Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dialog di Kg Dato Keramat

Selesai lawatan ke pasar borong, saya meneruskan langkah bertemu rakyat dan mendengar sendiri pb070089permasalahan yang dihadapi penduduk Kg Dato Keramat, lanjutan daripada lawatan oleh Pegawai Khas, AJK dan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan sebelum ini. Saya telah mengadakan dialog bersama penduduk, Tok Ampat (Ketua Kampung) dan wakil JKKK yang juga menyatakan bahawa beliau mewakili Jelai Holdings Sdn Bhd iaitu pemaju tanah, bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi penduduk.

Saya telah mendengar sendiri pengakuan daripada beberapa penduduk kampung yang dikasari dan dilayan secara kurang sopan oleh seorang yang mengatakan bahawa dia adalah JKKK kampung tersebut sedangkan selama ini penduduk kampung tidak pernah melihatnya. Seorang nenek tua turut dilayan secara kasar sebelum ini apabila inginkan penjelasan apabila mereka dipaksa keluar rumah setelah diberi notis dari pemilik tanah. Penduduk turut ditekan apabila ketiadaan suami mereka yang ke laut mencari rezeki. Ini menimbulkan rasa cemas dan bimbang dikalangan suri rumah, warga emas dan ibu tunggal di kawasan ini. 

Selama lebih kurang dua jam dialog tersebut berlangsung, satu persetujuan telah dicapai iaitu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang terdiri dari wakil penduduk dan Ketua Kampung  bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh penduduk dan pemilik tanah. Pendirian saya, ialah selagi Rumah Rakyat belum siap di Kg Pak Mahat, maka selama itu, penduduk seharusnya tidak ditekan untuk pindah. Saya meletakkan tanggungjawab keatas Kerajaan Negri untuk memastikan rumah rakyat disiapkan secepat mungkin. Ketua Kampung juga turut bersetuju dengan kenyataan saya bahawa kami tidak ingin penduduk tinggal selamanya di kawsan tersebut memandangkan keadaan rumah yang daif, persekitaran yang tidak terjamin serta perkembangan sosial yang rendah dikawasan seumpama itu yang boleh membantutkan kecemerlangan masa depan anak-anak mereka.

Diakhir perjumpaan, penduduk berpuas hati di atas keprihatinan, gembira dan turut berterima kasih atas perhatian yang telah diberikan. Saya juga telah berhubung dan memaklumkan hal ini kepada YB Dato Menteri Besar Pahang & YB Dato SUK  dalam konteks meminta kerjasama mereka untuk mempercepatkan proses mendapatkan CF bagi perumahan rakyat di Kg Pak Mahat. Tn OCPD juga telah saya hubungi  agar tindakan segera diambil  demi menjamin keselamatan penduduk kampung. Kepentingan rakyat harus dibela oleh semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawabkan!

November 11, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments

Sepagi di Pasar Borong

pb070044Sabtu lepas, seawal jam 6.30pg saya telah melawat para peniaga di Pasar Borong Kemunting untuk mendengar permasalahan yang dihadapi serta melihat sendiri keadaan di pasar tersebut setelah mendengar pelbagai aduan dan keluhan sebelum ini. Banyak aduan diterima oleh Pusat Khidmat kami sebelum ini berkaitan kebersihan dan kemudahan di pasar ini, namun beberapa perkara yang ingin saya fokuskan adalah keperluan untuk mengasingkan sektor barangan basah dan kering di mana-mana jua pasar serta tahap kebersihan tapak jualan harus dititik beratkan agar tahap kebersihan dan kualiti sayuran yang kita makan terpelihara. Antara masalah lain adalah rungutan daripada para peniaga berkaitan harga sewa tapak yang mahal dan bil air serta elektrik sedangkan kemudahan tersebut tidak dapat digunakan sebaiknya. Paip air diletakkan di beberapa tempat sahaja, bukan disetiap tapak sewa jualan malah ada yang dikunci dan  tidak dapat menggunakannya. Air terpaksa diangkut ke tempat masing-masing. Tiada kemudahan memunggah barang, tiada pas bulanan diberikan kepada peniaga pasar sedangkan setiap pagi lebih tiga kali mereka keluar masuk kawasan dan mereka terpaksa membayar setiap kali masuk. Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah pun menghantar surat kepada pihak MPK berhubung perkara ini. Sekiranya dua minggu dari tarikh tersebut tiada lagi tindakan yang diambil, saya akan berhubung terus dengan mereka.

pb070007  pb0700221  pb070032

November 11, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG BELANJAWAN 2009

Maksud B4

Butiran 010300

Suruhanjaya Pilihanraya

–Teknologi Maklumat

 

Tan Sri Pengerusi,

Kita dimaklumkan berkenaan system  rangkaian SPR SPRINTRA yang digunapakai SPR untuk membantu memastikan keberkesanan pilihanraya melalui Teknologi Maklumat

Bercakap tentang Sistem Teknologi Maklumat ini, saya igin membawa perhatian ahli-ahli didewan yang mulia ini untuk memastikan bahawa peruntukan belanjawan ini,  digunakan sebenar-benarnya untuk memastikan satu system pilihanraya yang benar-benar telus, adil dan bebas, dan bukan pula di gunakan untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu kedalam daftar pemilih, sekaligus mengesahkan status  pemilih tersebut. Kerana undang-undang Pilihanraya mengatakan bahawa  daftar pemilih yang telah di gazette, tidak  boleh di pertikai dimahkamah

 

Ini bukan tuduhan melulu Dato Pengerusi,  Saya boleh buktikan. Saya dapati cukup bukti bahawa  SPR menipu dengan menggunakan daftar pemilih.

Saya ada beberapa kes yang melibatkan pemilih2  yang berumur lebih 100 tahun. Nama2 mereka  telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun  2006. Ketika itu, semua nama-nama pemilih yang sudah mati dikeluarkan dari daftar pemilih.  Akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula kedalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12,

Saya yakin ianya dilakukan dengan sedar. Dan bukan ‘systems error’. Kerana ianya telah pun di keluarkan. PRU 11 nama ada. 2006, dibersihkan, nama hilang, Kemudian PRU12 nama masuk balek.  Nama pemilih tersebut sama seperti sebelum dikeluarkan, akan tetapi diletakkan no ic baru ( seolah-olah pemilih tersebut lahir tahun 1985) di samping no ic lama.  Saya juga ada salinan sijil mati pemilih tersebut.    Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku, dan ianya bukan kes isolated atau terpinggir.

 

Tan Sri  Pengerusi,

Apakah kita akan meluluskan peruntukan untuk SPR buat begini ? iaitu untuk tipu rakyat? Peruntukan Perbelanjaan ini ialah untuk menjanjikan Pilihanraya dapat dijalankan dengan bersih, adil dan telus.

Didalam soalan lisan saya pada hari ini pula, Soalan No 32, saya bertanya berkenaan bilangan pemilih seramai11,842  yang menggunakan kad pengenalan lama yang tidak dapat dikeasan  (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004)  masih belum ditentukan statusnya.  Jawapan yang telah di berikan oleh YB Menteri bahawa status 11,842 orang pemilih itu masih belum ditentukan oleh ahli panel SPR. YB Menteri juga memberitahu bahawa senarai tersebut kini sedang di semak status terkininya oleh pihak JPN  

Jawapan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu system perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

Saya yakin SPR mampu untuk memastikan bahawa ianya menjadi satu badan  yang   punya integriti. Yang penting SPR tidak mengizinkan  dirinya dijadikan boneka dan alat  Barisan Nasional untuk memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya.

Saya yakin SPR boleh gunakan system IT ini untuk kebaikan rakyat sekiranya ada kehendak. ada ‘Political Will’, dengan izin.  Mengapa di Pilihanraya Kecil P044, Permatang Pauh, SPR telah berjaya membersihkan daftar pemilih yang digunakan, dimana lebih 300 nama orang yang mati dalam tempoh awal tahun sehingga jun 2008 telah berjaya di bersihkan nama mereka dari daftar pemilih.

Sekiranya boleh di buat begitu di Permatang Pauh, kenapa tidak mungkin dilakukan untuk daftar pemilih induk?

Saya pohon dewan yang mulia ini untuk sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyelewengan seperti ini tidak berlaku, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat

Terima Kasih

 

 

November 11, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments