Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Soalan Tambahan

Setelah mendengar jawapan pihak menteri, berikut merupakan soalan tambahan saya:

“Saya dimaklumkan bahawa Kontrak PPA membenarkan  IPP mengeluarkan tenaga berlebihan atau “standing capacity” dalam 40%, sedangkan aras antarabangsa ialah 15-20%.  Ini bermaksud bahawa TNB menanggung beban membayar tenaga tambahan ini, berjumlah berbillion ringgit setahun, yang kemudiannya dibebankan pula keatas rakyat. Soalan saya ialah adakah pihak Kerajaan bertujuan mengadakan penilaian semula terhadap perjanjian PPA. Sekiranya Ya, Bila?”

Terima Kasih

 

JAWAPAN MENTERI TERHADAP SOALAN TAMBAHAN

Didalam jawapannya Menteri mengakui bahawa  “standing capacity” memang melebihi paras antarabangsa.

Tetapi Menteri mengatakan bahawa tidak ada perancangan untuk menilai semula perjanjian PPA kerana “standing capacity” itu tiada termaktub didalam perjanjian. Sebaliknya Menteri berkata akan mencari jalan untuk menggunakan tenaga tambahan tersebut dimasa hadapan.

November 27, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Soalan NO 4 hari ini 27 Nov 2008

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB ; dan

 

(b) berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar kepada pembekal-pembekal jana kuasa swasta terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun  yang sama di atas.

 

JAWAPAN MENTERI

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan tidak membuat sebarang bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun-tahun yang di nyatakan.

Jumlah pembayaran yan tlah di keluarkan oleh TNB kepada pembekal-pembekal jana kuasa bebas bagi tahun 2004,2005,2006,2007 dan sehingga Mei 2008 adalah sebanyak RM42,919 juta. Jumlah ini melibatkan 13 penjana bebas diseluruh negara. Daripada jumlah tersebut pula, jumlah bayaran yang telah di keluarkan kepada YTL adalah sebanyak RM5,358juta dan kepada Malakoff sebanyak RM14,934.

November 27, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment