Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT

11.00am

Kongres PKR 2008 kini sedang brlangsung. Sebentar tadi DS Anwar Ibrahim di iringi masuk dengan sambutan penuh meriah dan juga persembahan Budaya. Antara tetamu khas yang hadir ialah Dato’ Yong Teck Lee, Daniel Tajim, Zaid Ibrahim, YAB Nizar Jamaluddin, YB Lim Kit Siang, YB Husam Musa  

Para Pemimpin Pakatan Rakyat, para tetamu, Perwakilan dan Pemerhati kini sedang menunggu Ucapan Dasar Presiden yang akan  bermula sebentar lagi. Sebanyak 1900 Perwakilan berdaftar dan 4000 pemerhati telah hadir

Semalam 28 Nov 2008, Kongres Wanita dan AMK Nasional telah berjalan dengan jayanya.

  pb280093 pb280086  pb280081

pb280107   pb280100

     pb3000701

 

 

 

 

 

 

 

pb290186  pb2902011   pb300034 pb300056

Advertisements

November 29, 2008 Posted by | Politics | 9 Comments

Kenyataan Media-Respon kepada Jawapan Timbalan Menteri

27hb. Nov 2008

Timbalan Menteri sebentar tadi mengakui bahawa ada lebihan ‘standby capacity’ akan tetapi enggan bertanggungjawab  dengan memberi alasan bahawa ianya tiada didalam perjanjian PPA

Sikap ini menunjukkan sikap yang sungguh tidak bertanggungjawab pihak Kementerian.

 Sekarang ini TNB membayar untuk 140% pengeluaran tenaga dari IPP yang bernilai dekat RM43 billion diantara tahun 2004-Mei 2008. Ini bermaksud lebihan sebanyak RM13 billion (100% ialah RM30billion). Katakanlah IPP beroperasi dengan ‘standby capacity’ sebanyak 20 % sahaja iaitu mengikut aras antarabangsa  sepanjang tempoh ini  sebanyak RM8 billion boleh di jimatkan.(TNB membayar untuk pengeluaran 120% sahaja )

Sebaliknya pihak Timbalan Menteri pula mengatakan bahawa ingin mencari jalan menggunakan lebihan tenaga tersebut sedangkan tenaga bukan merupakan sesuatu yang boleh di masukkan kedalam tabung simpanan. Sementara itu rakyat terus menanggung beban

Pihak Kerajaan sepatutnya tidak membebankan rakyat dengan keadaan ini dimana rakyatlah yang menanggung beban kos tariff elektrik.

Saya gesa pihak Kerajaan lebih bertanggungjawab didalam hal ini dan berhenti membebankan rakyat. Laksanakan satu  Penilaian semula terhadap tingkah laku sesuka hati IPP yang tidak mengikut aras antarabangsa ini, dan hentikan pembayaran lebihan terhadap IPP yang mengeluarkan tenaga berlebihan.

Satu Penilaian Perjanjian PPA mesti dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang dibebankan dengan kos bayaran tariff.

 

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

 

November 29, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Soalan Tambahan

Setelah mendengar jawapan pihak menteri, berikut merupakan soalan tambahan saya:

“Saya dimaklumkan bahawa Kontrak PPA membenarkan  IPP mengeluarkan tenaga berlebihan atau “standing capacity” dalam 40%, sedangkan aras antarabangsa ialah 15-20%.  Ini bermaksud bahawa TNB menanggung beban membayar tenaga tambahan ini, berjumlah berbillion ringgit setahun, yang kemudiannya dibebankan pula keatas rakyat. Soalan saya ialah adakah pihak Kerajaan bertujuan mengadakan penilaian semula terhadap perjanjian PPA. Sekiranya Ya, Bila?”

Terima Kasih

 

JAWAPAN MENTERI TERHADAP SOALAN TAMBAHAN

Didalam jawapannya Menteri mengakui bahawa  “standing capacity” memang melebihi paras antarabangsa.

Tetapi Menteri mengatakan bahawa tidak ada perancangan untuk menilai semula perjanjian PPA kerana “standing capacity” itu tiada termaktub didalam perjanjian. Sebaliknya Menteri berkata akan mencari jalan untuk menggunakan tenaga tambahan tersebut dimasa hadapan.

November 27, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Soalan NO 4 hari ini 27 Nov 2008

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB ; dan

 

(b) berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar kepada pembekal-pembekal jana kuasa swasta terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun  yang sama di atas.

 

JAWAPAN MENTERI

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan tidak membuat sebarang bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun-tahun yang di nyatakan.

Jumlah pembayaran yan tlah di keluarkan oleh TNB kepada pembekal-pembekal jana kuasa bebas bagi tahun 2004,2005,2006,2007 dan sehingga Mei 2008 adalah sebanyak RM42,919 juta. Jumlah ini melibatkan 13 penjana bebas diseluruh negara. Daripada jumlah tersebut pula, jumlah bayaran yang telah di keluarkan kepada YTL adalah sebanyak RM5,358juta dan kepada Malakoff sebanyak RM14,934.

November 27, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Usul Gaza ditolak, BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis

Petikan mstar online (Arifuddin Ishak)

KUALA LUMPUR: 26 Nov 2008 Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Bagaimanapun keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Speaker Ronald memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan beliau itu kerana ia melibatkan kepentingan oarng awam yang dianiaya.

“Saya merayu usul yang sebaik ini perlu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan orang awam di Gaza, mereka kebuluran atas kekejaman Zionis.

“Biarlah Parlimen Malaysia melahirkan satu keputusan bagi mengutuk kekejaman ini,” katanya.

Selepas itu Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) bangun bagi menyokong usul yang dibawa itu.

“Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini menyokong penuh usul ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

“Jika hanya dibuat (bantahan) oleh Wisma Putra sahaja itu tak berapa serius, kita mahu Parlimen Malaysia menjadi medan untuk menyatakan (pendirian) bahawa kita tak mengenal parti politik sama ada di sebelah sana (kerajaan) atau sebelah sini (pembangkang),” katanya.

Bagaimanapun Ronald menjelaskan bahawa ahli Dewan masih berpeluang untuk membahaskan mengenai perkara ini apabila tibanya giliran perbahasan bagi Kementerian Luar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) turut memohon pertimbangan semula bagi membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

“Pada hemat saya ini adalah kesempatan yang cukup baik menunjukkan ada isu-isu penting yang boleh diputuskan bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

“Kita faham Kementerian Luar telah nyatakan pendirian, tapi bezanya ia bukan lagi sikap atau pendirian satu kementerian jika ia melibatkan Parlimen yang didokong oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah beliau pendirian yang dinyatakan oleh kementerian dan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai impak yang berlainan.

Bagaimanapun Ronald berkata keputusan beliau itu adalah muktamad setelah meneliti bahawa tindakan Kementerian Luar adalah cukup memadai bagi mewakili kerajaan Malaysia yang sensitif dengan isu kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada 21 November lalu menyatakan bahawa Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis.

 

November 26, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Turun Padang sambil beri penerangan risiko ‘Rare-Earth’

Ahad lepas pasukan kami telah turun melawat ke Pasar Pagi Kg Jawa, yang merupakan salah satu tempat yang kerap saya kunjung apabila berada di Kuantan, memandangkan pelbagai pemasalahan yang telah diutarakan peniaga disitu sebelum ini. Pasar ini terdiri daripada peniaga-peniaga Cina dan sebahagian peniaga Melayu yang menjalankan rutin harian mereka mencari rezeki menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan pakaian. Pengundi di kawasan ini begitu gembira dengan setiap kali kedatangan saya ke tempat mereka. Sambil mendengar pemasalahan mereka, kami turut mengedarkan bahan edaran risiko ‘rare earth’ berkenaan satu ‘Advanced Material Plant’ yang kini sedang dalam binaan di Gebeng oleh satu syarikat milik Australia, yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif apabila ia mula beroperasi tahun depan. Turut diedar ialah teks ucapan bahas saya di Parlimen berkenaan isu tersebut. 

pb230005  pb230010 pb230021

November 26, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

Hari yang di penuhi dengan Berjumpa MB Pahang, EXCO dan ADUN PR

pb210102Jumaat lepas, 21 Nov 08,  telah diadakan satu pertemuan tertutup bersama Dato Seri Adnan Yaakob serta EXCO-EXCO yang juga merupakan ADUN Tg Lumpur, Datuk Wan Adnan dan ADUN Inderapura Datuk Shafik Fauzan di Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya di iringi oleh Sdr Karim (Pen SU Bahagian) dan Hatta (Ketua AMK Kuantan). Pertemuan selama 45 minit itu mendapat persetujuan daripada beliau bahawa demi kepentingan dan masalah rakyat, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing. Saya telah mengusulkan kepada YB Dato Seri MB tentang hal perumahan rakyat di Kg Pak Mahad yang telah terlalu lama terbengkalai. Permasalahan rakyat  di Kg Dato Keramat, masalah pembentungan di Bandar Baru Kuantan Putri, permasalahan kebersihan Pasar Borong  serta permasalahan lain yang dihadapi rakyat Kuantan, yang amat-amat membimbangkan saya seperti pembinaan Advanced Material Plant yang dimiliki Syarikat Lynas Sdn Bhd yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif. Kami bincang bersama permasalahan-permasalahan secara terbuka berteraskan kepada kepentingan rakyat. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Dato Seri MB untuk menerima kunjungan hormat saya serta begitu bersikap profesional dan terbuka dalam usaha melaksanakan amanah kepada rakyat walaupun berlainan platform politik. Moga tanggungjawab dan perancangan kita ke arah menunaikan hak rakyat dipermudahkan oleh Allah SWT.

pb210117Sejurus selesai sidang media dilakukan hal  pertemuan dengan MB, saya meneruskan agenda saya pada hari yang sama iaitu bertemu dengan Exco Dakwah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, Dato Sahfri bagi mendapatkan persetujuan dan membina kerjasama dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar di Kuantan ini. pb210054Pelbagai isu sosial yang kian meruncing di daerah ini yang harus diberi perhatian pemimpin yang telah dipertanggungjawabkan.

Di sebelah petang pula saya mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Pahang. Banyak perkara disentuh samada isu perbahasan di peringkat Parlimen dan DUN serta bentuk kerjasama yang sedang dan bakal dilakukan di masa hadapan.

November 24, 2008 Posted by | Politics | 13 Comments

BENGKEL & Makan Malam MP, EXCO & ADUN Pakatan Rakyat

p1010055   p1010075

Selasa 18 Nov para MP Pakatan Rakyat telah berkumpul dalam satu bengkel bagi melontarkan idea, berbincang serta bertukar pendapat dalam usaha ke arah  melaksanakan Pentadbiran Berkesan &  Good Governance. Bertempat di De Palma Hotel, Ampang lebih kurang 60 Ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri telah hadir sama dalam majlis itu. Majlis dimulakan dengan acara makan malam, kemudian ucapan dari YB Lim Kit Siang, YB Dato Hj Abdul Hadi Awang dan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya pembentangan daripada wakil Merdeka Centre berkaitan pandangan umum terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di 5 negeri serta isu-isu semasa politik dan ekonomi tanah air. Bengkel seterusnya dijadualkan Selasa 25 Nov 2008

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Parliamentary Gender Caucus Meeting

p1010096  p1010078

Mesyuarat Parliamentary Gender Caucus telah diadakan pada 20 Nov 08 lepas di Parlimen bagi membincangkan isu dan agenda memperkasakan wanita di peringkat dasar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Hjh Nancy dan YB Chong Eng telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala AJK lain terdiri daripada saya sendiri, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Nurul Izzah, YB Fong  Po Kuan, YB Teo Nie Ching, YB Datuk Chua Soon Bui dan YB Tan Ah Eng. Lenih kurang 2 jam setengah mesyuarat berlangsung dan sidang media diadakan jam 3 ptg di Parlimen berkenaan isu ini. 

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Irene Fernandez Acquitted

Irene Fernandez, Activist and Supreme Council Member PKR was acquitted of publishing false news over torture and abuse of migrant workers after a 13 year court battle. Congratulations Irene. We’re thankful and very proud of you for standing up to the truth without fear or favour.

THE TRUTH PREVAILS AND WILL CONTINUE TO PREVAIL

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment