250 borang ahli baru diterima!
Saya dijemput khas oleh PKR Bahagian Panching Utara bagi merasmikan pembukaan cawangan baru Bahagian Panching Utara pada 18 Januari lepas, sebaik sahaja pulang dari kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehari sebelumnya. Sebanyak 250 borang orang ahli baru telah diserahkan kepada Dato Fauzi Abd Rahman, Ketua Perhubungan Negeri Pahang yang dijemput khas pada majlis ini. Turut hadir sama adalah Ketua Bahagian Panching Utara, Pak Abu Kassim, Ketua Penerangan PKR Negeri, Hj Suhaimi, Ketua PAS Panching Utara dan Ketua PAS Panching Selatan, Hj Mas’ud Abd Rahman. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang ini juga menarik minat 2 orang SB untuk berada bersama dikalangan tetamu. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk kami dan minum petang bersama.
Tahniah YB Wahid!
Tahniah diucapkan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kerana memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, P036 apabila mendapat majoriti 2,631 undi.

Sumber dari malaysiakini.com
Disebelah malam pula berceramah di dua markas di DUN Bandar.
16 Jan 09- Taklimat petugas PKR Pahang dan Perak seterusnya kempen rayu undi di kawasan yang dikatakan ‘kelabu’ oleh petugas PAS yang berkempen sebelum ini di Batas Baru dan Rantau Panjang di bawah DUN Ladang. Namun kami berjaya menyelesaikan misi kami merayu undi untuk melakukan perubahan kepada Kuala Terengganu dengan mengundi PAS.
17 Jan 09- Hari mengundi. Merata tempat kelihatan bendera PAS dan BN, tidak ketinggalan juga KeADILan dan DAP. Ramai petugas Pakatan Rakyat berganding bahu merayu undi di saat akhir sebelum pengundi mengundi.
Sidang Khas Parlimen Hari Ini
Sidang khas Parlimen berkaitan isu serangan Israel ke atas Gaza akan diadakan hari ini setelah PM Abdullah Ahmad Badawi menerima cadangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Butiran seperti berikut:
11 Januari 2009, Isnin
2.30 petang
Dewan Rakyat
Kata mereka :- Terima kasih..
“Sudah 17 tahun jalan berlubang-lubang dan tak berturap. Tapi sekarang dah selesai dalam masa 2 bulan. Terima kasih lah…” Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh salah seorang penduduk di Lorong Bukit Setongkol antara perumahan lot 2153 dan 21051. Pusat Khidmat kami telah menerima aduan tentang kawasan tersebut yang seperti “NO MAN’S LAND.” Penduduk telah mengadu kepada semua wakil rakyat, ADUN & Ahli Parlimen, sebelum ini akan tetapi tiada tindakan telah diambil dan perkara ini telah berterusan selama 17 tahun.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan di atas tindakan segera yang diambil setelah saya sendiri menghubungi MPK pada November 2008. Kini penduduk di sekitar mendapat kemudahan yang selama ini di tunggu-tunggu. Alhamdulillah keceriaan diwajah mereka sudah mencukupi buat saya..
CONSULTATIONS WITH POLITICAL PARTIES IN ALGIERS
Up till now, I’ve worked with 5 out of 6 political parties, both from the ruling coalition as well as from the opposition. Basically the issues raised by the women from the various parties are similar with regards to organisation of women’s work, leadership training for women as well as working on coalitions. Emel seated on my right (and pictured with me in the city centre) is the intepreter. She’s a journalist and has been very helpful. Soulef on my left is the NDI consultant who’s currently with UNDP. Both of them has been terrific in ensuring that my messages are understood properly by the women. This is because they speak mainly French and Arabic. Overall the experience has been very enriching for me.
500 ahli UMNO masuk PKR
Laporan oleh JZ
Seramai 500 org ahli UMNO Paya Besar telah nekad keluar parti pada 1 Januari lalu dan membuat keputusan untuk bersama KeADILan. Hal ini diakui dan dimaklumkan oleh bekas Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, En Ahmad Safian B Abd Jalil pada 3 Januari lalu di Panching Selatan dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Dato Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang dan YB Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan.
En Saiful Bahrain Abd Jalil, Ketua AMK Paya Besar pula berkata AMK menyambut baik kemasukan beramai-ramai ini bagi menguatkan lagi jentera dalam meneruskan perjuangan parti.
Ini menunjukkan bahawa ahli UMNO sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap apa yang diperjuangkan kini.
Moga dengan bertambahnya ahli PKR di Pahang, menambahkan kekuatan perjuangan parti dalam misi menawan Pahang pada pilihanraya akan datang!
Tahniah kepada Azmin!
Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali tidak bersalah. Cubaan Peguam Negara yang merayu supaya Azmin dipenjara 18 bulan ditolak mahkamah. Tahniah kepada Azmin!
Salam dari Algeria
Dimaklumkan bahawa saya kini berada di Algeria dari 5 hingga 13 Januari 2009. Saya dijemput sebagai political consultant kepada parti-parti politik di sini melalui NDI untuk mengendalikan Latihan Kepimpinan dan Pembangunan Kapasiti untuk para pemimpin politik wanita.
I’ve been asked to train both ruling as well as opposition parties. Will be back the last 3 days of Kuala Terenggany by election insyaAllah.