Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Penduduk Kg Dato Keramat : Kami Terharu..

Laporan oleh JZ

raya_korban

Hari Raya Eidul Adha pada 8 Disember lalu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur oleh penduduk Kampung Dato Keramat di Kampung Selamat apabila inilah merupakan kali pertama selepas 30 tahun tidak menikmati daging korban di kawasan mereka.  

Penduduk telah menunggu seawal 8.00 pagi pada Raya Kedua untuk melihat sendiri proses sembelihan seekor lembu korban yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh Fuziah Salleh. Beliau turut hadir bersama AMK Bahagian Kuantan dan Wanita PKR Kuantan bagi membantu menyembelih, melapah dan memasak sebahagian daging korban untuk menjamu petugas dan penduduk di situ.

Kanak-kanak mahupun orang dewasa kelihatan gembira dan terharu apabila dapat menikmati daging korban dalam menyahut seruan agama apabila menjelangnya Hari Raya Eidul Adha ini. Penduduk beramai-ramai menjamu selera dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Fuziah terhadap kebajikan dan keperluan penduduk Kg Dato Keramat.

pc090075    pc090088

pc090082   pc090097

 Seterusnya, YB Fuziah ke Surau Medan Warisan yang juga melakukan aktiviti sembelihan lembu korban yang disumbangkan oleh beliau untuk penduduk yang layak di kawasan tersebut. Ramai di antara mereka yang hidup miskin dan susah terutama penduduk setinggan di Tanah Putih (belakang Giant), Medan Warisan dan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Kuantan. Para petugas selepas melapah, telah memasak Nasi Arab untuk menjamah para petugas. Daging korban telah diedarkan kepada penduduk di kawasan yang disebutkan tadi.

Selain itu, majlis penyerahan sumbangan beras juga diadakan di Surau tersebut. Lebih kurang 15 penerima pada bulan ini telah menerima sumbangan beras daripada YB Fuziah Salleh.Ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan oleh Pejabat Parlimen Kuantan dalam membantu penduduk yang memerlukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

pc090110   pc090118

Seterusnya, YB Fuziah telah ke Surau Kg Galing Besar untuk bertemu penduduk dan menyumbangkan telekung untuk kegunaan jamaah surau. Beras juga diberikan kepada beberapa keluarga yang layak di kawasan tersebut sehari sebelumnya.

Pada petang itu juga, penduduk kawasan Inderapura telah menerima pc090168kunjungan YB Fuziah dalam majlis penyerahan sumbangan beras dan agihan daging korban kepada penduduk yang dikenalpasti, yang rata-ratanya merupakan ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai. Lebih 30 orang wakil keluarga telah hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh beliau sebelum majlis penyampaian diadakan.

Di sebelah malam pula, diteruskan dengan jamuan makan sempena Raya Korban di rumah salah seorang AJK Bahagian Kuantan yang  juga  Ketua Cawangan Kempadang, saudara Zainurin. YB Fuziah dijemput menyampaikan ucapan dan amanatnya kepada penduduk serta petugas JDM di kawasan tersebut semasa pilihanraya yang telah hadir sama.

December 14, 2008 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. teruskan usaha memperjuangankan rakyat..

    Comment by farrel | December 15, 2008

  2. Alhhamdulillah, syukur sudah ada ‘langkah baru’ untuk penduduk Kuantan/ InsyaAllah tahun hadapan , sama2 kita turut menyumbang dan mudah2an lebih banyak kawasan yg akan diliputi.

    Comment by latifah | December 15, 2008

  3. Assalamualaikum…/// Amalan yang mulia akan di balas di kemudian hari…teruskan lagi.jangan harapkan JKKK kampong yang menyamar menipu penduduk dan sentiasa menindas penduduk kampong.Teruskan YB, semoga Allah merestui perjuangan YB…///

    Comment by Antizalim | December 15, 2008

  4. GOOD JOB
    TAPI JGN SAMPAI NAMPAK RIAK SUDAHLAH YB
    I LIKE YOUR STYLE

    Comment by sfs@pulaijb | December 16, 2008

  5. Yb ni tak abis-abis nak menunjuk-menunjuk…

    Saya pelik kenapalah nak tunjukkan kita bekerja.. Sebenarnya sebelum ni pun banyak majlis-majlis korban dibuat oleh pemerintah terdahulu baik dimasjid atau surau di Kuantan tapi takdelah publisiti seperti yang ditunjukkan oleh YB ni…. Harap dapat buat kerja dengan ikhlas…..Insyallah akan dibalas seadanya…

    Comment by zainal _anak bangsa | December 27, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: