Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Turun Padang sambil beri penerangan risiko ‘Rare-Earth’

Ahad lepas pasukan kami telah turun melawat ke Pasar Pagi Kg Jawa, yang merupakan salah satu tempat yang kerap saya kunjung apabila berada di Kuantan, memandangkan pelbagai pemasalahan yang telah diutarakan peniaga disitu sebelum ini. Pasar ini terdiri daripada peniaga-peniaga Cina dan sebahagian peniaga Melayu yang menjalankan rutin harian mereka mencari rezeki menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan pakaian. Pengundi di kawasan ini begitu gembira dengan setiap kali kedatangan saya ke tempat mereka. Sambil mendengar pemasalahan mereka, kami turut mengedarkan bahan edaran risiko ‘rare earth’ berkenaan satu ‘Advanced Material Plant’ yang kini sedang dalam binaan di Gebeng oleh satu syarikat milik Australia, yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif apabila ia mula beroperasi tahun depan. Turut diedar ialah teks ucapan bahas saya di Parlimen berkenaan isu tersebut. 

pb230005  pb230010 pb230021

November 26, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Puan fuziah,

    Sebenarnya saya pun tak tahu di mana Kg Jawa tu. Maklumat tentang ‘rare earth’ tu baru bagi saya. Harap puan dapat sertakan di laman ini dan buat pautan pada perkataan tersebut dalam posting puan.

    Dengan cara itu makluman akan jadi lebih ‘sempurna’ terutama kpd kami yg bukan anak jati pahang ni🙂 dan pembaca luar Pahang.

    Bagi maklumat berkaitan dengan mukabumi, ada baiknya ia ditandakan pada ‘google earth’ atau http://www.wikimapia.org dan pautkan dalam posting puan jika berkenaan.

    Saya jumpa catatan ‘surau kg jawa ‘ di http://www.wikimapia.org/#lat=3.8026162&lon=103.3122138&z=18&l=0&m=a&v=2&search=kampung%20jawa .

    Adakah itu kawasan yg puan pergi? Harap tak memeningkan kepala puan🙂

    mungkin puan boleh usulkan kpd pembantu puan hal ini.

    Comment by latifah | November 26, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: