Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG BELANJAWAN 2009

Maksud B4

Butiran 010300

Suruhanjaya Pilihanraya

–Teknologi Maklumat

 

Tan Sri Pengerusi,

Kita dimaklumkan berkenaan system  rangkaian SPR SPRINTRA yang digunapakai SPR untuk membantu memastikan keberkesanan pilihanraya melalui Teknologi Maklumat

Bercakap tentang Sistem Teknologi Maklumat ini, saya igin membawa perhatian ahli-ahli didewan yang mulia ini untuk memastikan bahawa peruntukan belanjawan ini,  digunakan sebenar-benarnya untuk memastikan satu system pilihanraya yang benar-benar telus, adil dan bebas, dan bukan pula di gunakan untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu kedalam daftar pemilih, sekaligus mengesahkan status  pemilih tersebut. Kerana undang-undang Pilihanraya mengatakan bahawa  daftar pemilih yang telah di gazette, tidak  boleh di pertikai dimahkamah

 

Ini bukan tuduhan melulu Dato Pengerusi,  Saya boleh buktikan. Saya dapati cukup bukti bahawa  SPR menipu dengan menggunakan daftar pemilih.

Saya ada beberapa kes yang melibatkan pemilih2  yang berumur lebih 100 tahun. Nama2 mereka  telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun  2006. Ketika itu, semua nama-nama pemilih yang sudah mati dikeluarkan dari daftar pemilih.  Akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula kedalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12,

Saya yakin ianya dilakukan dengan sedar. Dan bukan ‘systems error’. Kerana ianya telah pun di keluarkan. PRU 11 nama ada. 2006, dibersihkan, nama hilang, Kemudian PRU12 nama masuk balek.  Nama pemilih tersebut sama seperti sebelum dikeluarkan, akan tetapi diletakkan no ic baru ( seolah-olah pemilih tersebut lahir tahun 1985) di samping no ic lama.  Saya juga ada salinan sijil mati pemilih tersebut.    Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku, dan ianya bukan kes isolated atau terpinggir.

 

Tan Sri  Pengerusi,

Apakah kita akan meluluskan peruntukan untuk SPR buat begini ? iaitu untuk tipu rakyat? Peruntukan Perbelanjaan ini ialah untuk menjanjikan Pilihanraya dapat dijalankan dengan bersih, adil dan telus.

Didalam soalan lisan saya pada hari ini pula, Soalan No 32, saya bertanya berkenaan bilangan pemilih seramai11,842  yang menggunakan kad pengenalan lama yang tidak dapat dikeasan  (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004)  masih belum ditentukan statusnya.  Jawapan yang telah di berikan oleh YB Menteri bahawa status 11,842 orang pemilih itu masih belum ditentukan oleh ahli panel SPR. YB Menteri juga memberitahu bahawa senarai tersebut kini sedang di semak status terkininya oleh pihak JPN  

Jawapan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu system perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

Saya yakin SPR mampu untuk memastikan bahawa ianya menjadi satu badan  yang   punya integriti. Yang penting SPR tidak mengizinkan  dirinya dijadikan boneka dan alat  Barisan Nasional untuk memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya.

Saya yakin SPR boleh gunakan system IT ini untuk kebaikan rakyat sekiranya ada kehendak. ada ‘Political Will’, dengan izin.  Mengapa di Pilihanraya Kecil P044, Permatang Pauh, SPR telah berjaya membersihkan daftar pemilih yang digunakan, dimana lebih 300 nama orang yang mati dalam tempoh awal tahun sehingga jun 2008 telah berjaya di bersihkan nama mereka dari daftar pemilih.

Sekiranya boleh di buat begitu di Permatang Pauh, kenapa tidak mungkin dilakukan untuk daftar pemilih induk?

Saya pohon dewan yang mulia ini untuk sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyelewengan seperti ini tidak berlaku, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat

Terima Kasih

 

 

November 11, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Salam,
    Sdr Jeffripower, kita tidak mengada-adakan cerita. YB Menteri sendiri telah menjawab soalan saya dan mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengesahkan status pengundi-pengundi tersebut. Semua yang diturunkan disini merupakan fakta-fakta sebab kami Ahli Parlimen tidak boleh cakap sembarangan kalau melibatkan data. semuanya akan masuk hansard.
    Mungkin Sdr Jeffripower kalau rasa dapat menjawab soalan tersebut, silakan lah

    Comment by Fuziah Salleh | November 12, 2008

  2. Cayalah bedah,

    rasa rasanya Jefripower ni anak buluh betong kot,
    sebab tu tak abis2 nak menyalahkan org je! Pesanan utk jefripower, kalau bini awak selalu merajuk masa period, belajar lah jadik lelaki sejati, kena pandai pujuk, bukan tulis dlm blog kasitau semua org!

    Comment by UcuZalley | November 20, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: