Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

250 borang ahli baru diterima!

p1180137

Saya dijemput khas oleh PKR Bahagian Panching Utara bagi merasmikan pembukaan cawangan baru Bahagian Panching Utara pada 18 Januari lepas, sebaik sahaja pulang dari kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehari sebelumnya. Sebanyak 250 borang orang ahli baru telah diserahkan kepada Dato Fauzi Abd Rahman, Ketua Perhubungan Negeri Pahang yang dijemput khas pada majlis ini.¬†Turut hadir sama adalah Ketua Bahagian Panching Utara, Pak Abu Kassim, Ketua Penerangan PKR Negeri, Hj Suhaimi, Ketua PAS Panching Utara dan Ketua PAS Panching Selatan, Hj Mas’ud Abd Rahman. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang ini juga menarik minat 2 orang SB untuk berada bersama dikalangan tetamu. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk kami dan minum petang bersama.

p1180125 p1180146

p11801261

January 20, 2009 Posted by | Politics | 1 Comment