Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dialog di Kg Dato Keramat

Selesai lawatan ke pasar borong, saya meneruskan langkah bertemu rakyat dan mendengar sendiri pb070089permasalahan yang dihadapi penduduk Kg Dato Keramat, lanjutan daripada lawatan oleh Pegawai Khas, AJK dan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan sebelum ini. Saya telah mengadakan dialog bersama penduduk, Tok Ampat (Ketua Kampung) dan wakil JKKK yang juga menyatakan bahawa beliau mewakili Jelai Holdings Sdn Bhd iaitu pemaju tanah, bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi penduduk.

Saya telah mendengar sendiri pengakuan daripada beberapa penduduk kampung yang dikasari dan dilayan secara kurang sopan oleh seorang yang mengatakan bahawa dia adalah JKKK kampung tersebut sedangkan selama ini penduduk kampung tidak pernah melihatnya. Seorang nenek tua turut dilayan secara kasar sebelum ini apabila inginkan penjelasan apabila mereka dipaksa keluar rumah setelah diberi notis dari pemilik tanah. Penduduk turut ditekan apabila ketiadaan suami mereka yang ke laut mencari rezeki. Ini menimbulkan rasa cemas dan bimbang dikalangan suri rumah, warga emas dan ibu tunggal di kawasan ini. 

Selama lebih kurang dua jam dialog tersebut berlangsung, satu persetujuan telah dicapai iaitu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang terdiri dari wakil penduduk dan Ketua Kampung  bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh penduduk dan pemilik tanah. Pendirian saya, ialah selagi Rumah Rakyat belum siap di Kg Pak Mahat, maka selama itu, penduduk seharusnya tidak ditekan untuk pindah. Saya meletakkan tanggungjawab keatas Kerajaan Negri untuk memastikan rumah rakyat disiapkan secepat mungkin. Ketua Kampung juga turut bersetuju dengan kenyataan saya bahawa kami tidak ingin penduduk tinggal selamanya di kawsan tersebut memandangkan keadaan rumah yang daif, persekitaran yang tidak terjamin serta perkembangan sosial yang rendah dikawasan seumpama itu yang boleh membantutkan kecemerlangan masa depan anak-anak mereka.

Diakhir perjumpaan, penduduk berpuas hati di atas keprihatinan, gembira dan turut berterima kasih atas perhatian yang telah diberikan. Saya juga telah berhubung dan memaklumkan hal ini kepada YB Dato Menteri Besar Pahang & YB Dato SUK  dalam konteks meminta kerjasama mereka untuk mempercepatkan proses mendapatkan CF bagi perumahan rakyat di Kg Pak Mahat. Tn OCPD juga telah saya hubungi  agar tindakan segera diambil  demi menjamin keselamatan penduduk kampung. Kepentingan rakyat harus dibela oleh semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawabkan!

November 11, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. To PAHANG MAN, perjuangan bersandarkan bangsa tidak sampai ke mana. Memang kita tahu sekelompok bangsa Cina memang menaruh dendam kesumat kepada bangsa Melayu., sentiasa tidak berpuas hati. TETAPI saya percaya masih ramai yang bersikap terbuka dan sentiasa mengelakkan pergaduhan. Kita bangsa Melayu sepatutnya menaikkan dan menguatkan diri supaya berdiri sama tinggi dan duduk bersama untuk berukhwah, saling tidak berdengki dan membenci sesama insan seagama. Ingatlah suatu masa dulu bangsa Arab bukanlah suatu bangsa yang kuat dan bersatu, ISLAM yang menyebabkan mereka kuat. Bila mereka khayal dengan kekayaan dan dunia menjadi matlamat, Islam ditinggalkan mereka diganyang oleh Yahudi dan bangsa lain. Oleh itu, tiada cara lain yang boleh menguatkan bangsa Melayu, kecuali berpegang kepada ajaran ISLAM dengan meletakkannnya ke kedudukan yang sebenarnya. Pemimpin Melayu yang menjadi pilihan adalah sepatutnya pemimpin yang berpegang teguh kepada ajaran ISLAM, bukannya yang cuba menghapuskan dan menikam ISLAM. Kepada semua Melayu, tepuk dada tanya iman!

    Comment by FATIMA AZAHRA | November 17, 2008

  2. Saya menyokong kenyataan fatima alzahra,perjuangan org melayu mesti berpaksikan agama bukan bangsa kerana islam memandangkan pada agama bukan bangsa.Pemimpin melayu patut muhasabah pada diri masing2 kuasa politik yang diamanahkan pada mereka utk siapa?utk kepentingan diri dan konco2 mereka atau untuk kepentingan agama dan bangsa?

    Comment by hama | November 19, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: