Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Soalan Tambahan:Kuota Diesel di Pangkalan Kuantan

pb120003Khamis lalu,13 November 08 soalan saya nombor empat berkaitan bot pukat tunda serta jenis kesalahan-kesalahan yang berkaitan di Malaysia dan Kuantan khususnya telah dijawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut :  

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan :

 

(a) berapakah bilangan bot pukat tunda yang telah didenda atau di saman kerana melakukan kesalahan ketika beroperasi di laut di;

(i) seluruh negara;

(ii) di Pahang; dan

(b) apakah jenis kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangannya

mengikut kesalahan.

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Mustapa Mohamed]:

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

 

(a) Pada tahun 1985 kerajaan telah memperkenalkan Akta Perikanan bagi mengawal vessel dan nelayan yang menangkap ikan di perairan negara kita.

 

Secara khususnya akta ini diperkenalkan untuk mengawal dan mengurus sumber laut supaya mampan dan juga untuk menghindar konflik antara nelayan tradisional dan nelayan komersial. Untuk tujuan ini bot-bot dilesenkan mengikut zon: Zon A bagi nelayan tradisi, Zon B, C dan C2 untuk laut dalam. Jika bot ataupun nelayan melanggar syarat-syarat peraturan yang ditetapkan oleh akta maka mereka dikenakan tindakan.

 

(i) Bagi menjawab soalan Yang Berhormat secara khusus, saya dimaklumkan bahawa dari Januari hingga Oktober 2008 sebanyak 996 buah vessel tempatan melibatkan 3,839 orang nelayan tempatan telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 499 buah bot adalah bot pukat tunda dan mereka dikenakan kompaun sebanyak RM844,250.

(ii) Untuk negeri Pahang seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sejumlah 43 buah vessel pukat tunda telah ditahan dengan nilai kompaun sebanyak RM113,400. Sebagai perbandingan pada tahun 2007, tahun lepas, sebanyak 1,013 vessel ditahan dengan bilangan nelayan 3,841 dan nilai denda sebanyak RM2.5 juta. Bagi bot asing pula daripada Januari hingga Oktober 2008, 58 kes tangkapan melibatkan 404 orang nelayan ditangkap melibatkan vessel daripada Thailand, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam dengan jumlah denda sebanyak

RM12.2 juta. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab bahagian,

(b) Jenis kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut, ada empat

kategori utama iaitu:

(i) melanggar kawasan zoning. Bot-bot tidak boleh keluar daripada Zon A, B, C dan C2, empat zon semuanya. Yang melanggar syarat ini sebanyak 260 bagi seluruh Malaysia dan 25 di negeri Pahang;

(ii) penggunaan nelayan asing tanpa kelulusan. Nelayan asing tidak boleh digunakan untuk bot A umpamanya. Cuma ia boleh digunakan untuk laut dalam tetapi ada juga yang melanggar peraturan ini menggunakan nelayan rakyat asing untuk beroperasi di bot-bot A dan B. Untuk ini bagi seluruh negara di Malaysia sebanyak 117 kesalahan dan bagi negeri Pahang sebanyak enam kesalahan;

(iii) melanggar kawasan zoning dan penggunaan nelayan asing tanpa kelulusan, dua kesalahan oleh sebuah vessel, 80 bagi seluruh negara dan lima bagi Pahang; dan

(iv) mereka yang tidak menggunakan lesen ataupun melanggar syarat lesen dengan tidak mengusahakan sendiri bot mereka. Di bawah kategori ini sebanyak

42 bagi seluruh negara dan tujuh bagi negeri Pahang.

 
Soalan tambahan saya pula berkaitan isu kekurangan kuota diesel di pangkalan ikan Kuantan bagi membolehkan bot-bot turun ke laut dengan cukup sehingga akhir bulan. Merujuk kepada kunjungan hormat saya ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kuantan serta dialog bersama persatuan nelayan Kuantan, saya telah menyatakan bahawa sebanyak 4 juta liter diesel yang diperuntukan tidak cukup untuk 374 buah bot di pangkalan Kuantan. Oleh itu saya memohon agar penambahan kuota diesel ini diberikan. Menteri telah menjawab dan mengatakan bahawa ini merupakan satu tohmahan. Maka saya telah mengadakan sidang akhbar sejurus selepas itu dengan menegaskan bahawa ia adalah fakta dan maklumat yang benar. Namun menurut beliau, kementerian akan menjalankan siasatan terlebih dahulu serta mempertimbangkan penambahan kuota diesel sekiranya wajar di pengkalan Kuantan memandangkan ia merupakan pangkalan ikan terbesar di Malaysia.

November 17, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: