Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Hari yang di penuhi dengan Berjumpa MB Pahang, EXCO dan ADUN PR

pb210102Jumaat lepas, 21 Nov 08,  telah diadakan satu pertemuan tertutup bersama Dato Seri Adnan Yaakob serta EXCO-EXCO yang juga merupakan ADUN Tg Lumpur, Datuk Wan Adnan dan ADUN Inderapura Datuk Shafik Fauzan di Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya di iringi oleh Sdr Karim (Pen SU Bahagian) dan Hatta (Ketua AMK Kuantan). Pertemuan selama 45 minit itu mendapat persetujuan daripada beliau bahawa demi kepentingan dan masalah rakyat, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing. Saya telah mengusulkan kepada YB Dato Seri MB tentang hal perumahan rakyat di Kg Pak Mahad yang telah terlalu lama terbengkalai. Permasalahan rakyat  di Kg Dato Keramat, masalah pembentungan di Bandar Baru Kuantan Putri, permasalahan kebersihan Pasar Borong  serta permasalahan lain yang dihadapi rakyat Kuantan, yang amat-amat membimbangkan saya seperti pembinaan Advanced Material Plant yang dimiliki Syarikat Lynas Sdn Bhd yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif. Kami bincang bersama permasalahan-permasalahan secara terbuka berteraskan kepada kepentingan rakyat. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Dato Seri MB untuk menerima kunjungan hormat saya serta begitu bersikap profesional dan terbuka dalam usaha melaksanakan amanah kepada rakyat walaupun berlainan platform politik. Moga tanggungjawab dan perancangan kita ke arah menunaikan hak rakyat dipermudahkan oleh Allah SWT.

pb210117Sejurus selesai sidang media dilakukan hal  pertemuan dengan MB, saya meneruskan agenda saya pada hari yang sama iaitu bertemu dengan Exco Dakwah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, Dato Sahfri bagi mendapatkan persetujuan dan membina kerjasama dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar di Kuantan ini. pb210054Pelbagai isu sosial yang kian meruncing di daerah ini yang harus diberi perhatian pemimpin yang telah dipertanggungjawabkan.

Di sebelah petang pula saya mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Pahang. Banyak perkara disentuh samada isu perbahasan di peringkat Parlimen dan DUN serta bentuk kerjasama yang sedang dan bakal dilakukan di masa hadapan.

Advertisements

November 24, 2008 Posted by | Politics | 13 Comments

BENGKEL & Makan Malam MP, EXCO & ADUN Pakatan Rakyat

p1010055   p1010075

Selasa 18 Nov para MP Pakatan Rakyat telah berkumpul dalam satu bengkel bagi melontarkan idea, berbincang serta bertukar pendapat dalam usaha ke arah  melaksanakan Pentadbiran Berkesan &  Good Governance. Bertempat di De Palma Hotel, Ampang lebih kurang 60 Ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri telah hadir sama dalam majlis itu. Majlis dimulakan dengan acara makan malam, kemudian ucapan dari YB Lim Kit Siang, YB Dato Hj Abdul Hadi Awang dan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya pembentangan daripada wakil Merdeka Centre berkaitan pandangan umum terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di 5 negeri serta isu-isu semasa politik dan ekonomi tanah air. Bengkel seterusnya dijadualkan Selasa 25 Nov 2008

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Parliamentary Gender Caucus Meeting

p1010096  p1010078

Mesyuarat Parliamentary Gender Caucus telah diadakan pada 20 Nov 08 lepas di Parlimen bagi membincangkan isu dan agenda memperkasakan wanita di peringkat dasar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Hjh Nancy dan YB Chong Eng telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala AJK lain terdiri daripada saya sendiri, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Nurul Izzah, YB Fong  Po Kuan, YB Teo Nie Ching, YB Datuk Chua Soon Bui dan YB Tan Ah Eng. Lenih kurang 2 jam setengah mesyuarat berlangsung dan sidang media diadakan jam 3 ptg di Parlimen berkenaan isu ini. 

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Irene Fernandez Acquitted

Irene Fernandez, Activist and Supreme Council Member PKR was acquitted of publishing false news over torture and abuse of migrant workers after a 13 year court battle. Congratulations Irene. We’re thankful and very proud of you for standing up to the truth without fear or favour.

THE TRUTH PREVAILS AND WILL CONTINUE TO PREVAIL

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Usul Ketua Pembangkang Di Tolak

Baru sebentar tadi Dato Speaker menolak usul yang dibawa melalui peraturan 18(1) dengan alasan bahawa masalah yang dibawa oleh Ketua Pembangkang tidak mendesak

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

USUL KETUA PEMBANGKANG AKAN DITENTUKAN PAGI INI

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih  FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami  penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang  laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih  Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan. (tamat)


PEJABAT KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

November 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment