Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KEMBALIKAN INTEGRITI SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

Kenyataan Media

7 November 2008

 

Merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat semalam, bahawa status 11,842 orang pemilih yang menggunakan kad pengenalan lama masih belum ditentukan statusnya oleh ahli panel SPR kerana kini sedang disemak oleh pihak JPN, penjelasan tersebut sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu sistem perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

 

Jawapan di atas diberikan bagi soalan lisan saya dalam Dewan Rakyat semalam (6 Nov) ke-32, berkenaan ”status dan perkembangan mengenai 11,842  pemilih (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini”.

 

Sistem rangkaian maklumat SPRINTRA yang diwujudkan oleh SPR sewajarnya memastikan sistem pilihanraya dijalankan dengan telus, adil dan bebas memandangkan belanjawan besar diperuntukan dalam Bajet 2009.

 

Namun amat mengecewakan kerana SPR yang bertanggungjawab dalam menentukan barisan kepimpinan yang bakal menerajui masa depan Negara ini telah disalahgunakan demi kepentingan sesetengah pihak.

 

Terdapat bukti kukuh yang didapati di Kuantan menunujukkan bahawa SPR telah melakukan penipuan dengan menggunakan daftar pemilih. Beberapa kes yang melibatkan pemilih  yang berumur melebihi 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun  2006 akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12  Mac lalu. Kad pengenalan baru diwujudkan seolah-oleh si mati lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama beliau lahir pada 1885.

 

Apakah peruntukan untuk SPR ini wajar diluluskan sedangkan ia masih belum dapat menjamin ketelusan sistem pilihanraya? Sampai bilakah rakyat Malaysia harus melalui penipuan demi penipuan padahalnya sesetengah pihak tertentu yang mendapat habuannya?

 

Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara. 

 

 

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

November 12, 2008 - Posted by | Politics

9 Comments »

  1. YB, saya pelik kenapa Yb soal SPR. Kalau SPR tak adil sudah tentu YB tak menang di Parlimen Kuantan. YB, cakap biar serup bikin!

    Comment by fauzi rahman | November 16, 2008

  2. YB, saya pelik kenapa Yb soal SPR. Kalau SPR tak adil sudah tentu YB tak menang di Parlimen Kuantan. YB, cakap biar serupa bikin!

    Comment by fauzi rahman | November 16, 2008

  3. Assalamualaikum YB Puan Fuziah,

    Saya telah meletakkan blog YB Puan dalam senarai “Himpunan Blog Pahang”.

    Harap YB tidak kisah.

    Salam Perpaduan.

    Comment by Blogger Pahang | November 16, 2008

  4. Sdr fauzi rahman,
    Saya berucap selaku Ahli Parlimen, bukan setakat di Kuantan sahaja. Tanpa penipuan, saya yakin banyak lagi kerusi di seluruh negara boleh di menangi. Kerusi-kerusi yang di menangi merata tempat ialah kerana dipantau oleh jentera parti dengan rapi dan juga oleh kerana margin kemenangan agak besar, sehingga penipuan tidak boleh melepasi kemenangan tersebut

    Buat makluman sdr, laporan Polis telah ada dibuat terhadap Bekas Pengerusi SPR Tan Sri Rashid sewaktu Pilihanraya berkenaan daftar pemilih yang diragui. Orang yang buat laporan tersebut tidak mungkin akan buat laporan polis sekiranya tidak ada bukti kukuh.

    Comment by Fuziah Salleh | November 16, 2008

  5. Blogger Pahang,
    Segala yang baik, dan untuk kebaikan ramai silakan lah….

    Saya tidak kisah, malah mengalu-alukan

    Comment by Fuziah Salleh | November 16, 2008

  6. AlJuburi @ Albontoti @ Alpunggungi,

    Kalau tak kerana menipu lebih dari 5 negeri PR dah menang, kerajaan pusat pun sepatutnya dah tawan. Mcm YB kata, kalau tak de bukti tak kan orang berani buat lapuran polis.

    PR bukan macam umno, buat laporan ikut cerita akhbar, bila berita tu salah maknanya laporan dia pun salah jugak, tak pakai otak.

    Jadik kita ni jangan lah ikut mcm org umno, tak pakai otak dan kalau ada pun rasanya mcm awak jugakla, nama pun juburi, rasanya otak pun kat bontot la tu…..

    Comment by UcuZalley | November 19, 2008

  7. Salam,

    Asyik mempersalahkan SPR saja. Daftar pemilih kwsn mana yg berlaku keraguan? Sila kemukakan bukti yang kukuh.

    Jika hanya terdapat kesilapan 1 atau 2 daftar pemilih tak bermakna berlakunya penipuan oleh keseluruhan SPR.

    Jika masih tidak berpuas hati dgn siasatan polis, boleh sahaja bawa ke mahkamah utk isytiharkan kemenangan di kwsn tersebut tidak sah. Tapi adakah PR berani berbuat sedemikian? Sila jwb Fuziah.

    Jangan hanya pandai baling batu kemudian sembunyi tangan. BN pun boleh cakap bahawa PR melakukan penipuan di 5 negeri yang mereka menang. Tapi tak pula BN berkata begitu sebab dah tahu bahawa SPR mmg telus.

    Saya cabar Fuziah utk kemukan bukti disini! Jangan jadi seperti ahli politik yg bersikap kebudak2an. Dipersilakan wahai Fuziah…

    Terus terang saya katakan bahawa cara anda bermain politik adalah seperti kanak2!!

    Comment by Kembara Politik | November 21, 2008

  8. aduh aduh aduh….balik2 SPR…..tu dah menang 5 negeri tu lagi nak salah SPR……kecewanya saya…..taknak tanya ke kenapa tiba2 SPR taknak pakai dakwat tu? mana siasatan? peliknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

    Comment by AHLI KECEWA? | November 21, 2008

  9. UMNO pahang should be toppled. there are too much corruptions done by them. At least once they failed to govern Pahang, they might think deep and make amendments to their principles. Just would like to see PKR struggle more towards the betterment of the Malays. Justice is done when we put things at their rightful place. god bless

    Comment by godisuno | November 24, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: