Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Perbahasan Saya : Kementerian Pelajaran

BAHAS BAJET DI PERINGKAT JAWATANKUASA

KEMENTERIAN PELAJARAN

27 nov 2008 

Terima Kasih Dato Pengerusi,

Saya turut mengambil bahagian di dalam bahas belanjawan bagi Kementerian Pelajaran 

Butiran 020000 & 020100  adalah dirujuk

(Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan) 

Dato Pengerusi

Objektif  Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan ialah:

Menentukan semua rakyat Malaysia layak menerima pendidikan terbaik selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin dan bertanggungjawab 

Dato Pengerusi,

  • Pembentukan nilai murni  dan pembentukan  syaksiah didalam diri seseorang berlaku diperingkat awal didalam kehidupan seseorang insan.
  • Malah tatkala seseorang pelajar itu meninggalkan alam persekolahan rendah, sudah pun terbentuk sebahagian besar (lebih kurang 70%) daripada sistem nilai, tabiat dan keperibadian didalam dirinya.
  • Dari segi penggunaan masa harian seorang pelajar pula – lebih kurang 30 % dari masa dalam sehari dihabiskan di sekolah, lagi 30 % dengan persekitaran dan keluarga, dan lagi 30% untuk berehat dan tidur
  • Ini bermaksud ‘prime time’ atau masa puncak yang dihabiskan seseorang pelajar ialah disekolah, berbanding dengan di luar waktu persekolahan, dimana masa pelajar selalunya dihabiskan bersama keluarga, membuat kerja rumah, kelas tuisyen dan aktiviti riadah. 

 

  • Maka jelas sistem Pendidikan kita merupakan penyumbang besar terhadap kualiti pembentukan generasi akan datang.

 

  • Saya ingin menyentuh berkenaan dengan kualiti pelajar yang dihasilkan hasil dari system pendidikan kita.
  • Sebagai pemimpin-pemimpin Negara, tanggungjawab kita terhadap individu-individu yang bakal mengambil alih tugas-tugas kepimpinan Negara amat besar sekali.

 

  • Sistem pendidikan Negara mesti mampu melahirkan individu yang seimbang, sihat jasmaninya,  stabil emosinya, kuat semangat dan rohaninya,  berpegang teguh kepada  nilai2 murni, dan mampu pula menterjemahkan  nilai tersebut didalam bentuk tingkah laku, punyai ciri kepimpinan yang kukuh, disamping kemampuan berfikir secara kritikal, kreatif dan konstruktif

 

  • Saya yakin pihak kementerian bersetuju dengan matlamat yang di gariskan ini, namun apabila kita bandingkan output, produk, atau hasil dari system pendidikan kita, ianya tidak dapat kita ukur dari kesemua aspek-aspek diatas.

 

  • Output system pendidikan kita terlalu berat memberi penekanan kepada ukuran aspek akademik. Kementerian sering mengukur kejayaan dengan kejayaan akademik sahaja, dan kurang atau tiada penekanan kepada mengukur aspek yang lain-lain diatas. Saya tidak dengar pihak Menteri bercakap tentang  pencapaian pelajar dari aspek yang lain-lain ini

 

  • Saya yakin bahawa proses untuk melahirkan individu yang cemerlang ini sedang dilalui didalam system pendidikan kita dan juga saya tidak nafikan bahawa aspek-aspek lain ini susah untuk diukur, akan tetapi ianya tidak seharusnya menjadi alasan.

 

  • Untuk bergerak ketahap Negara maju kita mesti mampu berganjak dari aspek pencapaian akademik semata kepada aspek pembangunan insan ini. Pihak Kementerian mesti mampu juga mewartakan kepada umum berkenaan pencapaian aspek-aspek lain . Tidak cukup bermakna dengan pihak Kementerian mengumumkan berkenaan berapa % pelajar yang dapat 5A dalm UPSR, 9A dalam PMR dan juga deretan A dalam SPM, sekiranya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR tidak menghormati orang dewasa, tidak guna juga peningkatan bilangan pelajar yang dapat 9A PMR sekiranya kita juga mendapati bahawa  deliquensi juvena  meningakat, Kita dapati Pelajar menumbuk guru, pelajar merogol dan terlibat dalam aktiviti maksiat. Ada pelajar sekolah menengah yang didapati ditangkap dalam bilik hotel dalam aktiviti yang mencurigakan.   

 

  • Bagaimanakah kita mengukur pencapaian tahap tanggungjawab, tahap disiplin dan tahap kepimpinan?  Pihak Kementerian mesti kenalpasti ‘deliverables’ dalam diri pelajar disamping menggariskan agenda pelaksanaan.

 

  • Begitu juga ‘deliverables’ pengajaran sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris. Adakah kayu ukur pihak Kementerian setakat pelajar boleh menjawab soalan UPSR dalam bahasa Inggeris atau adakah kayu ukur sebenarnya ialah  pelajar mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris? Adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan pelajar yang dapat bertutur 1+1=2 dalam bahasa Inggeris? Ataupun boleh menyebut punca kuasa dua (a+2b=4ac) kedalam Bahasa Inggeris

 

  • Mungkinkah pelajar yang boleh bertutur bahasa sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris tadi mampu pula berbicara dalam konteks membina hubungan sesama insan yang melibatkan resolusi konflik dan etika menangani perbezaan pendapat? Pengajaran Bahasa Inggeris seharusnya mempunyai kayu ukur penguasaan bahasa tersebut sebagai alat komunikasi. Kerana kecemerlangan dibidang sains dan teknikal selalunya tidak diukur melalui kemampuan bahasa akan tetapi kemampuan menggarap konsep. Sebab itulah Negara Taiwan Korea dan Cina mampu mengeluarkan jurnal saintifik bertaraf dunia, dengan   menggunakan bahasa ibunda mereka.

 

  • Apabila dapat diimbangi pencapaian tahap akademik dan juga pencapaian lain seperti disiplin, tanggungjawab dan tahap kepimpinan, barulah boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan kita mencapai matlamat seperti yang digariskan

 

  • Pendemokrasian Pendidikan akan memastikan minda tidak terbelenggu dan ianya mestilah diterjemahkan dengan sungguh-sungguh tanpa alasan

 
 

Terima Kasih Dato Pengerusi 

December 16, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: