakang dan pengalaman telah dipilih bagi mengikuti kursus yang sarat dengan ilmu dan kemahiran bagi seorang pelatih serta bagaimana mengendalikan situasi tertentu apabila sesuatu isu di negeri Pakatan Rakyat  berlaku berlandaskan prinsip Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Manifesto 5 Janji serta Agenda Ekonomi Malaysia.

Kursus yang diketuai oleh YB Fuziah Salleh turut dibantu En Badrul Hisyam di bawah  Biro Latihan telah melihatkan hasilnya apabila diakhir kursus ini, beberapa pelatih telah berjaya dipilih dengan kriteria yang dikehendaki mengikut objektif yang digariskan bagi meneruskan langkah ke arah Malaysia Baru dengan melatih kakitangan kerajaan Pakatan Rakyat dengan nilai-nilai Pentadbiran yang Baik.

pc020131    pc020104  

pc040100

pc020161   pc040029

 

Advertisements

December 8, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment