Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Hujung Minggu Bertemu Rakyat

p10100671Saya telah menghadiri Majlis Bersama Penduduk Cina pada Sabtu malam 15 November lepas yang turut dihadiri oleh YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Chang Lih Kang (ADUN Teja) serta tetamu kehormat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak). Turut hadir YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota). Seramai hampir 200 org penduduk Cina yang telah hadir dan mendengar amanat daripada pimpinan Pakatan Rakyat pada malam itu. Seterusnya saya terus ke Ceramah Perdana di Kg Razali juga berceramah bersama YB Leong Ngah Ngah dan YAB Datuk Seri Nizar. 

p1010074   p1010081  p10100872

p1010110  p1010132   p1010104  p1010111

Keesokan harinya, satu Dialog Bersama Penduduk Bandar Baru Kuantan Putri, Kempadang telah diadakan dikawasan perumahan mereka. Mereka mengalami empat permasalahan utama iaitu masalah pembentungan, tiada meter air individu, perumahan Fasa 2 yang terbengkalai p1010142serta tahap keselamatan yang longgar bagi kanak-kanak di kawasan tersebut. Selama lebih kurang dua jam saya berada disitu bersama penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Tn Hj Ahmad Dimin dan SU En Azhar, telah membawa saya melihat sendiri loji pembentungan yang tidak mengikut spesifikasi yang betul sehingga menyebabkan  ia tidak dapat berjalan lancar setiap hari. IWK jga enggan bertanggungjawab keatas loji tersebut oleh sebab spesifikasi yang tidak di tepati. Kesan yang dihadapi penduduk daripada permasalahan ini sangat membimbangkan kerana melibatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti hidup penduduk. Saya dapati Air Kumbahan yang tidak dirawat disalurkan semula kedalam longkang-longkang ditaman perumahan. Ini amat-amat membimbangkan kerana air tercemar tersebut akan masuk kesungai dan seterusnya mencemari sungai kita. Begitu juga dengan ketiadaan meter air individu di rumah-rumah, para penduduk di bebankan dengan bil komersial hasil tinggalan pemaju. Sebanyak hampir RM100,000 yang perlu dibayar secara dibahagi diantara 207 buah pemilik rumah. Hal ini telah saya bawa berbincang dengan LKPP Properties, pemilik tanah yang kini bertindak mengambil alih tugas  pemaju perumahan selepas pihak pemaju Citra Pesona Sdn Bhd, melarikan diri dan meninggalkan projek.  Penduduk ucapkan terima kasih diatas bantuan dan perhatian yang telah diberikan oleh Pusat Khidmat KeADILan Kuantan. Para Pegawai Pusat Khidmat memang telah bergegas berjumpa penduduk sebaik sahaj menerima aduan. Malah, saya dimaklumkan sejurus selepas saya melawat kawasan ini, beberapa pihak yang bertanggungjawab telah pun datang untuk menyelesaikan masalah dikawasan perumahan ini.

p1010156  p1010168 p1010137

November 19, 2008 - Posted by | Politics

10 Comments »

  1. YB Fauziah,

    Masalah loji pembentungan tu, eloklah buat lapuran polis atau BPR kerana itu masalah penyalahgunaan kuasa oleh MPK.Sepatut nya sebelum meluluskan CF,pihak MPK perlu mempastikan semua berfungsi dgn baik.Pegawai MPK ni ramai yg kong kalikong.

    Comment by Syitah | November 19, 2008

  2. Terima Kasih Syitah.
    Saya sudah dapatkan salinan sijil CFO dan juga berurusan secara terus dengan MPK untuk bertanyakan hal ini.

    Cuma ada kelemahan dari sudut undang-undang kerana kelulusan CFO bagi satu-satu rumah tidak termasuk meter air individu dan juga tidak meliputi loji pembentungan. Juga laporan Polis terhadap Citra Pesona tidak dapat membantu kerana mereka sudah pun declare bankrupt, dan dengan itu tidak boleh di dakwa.

    Undang-undang penguatkuasaan mesti di kemaskini dan diketatkan demi memastikan pihak terbabit lebih bertanggungjawab.

    Dalam Kes ini, perbincangan saya dengan LKPP Properties turut mengkaji bagaimanakah untuk melantik kontraktor swasta yang dapat menyelenggara loji tersebut mengikut spesifikasi IWK buat masa terdekat ini.

    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | November 20, 2008

  3. mane pergi pembelaan terhadap kes azan??
    knape pk

    Comment by que | November 22, 2008

  4. Betapa Kurang Ajarnya

    ———————————————————————

    Isu ‘Allah’ ke Mahkamah Persekutuan

    Majlis agama, Macma diarah fail afidavit isu membabitkan Herald-The Catholic Weekly

    KUALA LUMPUR: Tujuh Majlis Agama Islam negeri merujuk pertikaian penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh pihak tertentu kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kedudukannya di sisi Perlembagaan Persekutuan.

    Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), membenarkan tujuh Majlis Agama Islam itu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) membuat permohonan berkenaan kerana ia membabitkan isu Perlembagaan.

    Berikutan itu, Lau menetapkan 27 Februari depan untuk semua pencelah memfailkan afidavit berhubung semakan kehakiman per-mohonan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur berhubung penggunaan nama `Allah’ dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.

    ————————————————————————————–

    Beginilah apabila manusia yang dikatakan sahabat dalam Pakatan Rakyat yang sudah mendapat sedikit kuasa sudah berjaya menghapuskan hak orang Melayu ingin pula menghapuskan agama suci kita sedikit demi sedikit. Dulu dilarang Azan. Sekarang ini pula. Hendak guna nama ALLAH. Sejak bila di Malaysia Tuhan disebut ALLAH oleh orang-orang Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Tuhan di sebut Tuhan lah. Itu kepercayaan awak !
    ————————————————————————————–
    Undilah ADIL, PAS dan DAP
    UNTUK MENGHANCURKAN MELAYU & ISLAM

    Comment by Cikgu Zaharuddin | November 22, 2008

  5. Cikgu Zaharuddin,

    Cikgu mengajar kat sekolah mana cikgu? Adakah cikgu tau, isu azan itu adalah permainan org2 umno utk memberi gambaran buruk kpd PR kononnya PR sanggup bersekongkol dgn kafir laknatullah semata2 utk mengekalkan kuasa dan meraih populariti. ini kerja siapa cikgu? Tak lain tak bukan, pemimpin keturunan Jawa yg kecewa dari selangor, Khir Toyo!

    Atas laporannya yg tak berasas itulah seorang pemimpin DAP ditangkap dan di ISAkan. Apabila beliau di saman sekarang, baru beliau menyalahkan akhbar dan lain2. Membuktikan dasar pengecut beliau. Jika perkara ini tak benar dan tiada bukti kukuh, saya rasa exco dari selangor tersebut tak kan berani utk menyaman beliau!!

    Satu lagi soalan saya, apabila ada satu-satu isu yg melibatkan agama Islam dicabar, kenapa persoalan utk mempertahankannya hanya di tujukan kepada PAS dan Keadilan? UMNO dan rakan2 yg sewaktu dgnnya bukan islam kah? Mana pula suara pemuda umno? Sedang sibuk sekarang ni membeli dan menjual undi ke sampai tak ada masa nak ambil tau tenang agama? memang selama ini pun mereka memang cuma ambik hal2 agama sebagai melepas batuk di tangga saja…. mana wanita umno dan puteri? Juga sibuk dgn pemilihan dan tak habis2 dgn kemelut penyerahan kuasa……

    Ini membuktikan dengan jelas bahawa memang kita hanya boleh mengharapkan PAS dan Keadilan utk mempertahankan Islam di Malaysia kita yg tercinta ini, cuma org2 seperti cikgu saja yg masih belum mengakuinya, tapi jauh disudut hati cikgu sebenarnya cikgu mengakui hakikat itu, cuma cikgu tidak dapat atau belum berani utk meluahkannya… Syabas cikgu, selemah lemah iman adalah menentang perkara mungkar cukup didlm hati…..

    Semoga mendapat taufik dan hidayah…. Wasallam!

    Comment by UcuZalley | November 22, 2008

  6. Cikgu Zaharuddin & AnwarIbrahim Al-juburi,
    Salam kpd dua penyokong UMNO.Awak memberi hujah terlalu emosi.Cuba kita balik semula kpd isu azan ini,siapa yang bangkitkannya?Bukankah Khir Toyo yang mengatakan penduduk di Puchong membantah akan azan yang berkumandang di Masjid atau surau?Tetapi kenapa Teresa Kok yang dipenjarakan atas akta ISA?
    Sedar atau tidak bahawa Datok Ismail yang telah mengeluarkan isu perkauman dengan mengatakan “kaum cina adalah penumpang di Malaysia” tidak dikenakan akta ISA hanya disebabkan beliau adalah ahli UMNO!
    Sedar atau tidak perjalanan kita sebagai pembangkang penuh dengan ranjau dan duri namun kami semua tempuhi demi untuk diri kami serta keluarga kami seperti menentang kenaikan harga minyak.Sedar atau tidak saudara,dengan kenaikan harga minyak telah menyebabkan harga barangan serta kadar inflasi meningkat.
    Sekarang harga minyak adalah $2.00/liter (walaupun masih lagi mahal jika dibandingkan dengan harga minyak gobal iaitu US$50 dan saya percaya kerajaan UMNO masih boleh menurunkan lagi harga minyak di Malaysia) tetapi harga barang masih lagi tidak berubah.
    Sedar atau tidak ramai lagi rakyat malaysia yang mempunyai pendapatan dibawah kemiskinan?Cuba tonton “bersamamu”,rakyat yang tidak bernasib baik masih ramai.Jika harga barang naik ianya akan menyusahkan kita semua.
    Jika kita susah,tidak ada seorang menteri UMNO yang akan hantar beras kerumah tetapi MP Kuantan adalah juga menghadiahkan sekampit beras kpd golongan yang kurang bernasib baik ini.
    Bukalah mata dan cucilah hati kebiruan saudara berdua bahawa kami berjuang demi golongan yang susah.Isu ‘liwat’ anwar ibrahim bukanlah satu isu permasalahan rakyat!.Kami percaya seluruh malaysia tidak ingin mengetahui isu ‘liwat’ ini.Kami mahu MP PKR mesti bekerja untuk rakyat.
    Apa kata saudara berdua menyertai kami?Kami terima saudara berdua dengan tangan yang terbuka dan jika saudara berkelayakan.Kami tidak pernah pun pilih kasih didalam perjuangan yang menlibatkan kepentingan rakyat.

    Comment by keadilan@pkr | November 23, 2008

  7. Salam
    Saya harus beri peringatan bahawa blog ini merupakan platform untuk berbincang secara baik, dan juga untuk memberi kritikan konstruktif.
    Perkataan lucah atau mencarut sama sekali tidak di benarkan dan pihak moderator berhak menyekat mana-mana penghantar komen yang menggunakan bahasa lucah dan keterlaluan .

    Harap Maklum
    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | November 24, 2008

  8. Aslmkm….saya rasa tak layak saudara guna nama Anwar tu..aper ni?..Mcm ada sakit Jiwa jer saudara ni..ada jumpa doktor sakit jiwa tak

    Comment by BEDAH | November 24, 2008

  9. Kenapa tak boleh nama Anwar , Anwar Ibrahim mulia sangat ke, diapun dari UMNO jugak dulu.. saya sebenarnya tak berapa percaya Anwar ni.

    Comment by MelayuJihad | November 27, 2008

  10. MelayuJihad,

    Jgn salah faham, bukan tak boleh guna nama anwar, tapi ada seorang hamba Allah tu pakai nama di blog ni dgn nama Anwar Ibrahim AlJuburi! Sebagai Melayu yang sedang berjihad, adakah saudara tidak rasa itu seperti mempersendakan nama seseorang yang telah dikurniakan oleh kedua ibu bapa mereka? Sia sia lah jihad saudara kalau saudara membenarkan perkara seperti ini!

    Comment by UcuZalley | November 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: