Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Hari yang di penuhi dengan Berjumpa MB Pahang, EXCO dan ADUN PR

pb210102Jumaat lepas, 21 Nov 08,  telah diadakan satu pertemuan tertutup bersama Dato Seri Adnan Yaakob serta EXCO-EXCO yang juga merupakan ADUN Tg Lumpur, Datuk Wan Adnan dan ADUN Inderapura Datuk Shafik Fauzan di Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya di iringi oleh Sdr Karim (Pen SU Bahagian) dan Hatta (Ketua AMK Kuantan). Pertemuan selama 45 minit itu mendapat persetujuan daripada beliau bahawa demi kepentingan dan masalah rakyat, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing. Saya telah mengusulkan kepada YB Dato Seri MB tentang hal perumahan rakyat di Kg Pak Mahad yang telah terlalu lama terbengkalai. Permasalahan rakyat  di Kg Dato Keramat, masalah pembentungan di Bandar Baru Kuantan Putri, permasalahan kebersihan Pasar Borong  serta permasalahan lain yang dihadapi rakyat Kuantan, yang amat-amat membimbangkan saya seperti pembinaan Advanced Material Plant yang dimiliki Syarikat Lynas Sdn Bhd yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif. Kami bincang bersama permasalahan-permasalahan secara terbuka berteraskan kepada kepentingan rakyat. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Dato Seri MB untuk menerima kunjungan hormat saya serta begitu bersikap profesional dan terbuka dalam usaha melaksanakan amanah kepada rakyat walaupun berlainan platform politik. Moga tanggungjawab dan perancangan kita ke arah menunaikan hak rakyat dipermudahkan oleh Allah SWT.

pb210117Sejurus selesai sidang media dilakukan hal  pertemuan dengan MB, saya meneruskan agenda saya pada hari yang sama iaitu bertemu dengan Exco Dakwah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, Dato Sahfri bagi mendapatkan persetujuan dan membina kerjasama dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar di Kuantan ini. pb210054Pelbagai isu sosial yang kian meruncing di daerah ini yang harus diberi perhatian pemimpin yang telah dipertanggungjawabkan.

Di sebelah petang pula saya mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Pahang. Banyak perkara disentuh samada isu perbahasan di peringkat Parlimen dan DUN serta bentuk kerjasama yang sedang dan bakal dilakukan di masa hadapan.

November 24, 2008 - Posted by | Politics

13 Comments »

  1. Puan fuziah,

    Tahniah dan syabas atas usaha gigih puan untuk membuat perubahan di Kuantan. Saya baru saja melawat blog ini tetapi dalam PR13 memang sudah undi Puan🙂 [habis nak undi siap lagi?]

    laman ini informatif ttp malangnya tiada alama pejabat puan dan nombr talipon. Bagaimana nak hubungi puan selain email? teringin juga nak melawat pejabat puan, mana tahu ada perkara yg dapat kita bincang.

    sekian wassalam dan selamat maju jaya.

    Comment by latifah | November 25, 2008

  2. Pn Latifah,
    Terima Kasih di atas maklumbalas. Mohon maaf diatas kesulitan mandapatkan maklumat. InsyaAllah saya ingatkan pegawai untuk meletakkannya nanti.

    Sila Hubungi Pn Baini/ Sdr Fariz di Pusat Khidmat Kuantan Beralamat di A137, Jalan Beserah, Kuantan. Tel 09-5137970

    Comment by Fuziah Salleh | November 25, 2008

  3. Adakah anda berjumpa dengan niat yang ikhlas memikirkan nasib bangsa Melayu atau adakah anda setakat bermain politik?
    Sudah tentunya bermain politik! Jelas perjumpaan anda dgn MB serentak dengan laporan Pahangdaily.blogspot.com serta diiringi jurugambar serta pemberita, merupakan gimik politik! Jangan sia-siakan amanah rakyat yg mengharap kepada perpaduan serta hubungan erat sesama bangsa. Kuantan (termasuk 3 parlimen iaitu Kuantan, Paya Besar & Indera Mahkota) terlalu ketara jurang ekonomi serta sosial orang2 Melayu dgn bangsa2 lain. Anak pahang jati akan sentiasa pantau pergerakan anda.
    Selamat berjaya!

    Comment by ANAK PAHANG JATI | November 26, 2008

  4. Sdr anak pahang jati,
    sewaktu bertemu dengan EXCO Dakwah, saya katakan begini berkenaan dengan permasalahan gejala sosial:
    “Allah akan tanya Dato tentang hal ini. Allah juga akan tanya saya berkenaan tentang hal ini. Allah tidak akan tanya parti Dato dan Allah juga tidak akan tanya parti saya. Tapi Allah akan tanya kita sebagai pemimpin berkenaan apa yang kita telah lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini. Sekiranya Dato bersetuju bahawa ini boleh digunakan sebagai asas kerjasama, saya sedia berbincang dan membantu dalam hal ini. ”
    Ada lagi lain-lain yang saya katakan, yang tidak perlusaya nyatakan lebih lanjut. Akan tetapi terserahlah kepada sdr…

    Fuziah

    Comment by Fuziah Salleh | November 26, 2008

  5. Puan fuziah,

    Terima kasih atas jwpn. InsayAlah saya akan gunakan maklumat berkenaan dan akn sebarkan juga di laman KRT kami supaya lebih bayak pertukaran idea dan maklumat dapat dijana.

    say terkilan dgn komen ank jato Pahang yg seolah2ah ingin membal;as dendam. mengapa tak tanya apa yg YB sebelum ni buat untuk mengatasi gejala sosial?

    kenapa tak tanya pemimpin2 UMNO yg mana TPM adalah orang kuat Pahang dan dia ada pengaruh yg lebih berbanding Puan fuziah yg baru nak menapak.

    Kenapa tak tanya dato Nan? dan lebih penting knp tak tanya ibu bapa yang anaknya terlibat dgn gejala sosial? Knp sdr sendiri berpeluk tubuh hanya berkokok negatif? bukankah ada baiknya sdr memberi saran positif kalau pun tidak dapat membenteras dgn tangan/kuasa sdr?

    Sebagai mukmin saya seru sdr membanyakkan amal membaca al-qur’an, surah al-hujurat ayat 11 jelas tidak membenarkan umat yg beriman syak wa sangka.Dan kita sepatutnya meluruskan ‘saf’ sesama umat bukan saling mencari salah.

    Saya bukan anak jati Pahang dan saya tak pernah pergi mana2 majlis heboh2 di mana2 pun. Tetapi ada saya terlihat orang melayu (remaja) berpusu2 mengadiri program heboh2 di Kuantan. Siapa kah dalang program berkenaan. ?pn fuziah kah atau ahli PAS?

    FYI saya bukan PKR atau PAS. saya rakyat msia yg beriman dan mampu berfikir secara waras bukan secara emosi mendadak.mudah2an sdr berfikiran logik.

    Comment by latifah | November 26, 2008

  6. Saya rasa YB Fuziah suka menunjuk-menunjuk, banyak yang saya baca tentang blog ini banyak yang memuji-muji diri sendiri.

    Sebenarnya Yb tak menyelesaikan satu masalah pun, apa yang fakta saya katakan bahawa sebenarnya YB Fuziah hanyalah menjadi seorang ‘posmen’ aje. Kenapa saya berkata begitu kebanyakan isu -isu yang Puan cuba selesaikan adalah sinambungan kerja -kerja orang yang terdahulu cuma bila YB Fuziah buat sesuatu disertakan dengan publisiti samada surat khabar SINAR Harian atau melalui blog ini.

    Saya berharap peyokong-penyokong Yb Fuziah tak menghentam saya kerana teguran ini ikhlas.

    Jika kita menunjuk-menunjuk kita buat kerja, sebenarnya kita tak buat apa-apa kerana kita sibuk memikirkan apa orang fikir kita buat..

    Renung -renungkan, selamat beramal..

    Comment by JiwaMelayu | November 27, 2008

  7. Salam,
    Sdr JiwaMelayu berhak membuat komen apa saja. Tapi bukankah blog ini, namanya pun blog saya dan tujuannya untuk berkongsi aktiviti saya disekitar Kuantan serta juga berkongsi permasalahan rakyat Kuantan?
    Mohon maaf sekiranya sdr tidak senang hati dengan tulisan saya. Tentu sekali ada banyak lagi blog lain yang memenuhi citarasa sdr.
    Terima Kasih kerana sudi berkunjung.

    Comment by Fuziah Salleh | November 27, 2008

  8. JiwaMelayu,

    Kekeliruan yang JiwaMelayu hadapi disini adalah – anda memandang sesuatu perkara dengan Jiwa ‘MELAYU’.

    Telah banyak diperkatakan tentang sikap dan sifat orang melayu dalam mana2 perbincangan, forum atau majlis ilmu, kesimpulan yang dapat dirumuskan dlm forum2 tersebut adalah seperti berikut:-
    ‘Orang melayu itu malas, pendengki, hasad, suka mengadu dumba, anti kemajuan, riak, syak wasangka, jumud, sum’ah dan pelbagai lagi.

    YB Fuziah telah menyatakan, nama pun blog beliau, maka haruslah beliau berkongsi aktiviti beliau dengan warga Kuantan. Jika YB tidak mempunyai blog sendiri, saya yakin JiwaMelayu akan condemn YB Fuziah dengan telahan ‘dah menang duduk goyang kaki la, blog sendiri pun tak ada, macamana rakyat nak tau apa dia buat!’

    Itu kerana seperti yg saya katakan tadi, JiwaMelayu melihat dengan mata ‘Kemelayuan’.
    Apa penyelesaiannya?

    Penyelesaiannya adalah JiwaMelayu haruslah memandang sesuatu perkara itu dengan ‘JIWA ISLAM!’ Segala wasangka dan perkara negatif dapat kita hilangkan dari pandangan kita, dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT!

    Semoga JiwaMelayu bersedia untuk tranformasi kepada ‘JIWA ISLAM!’ Insyallah.

    Comment by UcuZalley | November 27, 2008

  9. salam yB..

    sya pddk ktn hrapkn prubahan,jgn ambik serius ttg komen2 yg diberikan..
    sya pddk ktn tau pe yg yB buat!!
    bukan sperti yB sblm nie ckp jerk “wakil rkyat” tetapi 4@5thn skali baru nmpk dkt prumahan pddk..
    sya harap yB bykkn aktiviti btemu pddk,wlaupun di sstgh kaw yg “O.K”,tetapi jika pihak yB sdiri kerap trun padang bjumpa dgn pddk itu sudah cukup bg kami wlaupun skadar mjlis btanya khabar..
    bukannya slps p/raya klu nk jpe kn pergi ofis,tp sblm p/raya bukan main tgh hujan pun sanggup tgu knonya prihatin thadap rakyat..
    igt yB mandat yg diberikan oleh pddk ktn,jgn sia2kan..

    Comment by wan | November 28, 2008

  10. JiwaMelayu,

    Cuba anda pandang sesuatu perkara dengan pandangan ‘JIWA ISLAM’. Insyallah segala buruk sangka dan negatif akan hilang dan Allah akan memberi anda idea untuk sama2 membantu YB Fuziah untuk membina ummah. Wasallam.

    Comment by UcuZalley | November 28, 2008

  11. YB teruskan usaha anda, sy cuma nak mtk tolong ngan YB, YB Indera Mahkote ada blog ke dok? maybe salah channel nie tp YB sama2 kawan ngan dia kan, so kalau ada leh hebahkan ke dok…

    Comment by andey | November 30, 2008

  12. Salam,
    saya rasa jiwa melayu dengan ‘anak jati pahang’ adalah orang yg sama dari nada dan gaya bercerita. Mungkin dia orang yg sama memberi komen pada rencana sebelum ini yg berkaitan dengan hari perkahwinan ank perempaun Yg fuziah. saya rasa ada semacm ‘personal vendata’ berlaku.

    Namun kpd Yg fauziah teruskna perjuangan, ini adalah asam garam, manis masam dalam perjuangan. jgn kata YG fuziah saya yg selalu menulis di milis lagi teruk kena hentam.

    Saya setuju dgn ucuzally yg mengatakan :‘Orang melayu itu malas, pendengki, hasad, suka mengadu dumba, anti kemajuan, riak, syak wasangka, jumud, sum’ah dan pelbagai lagi.

    tapi jgn lupa ada juga orang ke-3 yg kadang menangguk di air keruh. Dalam perjuangan kita selalu kena rujuk al-qur’an, baca al-qur’an walaupun cuma 10 ayat sehari. Perhatikan firman2 Allah tentang sifat2 kaum munafik , fasik dan orang kafir. Mudah2an kita diijauhi Allah dari sifat2 berkenaan.

    Laman ni banyak pembaikan yg perlu dibuat..sikit2lah upgrade. saya dapati ada link ‘suara anak muda ‘ yg mana saya dengar rungutan yg mengatakan laman itu adalah laman mempromosi idelogi kristian. alllahu’aklam.

    blog saya: http://assakynah.blogspot.com

    Comment by latifah | December 3, 2008

  13. salam.

    Saya adalah anak pahang yg berada diperantauan.
    Apabila dikenang2 perihal negeri pahang, saya merasa agak sedih dan apabila pulang ke kg. halaman di negeri ini saya merasa terharu pilu dan semakin sedih.

    Pembanggunan, Kisah dan cerita tidaklah benar2 menyeluruh hingga pelusuk daerah dan kampung dari lain2 negeri.

    Jesteru itu semakin ramai generasi baru merasa hidup dengan sendirinya tanpa perhatian dan terpisah dari pentadbiran pemerintah.

    Gambaran seperti ini adalah satu tanda yg boleh dianggap sebagai amaran kepada pemerintah..satu masa generasi2 ini akan berubah jiwa, keberanian dan membuat keputusan.

    Comment by azizan | November 8, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: