Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kes Kem PLKN Cini

Saya baru selesai mengadakan Sidang Media berkenaan dengan 2 kes di Kem PLKN Cini; satu kes pergaduhan yang di paparkan didalam media dan satu lagi kes Cabul yang di sorok dari pihak media

Saya paparkan disini gambar-gambar eksklusif yang telah di sebar kepada pihak Media sebentar tadi.

Gambar menunjukkan Dewan tempat berlaku pergaduhan, kerusi yang pecah dan juga luka-luka di kepala pelatih yang di  masukkan lokap

17 pelatih ditahan dalam lokap, 11 cina dan 6 melayu.

sekarang pihak pelatih yang telah di tahan telah pun di bebaskan akan tetapi 5 orang telah di benarkan balik.

kerana pelatih di dalam keadaan ketakutan

 

Kes yang kedua melibatkn seorang pelatih perempuan yang di cabul kehormatannya oleh lebih 20 orang pelatih lelaki ketika mangsa sedang membuat panggilan telefin didalam kem tersebut pada waktu malam.

Mangsa telah membuat laporan polis tetapi gagal mengenal pasti penyerang kerana trauma dan keadaan yang gelap. Mangsa adalah dari Jalan Gambang, Kuantan. Pusat Khidmat Keadilan Kuantan telah pun bertemu gadis tersebut dan keluarga beliau. kini beliau sedang berehat dirumahnya dan didalam keadaan trauma.

Laporan Polis telah pun di buat dan disahkan oleh bapa gadis berumur 18 tahun tersebut.

Pokoknya, Bagaimana Kem PLKN yang objektifnya memupuk perpaduan boleh membiarkan iniden sebigini berterusan?

Begitu juga dengan keselamatan anak gadis kita, tidak boleh di gadaikan  Pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri mesti mengambil tindakan drastic dalam hal ini. (Gambar dibawah menunjukkan tempat telefon awam yang digunakan oleh gadis tersebut untuk menelefon ibu bapa dari kem

P1030353  

P1030344aP1030343aP1030346P1030356P1030339a

July 1, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 4 Comments

Tahniah kepada YB Nurul Izzah dan Sharir

Nurul Izzah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15kg pada jam 7.51pm 28 June 2009

Kedua ibu dan bayi dalam keadaan sihat

Tahniah diucapkan dan semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Ameen

June 29, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet

PKR Wanita challenges Shahrizat

Sehubungan dengan Keputusan Kongres Khas PKR (13 June) yang telah menerima usul pindaan perlembagaan parti yang memperuntukkan 30% penglibatan wanita didalam semua peringkat proses membuat keputusan, Wanita Keadilan telah mencabar Dato’ Seri Shahrizat Menteri Wanita untuk meletakkan peruntukan 30% penglibatan wanita sebagai KPI buat Menteri Wanita.

pc wanita 30%

23 Jun 09 : 2.37PM

By Zedeck Siew
zedecksiew@thenutgraph.com

KUALA LUMPUR, 23 June 2009: PKR Wanita has challenged Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to enact a policy that ensures 30% women’s representation in government within six months, or resign.

PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin also pointed out that Shahrizat’s claim that the idea of a 30% quota for women’s representation was hers was factually inaccurate.

“This policy was brought up in the World Conference on Women in Beijing more than a decade ago. It was an agreement, contained in the Beijing Declaration, of which Malaysia was a signatory,” Zuraida said.

“(This claim) has sullied Shahrizat’s image as a minister,” Zuraida said at a press conference in Parliament today.

On 18 June, Shahrizat, who is the women, family and community development minister claimed that the 30% quota had been a policy that she began. “It was a policy created during my first term as minister,” Shahrizat said.

Shahrizat also revealed that Umno Wanita would be pushing for 30% of party leadership positions to be reserved for women, when Umno moves to amend its constitution.

This decision follows a similar amendment to PKR’s constitution. The 30% women’s representation in leadership positions was one of several amendments, passed at the Opposition party’s special congress on 13 June.

At today’s press conference, former PKR Wanita chief Fuziah Salleh suggested that the 30% quota be instituted as a key performance indicator (KPI) for the Women, Family and Community Development Ministry.

June 24, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 4 Comments

Malaysia Negara yang Tersenarai Hitam sebagai Destinasi Pemerdagangan Manusia

22hb June 2009

Walaupun Malaysia telah disenaraihitamkan, akan tetapi Speaker masih tidak membenarkan usul ini dibahas. Oleh itu,YB Tian akan mengusulkan semula usul dibawah ini hari ini.

 

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Saya, Chua Tian Chang (Batu) mohon mencadangkan:

 “BAHAWA PARLIMEN MALAYSIA MENDESAK KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA MENYIASAT PERKARA PENYELUDUPAN MANUSIA SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH LAPORAN PENYELUPAN MANUSIA 2009 YANG DIAUDITKAN OLEH JABATAN NEGARA AMERIKA SERTA MENCADANG MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN BEBAS UNTUK MEMULIHKAN KEDUDUKAN MALAYSIA DI TAHAP PERTAMA.”

Tan Sri Yang di-Pertua, Pada 16 Jun 2009, Jabatan Negara Amerika telah mengemukakan Laporan Penyeludupan Manusia 2009. Dalam laporan tersebut Malaysia telah disenarai-hitamkan dan diturunkan ke ‘tahap 3’ berbanding dengan tahun 2008 berada di ‘tahap 2’ senarai pemantauan. Pendakwaan ini telah menjadikan Malaysia menjadi satu daripada lima negara ASEAN yang disenarai-hitamkan yang setaraf dengan Cuba, Burma, Zimbabwe dan Fiji. Dalam laporan tersebut mendakwa bahawa Malaysia menjadi destinasi dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa. Richard Lugar, Senator Amerika turut memberi dakwaan yang sama bahawa kegiatan pemerdagangan manusia di Malaysia melibatkan pegawai kerajaan. Walaupun pelarian-pelarian telah didaftarkan di bawah United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) turut dibawah ke Sungai Golok, Thailand dan Padang Besar, Malaysia untuk kegiatan perdagangan. Tan Sri Yang di-Pertua, Pemandangkan perkara ini perlu disegerakan kerana melibatkan ribuan nasib manusia dan imej Negara kita dalam menangani penyeludupan manusia. Kerajaan dan Kementerian berkenaan harus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan dan wakil-wakil rakyat supaya menunjukkan siasatan yang lebih telus di peringkat antarabangsa supaya memulihkan imej negara dan seterusnya mengembalikan kedudukan yang lebih tinggi. Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB TIAN CHUA

Ahli Parlimen Batu

June 22, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet

SIDANG DEWAN RAKYAT BERMULA

15hb Jun 2009

Hari ini Sidang Dewan Rakyat Bermula semula selepas beberapa minggu berehat semenjak  April 2009.

Agenda yang pertama ialah upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru iaitu Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Suasana didalam Dewan menjadi gawat apabila selepas sahaja mengangkat sumpah DS Nizar terus memasang ‘headband‘ yang tertera BUBAR DUN dan melaungkan ” Hidup-Hidup, Hidup Rakyat”. Beberapa orang Ahli Parlimen mengikut tindakan beliau dan suasana hurur hara seketika.

Lantas beliau diarah keluar Dewan, bersama dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain yang turut memakai ‘headgear‘ tersebut.

Kesemua mereka tidak dibenarkan masuk Dewan selama 2 hari.

Kini suasana tenang kembali dan diteruskan dengan sesi soal jawab.

Fuziah Salleh

Dari Dewan Rakyat

10.30am

June 15, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 5 Comments

Ulasan Anwar tentang ucapan OBAMA

Saya kini di Gummersbach Germany menghadiri kursus “Political Leadership” di International Academy of Leadership disini. Peserta terdiri pemimpin politik dari seluruh dunia. Kebetulan saya seorang sahaja dari Malaysia.

Mlm tadi saya amat berbangga kerana sewaktu kami duduk-duduk santai sambil menonton CNN, kebetulan ialah siaran GPS di CNN. maka seluruh 21 orang peserta, pemimpin parti-parti politik diseluruh dunia, dapat sama-sama  mendengar ulasan DS Anwar di CNN.  Saya berbangga kerana punyai pemimpin yang diiktiraf dipentas dunia…

 

Penulisan  dibawah ini ialah dari Office of Anwar Ibrahim 

On June 3rd Anwar Ibrahim spoke at the French Institute of International Affairs in Paris on the topic of Islam and the West.  He stated in his speech:

Barack Obama has assumed the office of the President of the United States at a moment when the relationship between Islam and the West is among the most important political and social issues in the world. We see in him a leader committed to the values of freedom and democracy, and a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect.

The following day during an interview with BBC World News Anwar Ibrahim said that it is now important for the Muslim world to reciprociate in a way that demonstrates they are willing partners in the putsuit of a “new beginning.” Anwar emphasied the need for America to find credible partners with whom it can deal and restated his conviction that the move from autocracy to democracy must emanate from the Muslim countries themselves and cannot be imposed from outside.

On Sunday June 7th Anwar Ibrahim will be a guest on Fareed Zakaria’s CNN program “GPS” and will join a panel of experts from the Muslim world to discuss President Obama’s speech.

June 8, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 2 Comments

SEKITAR KEMPEN PRK N12 PENANTI

P5290341P5290347P5280194P5280204P5280282P5280244

 

 

 

 

 

 

P5280262P5290392P5290293P5290366

June 1, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 9 Comments

Aminah di Tawar jawtan TKM?

thestar.com.my  : MACC confirms has begun probe into Aminah Abdullah allegations that PKR reps tried to bribe her.

Saya telah mendengar rakaman tersebut, dimana saya merasakan bahawa Cheah Kah Peng dan Peter telah menjadi mangsa kepada perangkap yang telah di pasang oleh pihak-pihak tertentu. Jelas tidak ada tawar menawar diantara mereka dgn Aminah. cuma ada sembang-sembang sambil makan tengahari. kelebihan Aminah ialah masak memasak.

Cuma peliknya, bagaimana Aminah boleh mendapat liputan yang begitu besar oleh pihak Media, sedangkan  kita semua tahu bahawa beliau memang tidak layak menerima perhatian sedemikian. Pada satu ketika dalam tahun 2006, sewaktu saya menjadi Ketua Wanita Pusat ketika itu, dan Aminah merupakan Ketua Wanita Negeri.  Keputusan saya  untuk menukar  ketua wanita negeri daripada Aminah kepada Norhayati mungkin merupakan antara kekecewaan Aminah terhadap parti.  Akan tetapi conscience saya jelas. Memang Aminah tidak mampu dan  tidak layak menjadi pemimpin.  Keputusan saya di buat secara profesional dan mendahulukan kepentingan parti.

Kalau Ketua Wanita Negri pun dia tak layak, TKM? Jauh sekali…. Pemimpin Parti tidak bodoh dalam menilai kemampuan seseorang.

Fuziah Salleh

Pengarah Gerakkerja Jentera Bersepadu

Penanti, 26 Mei 2009

May 26, 2009 Posted by Fuziah Salleh | ADUN & DUN, New Politics | | 2 Comments

N12 PENANTI -HARI PENAMAAN CALON

P2230030P2230048P2230022P2230049P2230052P2230040

May 25, 2009 Posted by Fuziah Salleh | ADUN & DUN, Politics | | No Comments Yet

NIZAR MB PERAK YANG SAH

11 Mei 2009.

Saya kini di Damascus Syria sehingga hari rabu 13 Mei, untuk menemani suami menyampaikan kertas kerja di satu Engineering  Conference  di sini apabila saya menerima berita berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi  yang menetapkan bahawa Dato Seri Nizar Jamaluddin merupakan MB Perak yang sah.

Saya berdoa dari jauh supaya keadaan di Perak akan tetap aman dan keselamatan terkawal. Dan juga semoga Sultan perkenan untuk membubarkan DUN apabila DS Nizar mohon mengadap baginda esok hari selasa. Kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan

Fuziah Salleh

Damascus, Syria

May 11, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 4 Comments