Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kuantan dilanda banjir

Laporan oleh JZ

Sehingga semalam, Ahad 4 Januari 2009 dilaporkan seramai 2,921 mangsa daripada 553 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan yang melibatkan enam daerah di Pahang. Daerah yang dilanda banjir adalah Kuantan, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Pekan dan Maran.Maklumat ini telah dilaporkan oleh Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pahang.

Daripada jumlah itu, Kuantan mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai 1,753 mangsa daripada 387 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan.Antara kawasan yang terlibat adalah Sungai Lembing,Panching, Jaya Gading, Kampung Pahang, Cendering, Kampung Jawa, Taman Tas dan Gambang.

p1030267Sebaik dilaporkan oleh pegawai khas YB Fuziah, En Zainurin Mohd Noor atau dikenali sebagai Pok Ja berkenaan banjir yang melanda kawasan DUN Inderapura iaitu Kampung Pahang dan Kempadang Makmur, YB Fuziah Salleh telah bergegas ke tempat kejadian pada malam 3 Januari 2009 sebaik sahaja tamat bermesyuarat di pejabat beliau di Jalan Beserah.

Beliau yang ditemani oleh lebih kurang 15 org AJK Bahagian PKR Kuantan dan Wanita Bahagian Kuantan telah melawat Kempadang Makmur yang dinaiki air sekitar jam 11 malam. Ketika ini air telah surut dan hujan renyai-renyai. Hujan turun dengan lebatnya selama dua hari berturut-turut sebelum ini mengakibatkan air naik ke kawasan yang rendah dan kawasan yang mempunyai masalah saliran longkang dan perparitan. Seperti yang dialami oleh penduduk Kempadang Makmur di Lorong 14 ini, saliran longkang yang tidak baik mendatangkan musibah kepada penduduk kawasan ini.

Selepas itu, YB telah melawat penempatan sementara 4 keluarga p10302962di Kampung Pahang yang dinaiki air. Ketua kampung dan beberapa orang wakil kampung yang berjaga menyambut baik kedatangan YB dan rombongan beliau untuk bertanyakan keadaan semasa dan memberikan sedikit sumbangan makanan kepada mangsa banjir ini. 

Sebelum beliau bertolak ke Kuala Lumpur semalam, beliau juga sempat singgah ke pusat pemindahan banjir di Sek Men Keb Gudang Rasau. Ketika itu seramai 63 keluarga iaitu 285org yang berada disitu. YB disambut oleh Ketua kampung En Hanif dan JKKK yang bertugas ketika itu.

p1030269   p1030287 

p10302991       p1030302

Pelbagai bantuan sedang dilakukan oleh PKR Bahagian Kuantan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kuantan terutama dari segi bekalan makanan, pampers bayi dan pakaian. Sebarang bentuk bantuan dari orang ramai diterima di Pusat Khidmat KeADILan Kuantan di Jalan Beserah untuk diagihkan kepada mangsa banjir, terutama bagi kes terpencil yang tidak mendapat bantuan oleh pihak-pihak lain.

January 5, 2009 Posted by | Politics | Leave a comment

SELAMAT DATANG 2009

2008 berlalu dan 2009 kini menjelma. Awal Muharram juga baru beberapa hari kita lalui.
Semoga tahun ini membawa pencapaian yang bermakna didalam kehidupan kita. Juga semoga semangat Hijrah dalam erti kata sebenar dapat kita hayati bersama.

Izinkan saya kongsi satu ucapan yang saya terima yang cukup bermakna dari seorang warga Kuantan. Semoga menjadi peringatan

” Sometimes Allah breaks our spirit to save our Soul, Sometimes HE breaks our heart to make us Whole,  Sometimes HE sends  us pain so that we can be Stronger,  Sometimes HE sends us failure so that we can be Humble,  Sometimes HE sends us illness, so we can take better care of ourselves.  Sometimes,  HE takes “EVERYTHING” away from us so we can learn the value of  “EVERYTHING” we have…..

Selamat Tahun Baru Hijrah & Masehi

January 1, 2009 Posted by | Politics | 1 Comment

PERUTUSAN TAHUN BARU KETUA UMUM & PRESIDEN

PERUTUSAN TAHUN BARU 2009

31 Disember 2008

 

 

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

 

Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah  digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.

 

Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.

 

Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

 

Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri   juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

 

Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.

 

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2009

 


ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

 

January 1, 2009 Posted by | Politics | Leave a comment

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN MENGECAM SERANGAN KEATAS GAZA

PRESS STATEMENT
Dr Syed Husin Ali
Deputy President
Kuala Lumpur,
29 November 2008 – 1 Muharram 1430 H

Israel’s barbaric air raid on Gaza on the eve of the Muslim new year underlines yet again the nature of the Zionist state which continues to show its pretentious commitment at negotiation tables, at the same time indulging in an orgy of killings and destructions.

State terrorism remains Israel’s favourite policy and it will continue for as long as the international community, particularly Israel’s Western allies, show no qualms of endorsing and supporting its cowardly acts on innocent civilians.

Let us remember that the massacre comes a few days before president-elect Barrack Obama takes over from George Bush, whose administration and policy have exacerbated the situation in the Middle East and encouraged the Israeli Defence Force into committing more crimes against humanity. One suspects that this is an attempt by Tel Aviv to test how strong an ally is the new US administration, which has been hailed by many — rightly or wrongly — as a welcome change after a long period of hawkish US military adventurism.

Parti Keadilan Rakyat, while joining people around the world in condemning this latest act of state terrorism, urges governments to do the same and show solidarity with the suffering Palestinian people.

Parti Keadilan Rakyat also calls on all Malaysian political parties to support a motion in Parliament condemning the latest killings to show the country’s unified stance against state terrorism and illegal occupation. It is unfortunate that the deputy speaker of the Parliament denied such a motion on November 26, saying it was ‘not urgent’, despite getting the support of both sides of the Dewan Rakyat.

It has become a routine for the Zionist to display their obscene military might during every important celebration. This time, it happened just after Christmas, when Muslims observe the first day of the year 1430 of the Islamic calendar and the beginning of Muharram, one of the four sacred months in Islam.

On this occasion, we urge Malaysians to pray for all the oppressed peoples of the world and hope there will be more careful and informed decisions on the part of powerful leaders, so that sanity and humanity can return to the Occupied Territories.

December 31, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments

Program “Back to School”

pc25025125 Disember lalu, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan telah mengadakan Program “Back to School” kepada hampir 200 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Kuantan. Sumbangan peralatan dan pakaian sekolah telah disampaikan oleh YB Fuziah Salleh dalam program yang berlangsung hampir dua jam itu.

Tetamu dan penerima yang hadir adalah diluar jangkaan. Sambutan terhadap program ini sangat menggalakkan. Pihak penganjur pc2501811berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama wakil setiap kawasan di Parlimen Kuantan yang bersama mengenalpasti dan membolehkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini menerima sumbangan bagi mengurangkan beban keluarga mereka untuk meneruskan persekolahan. pc250186

pc250183

December 27, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments

Kunjung Hormat ke JKM Pahang

pc220248Saya telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Pahang di Wisma Pahang pada hari Isnin 22 Disember lalu bagi mendapatkan maklumat yang jelas akan bentuk bantuan dan khidmat yang diberikan kepada masyarakat dari pelbagai golongan seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, miskin dan fakir.

Pn Shamsiah, Pengarah JKM Pahang telah menerima kunjungan saya dan tiga orang pegawai khas saya dengan hati yang terbuka dan profesional. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dan dua orang pegawai JKM Daerah Kuantan yang turut sama dalam perjumpaan ini.

Malam sebelumnya, saya telah memenuhi jemputan dari Menteri fuziah234Penerangan Malaysia, Dato’ Ahmad Shabery Cheek ke Konsert Muzika Ekstravaganza RTM-Mediacorp Singapura di Auditorium Darul Makmur, KOmpleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, RTM Pahang.   

December 25, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Concerned Citizen of Kuantan Group

pc2202651Isnin lalu, satu perjumpaan dan diskusi berkenaan langkah yang sewajarnya diambil oleh masyarakat yang prihatin terhadap aktiviti berbahaya oleh Lynas Corp yang menghasilkan bahan tercemar beradioaktif (Rare Earth). Lebih kurang 20 orang telah hadir yang terdiri dikalangan profesional dan NGO di sekitar Kuantan dari pelbagai kaum yang bersatu hati dalam isu ini.

Hampir dua jam setengah diskusi ini dijalankan dan jawatankuasa telahpc2202701 ditubuhkan bagi memastikan cadangan langkah yang perlu diambil akan terlaksana. YB Fuziah Salleh berterima kasih kepada yang hadir dan gembira melihatkan respon yang hadir begitu mengujakan dalam membincangkan permasalahan ini. Namun, apa yang telah dibincangkan merupakan cadangan penyelesaian terhadap isu ini.

December 25, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Memo kepada SU MPK

pc2202611 Saya telah menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam berkenaan cadangan penambahbaikan Pasar Borong Kuantan yang didapati tidak diselenggara dengan baik dan ahli majlis tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya. Para peniaga mengadu kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuantan sejak Oktober lalu. Kemudian saya telah mengadakan lawatan pada 8 November lepas kerana tiada tindakan diambil.  Namun, setelah kunjungan saya pihak MPK telah mengadakan dialog dengan Persatuan Peniaga Pasar Borong pada 16 Disember baru-baru ini.

Antara 3 perkara utama yang dikenalpasti agar pihak MPK mengambil langkah segera ialah:

  1. Mengadakan pembahagi simen antara tapak jualan makanan basah dan kering
  2. Memastikan sistem saliran longkang yang baik
  3. Menguatkuasaan terhadap peniaga untuk memastikan makanan/jualan diletakkan di atas meja/para

December 23, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments

Bahas Usul Tergempar : Subsidi Diesel Nelayan

Ucapan saya semasa sesi perbahasan usul tergempar yang telah dibawa oleh YB Chong Chieng Jen (DAP Bandar Kuching) berkenaan harga subsidi diesel kepada nelayan.

BAHAS  USUL TERGEMPAR BERKENAAN HARGA  DIESEL BERSUBSIDI  & LAIN-LAIN PERMASALAHAN NELAYAN

18 Disember 2008

 

Dato yang di Pertua,

Usul ini berkenaan mogok nelayan diseluruh negara berkaitan dasar Kerajan yang dianggap tidak prihatin. Ianya tidak harus terjadi sekiranya pihak Kerajaan benar-benar dapat memahami dan meneliti masalah nelayan

Harga diesel bersubsidi semenjak Jun 2006 sehingga Jun 2008 ialah RM1.00. Akan tetapi sejak ianya dinaikkan kepada RM1.43 ianya baru melalui proses penurunan harga hanya sekali kepada RM1.30.

Dikala harga petrol dan diesel untuk konsumer awam  telah di reviu sebanyak 7 kali sejak Jun 2008 pihak Kerajaan masih berdegil didalam  tidak mahu menurunkan harga diesel bersubsidi dengan alasan bahawa  sudah terlalu banyak insentif yang diberikan kepada  nelayan

1.    Saya quote ayat   Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai berkata :-

 

Peruntukan untuk insentif pendaratan adalah RM130 juta setahun, dan jangkaan tuntutan adalah RM11 juta sebulan tapi yang dituntut cuma RM2.9 juta saja.

Ini bermakna mereka juga mendapat pendapatan yang besar kerana mereka tidak memerlukan insentif ini, (malah) ada yang takut buat pengisytiharan, takut pihak lain mendapat rahsia kejayaan mereka.

Harga ikan pun dah naik secara purata RM1 sekilogram berbanding tahun lalu. Ini membuktikan mereka tidaklah susah,” . Menteri turut berkataNak puaskan hati semua pihak memang mustahil,

 

 

 

Dato Yang Di Pertua,

1.      Ini merupakan satu kenyataan yang tidak adil dan tidak tepat. Sekiranya Menteri  yang bertanggungjawab terhadap kebajikan Nelayan telah membuat kenyataan begini, apalah harapan yang ada buat nelayan? Kemana lagi mereka nak mengadu?  Menteri telah  membuat satu andaian dari kenyataan tersebut  bahawa Nelayan tidak memerlukan insentif, sebab itu ianya tidak di tuntut. Saya ingin bertanya disini samada pihak Menteri telah benar-benar buat kajian, buat homework dahulu sebelum membuat kenyataan  ini. Lagipun pihak Menteri di dewan yang mulia ini pernah berkata didalam menjawab soalan dengan berkata bahawa isu diesel subsidi ini bukan dibawah Kementerian beliau.

 

2.      Secara purata bot pukat tunda Class C keluar 2 kali sebulan (selama 12 hari) dan perlu membeli sejumlah  24,000 litre diesel sebulan. Maksudnya mereka menggunakan lebih kurang12,000 liter diesel satu kali keluar   Dengan harga diesel bersubsidi RM 1.30  ini bermaksud  mereka perlu bayar RM7200 tambahan untuk diesel sebulan (untuk 2 trip) Keadaan Ini menambahkan kos operasi mereka sebanyak 60 % dan  terlalu membebankan untuk rakyat golongan nelayan

 

3.      Menteri juga berkata tentang Insentif Pendaratan sebanyak 10 sen sekilo hasil tangkapan bot-bot pukat tunda

Satu bot begini selalunya ambil masa 12 hari satu trip dimana, hasil tangkapan   ialah dalam 16,000 kilo (16 metric ton) buat satu  perjalanan kelaut. Dengan 10 sen sekilo insentif pendaratan, maka  untuk 32,000 kilo sebulan sekiranya dituntut kesemuanya berjumlah RM3200 sebulan. Ini merupakan hanya 50% dari kos tambahan mereka membeli diesel, iaitu(RM7200) . Jauh beza jumlah tersebut. Ini pun kalau sekiranya dapat claim semua. Dimasa yang sama  ramai juga diantara pengusaha bot pukat tunda ini tidak tahu proses bagaimana mendapat insentif tersebut. Dari maklumat yang saya terima hanya 30% sahaja tuntutan mereka diluluskan. (Ini konsisten dengan kenyataan pihak Menteri). Lebih buruk lagi apabila pegawai LKIM tidak dapat memberi penjelasan kenapa tuntutan mereka tidak diluluskan

 

4.      Kemudian Menteri juga  berkata tambahan kuota sebanyak 4000 litre sebulan telah di peruntukkan kepada Bot Pukat Tunda. Sedarkan pihak Menteri bahawa satu bot pukat tunda class C sudah pun mendapat peruntukan kuota untuk diesel bersubsidi.sebanyak lebih kurang 28,000 litre sebulan.

Isunya disini, allocated quota tu mencukupi, masalah mereka ialah availability. Selama ini masalahnya mereka nak beli diesel tapi dieselnya yang tak mencukupi. Keadaan ini sering berlaku waktu hujung bulan.

Kerana apa? Kerana selama ini Jumlah kuota yang ditetapkan di peruntukkan kepada nelayan tidak sama dengan jumlah diesel yang dapat dijual oleh pembekal. Contoh Kuantan yang punyai 374 jumlah bot berdaftar. Jumlah  kuota yang diperuntukkan kepada pula ialah 5.7 juta liter. Akan tetapi jumlah diesel yang dapat dijual oleh pihak PNK (Persatuan Nelayan Kuantan) ialah 4 juta liter kerana ini sahajalah yang dibekalkan olek NEKMAT. PNK dapat tak cukup, nak jual macamana. Bagilah tambahan kuota banyak mana  pun tapi kalau minyak nak beli tak ada apakah gunanya?

Menteri harus faham,‘Availability ‘tidak bermaksud ‘assesibility’. Oleh kerana itu menambah kuota 4000 litre sebulan tidak akan menyelesaikan masalah

Adalah diharapkan Menteri Janganlah buat polisi setakat political exercise sahaja, tanpa mngambil kira keperluan dan  kepentingan Nelayan

5.      Kemudian Menteri juga menjanjikan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan untuk nelayan  tempatan. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk membantu nelayan kerana  golongan ini rata-rata merupakan golongan yang  miskin. Akan tetapi setakat ini daripada yang sudah mendaftar, hanya 20% sahaja sudah yang menerima RM 200 sebulan ini secara konsisten sejak bulan Ogos. Apa sudah jadi dengan yang lain-lain yang mendaftar dan juga sudah mempunyai kad nelayan?

Dato Yang di Pertua,

6.      Bukan itu sahaja rungutan mereka. Nelayan di wajibkan membeli tong ikan khas yang insulated yang ada lambing LKIM dengan harga  RM100 lebih mahal dari harga diluar, untuk spesifikasi yang sama. Dan kalau mereka enggan membeli, mereka terpaksa pula menyewa dengan kadar RM30/ tong 100kg sebulan. Bukan kah sepatutnya LKIM membantu nelayan, bukan menyusahkan?

 

Rumusannya, Insentif Tangkapan 10 sen/kilo dan tambahan kuota 4000 liter sebulan ini tidak membantu nelayan secara terus. Birokrasi dan kelemahan pengurusan pihak LKIM menambah kepada permasalahan mereka.

Sudah dijelaskan secara terperinci bagaimana harga diesel bersubsidi menjejaskan pendapatan pihak pengusaha pukat tunda. Bagi pihak mereka saya pohon pihak Kementerian meneliti dan membetulkan keadaan ini sebelum menjejaskan lebih teruk keadaan. Harga diesel bersubsidi wajar diturunkan ke harga RM1.00 seliter serta merta  seperti sebelum kenaikan bulan Jun2008. Harga petrol sudah pun turun ke paras di bawah harga Jun 2008. Maka sekiranya Kerajaan konsisten tentang hal subsidi ini tidak ada sebab kenapa haran diesel bersubsidi tidak boleh kembali keharga asal.

Walaubagaimanapun bantuan RM200 untuk keluarga nelayan wajar diteruskan kerana ini dapat membantu mereka didalam kehidupan seharian mereka. Akan tetapi perlu dipastikan ianya sampai kepada mereka, jangan setakat gimik politik sahaja.

Tuan Yang di Pertua.

Saya mohon menyokong usul YB Bandar Kuching.

Terima Kasih

December 19, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

JERIT di Parlimen

Laporan oleh JZ

Jaringan Rakyat Tertindas atau lebih dikenalipc180135 sebagai JERIT yang menjalankan misi Pasukan Pengayuh Perubahan ke seluruh Malaysia telah berkumpul di luar perkarangan Bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada Kerajaan dan Ketua Pembangkang bagi menamatkan kayuhan mereka semalam. Memorandum itu antara lain menuntut perubahan institusi dan dasar dalam isu perumahan rakyat, tangga gaji minimum, pengawalan harga barang serta pemansuhan ISA.

Antara Ahli Parlimen yang turut bersama mereka YB Sivarasah, YB Tian Chua, YB Chong Eng, YB Gobind,YB Dr Hatta dan YB Mahfuz Omar.

pc180107

Pihak polis cuba menghalang pasukan pengayuh ini daripada memasuki bangunan Parlimen, namun dibenarkan selepas itu seorang demi seorang. Akhirnya lebihkurang jam 12.20 tghri semua di benarkan masuk dan berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah wakil Kerajaan dan YB Saifuddin wakil Ketia Pembangkang.

December 19, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment