Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Penindasan Anak Jati Pahang di Kg Dato Keramat

Laporan oleh Wong MH

Anda mungkin masih ingat tentang kes meruntuhkan rumah setinggan di Plentong Johor.
 
Kes di Kg Dato Keramat merupakan satu penindasan rakyat miskin yang berlaku di tengah tengah Bandar Kuantan, yang masih menghadapi masalah kemiskinan yang amat ketara. Kampung ini terdiri dari 49 keluarga dengan jumlah penduduk lebih kurang 200 orang.
 
Wakil dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen telah bergegas ke kawasan untuk beberapa kali penduduk dsc00280Kampung meminta pertolongan kami semasa mereka didatangi satu kumpulan yang mewakili syarikat pemaju untuk memberi notis berpindah secara kasar dan biadap. Mereka langsung tidak menunjukan hormat kepada kaum wanita/ibu-ibu /makcik-makcik di sana. Mereka telah beberapakali pergi ke perkampungan ini memberi notis bersifat amaran dan tomahan kepada penduduk kampung.
 
Penduduk kampung ini terdiri daripada keluarga miskin dimana terdapat ibu-ibu tunggal dan ramai yang berpendapatan rendah. Kaum lelaki di sine kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan sering ke laut untuk beberapa minggu. Oleh demikian, kumpulan pembuli ini berani mengambil kesempatan ini untuk mengacau keamanan penduduk di sini.
 
Penduduk kampung cuma berharap pihak kerajaan dapat memberi peruntukan rumah kos rendah kepada mereka supaya mereka dapat berpindah secepat yang mungkin.

Sila ke laman ini untuk melihat rakaman yang te;ah di ambil semalam:

http://www.youtube.com/watch?v=MKnvxa72YHU&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=8ZpotGhE0sw&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=73N4ZZeYJB8&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=Y3sZaegd4yE&feature=channel

November 7, 2008 - Posted by | Politics

33 Comments »

  1. Kg. Selamat…bukannya Kg. Dato’ Keramat.

    Harap YB turun padang….jgn harapkan org lain buat keje ni….ni masalah rakyat/pengundi Kuantan.

    YB Zulkifli Nordin pun balik kawasan walaupun parlimen sedang bersidang.

    Artikel ni dicedok dr blog lain.

    Anggota Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuantan hantar laporan kurang tepat boleh menjejaskan kredibiliti blog YB.

    Comment by SahabatMesra | November 7, 2008

  2. kena periksa betul2 sebab kat situ ramai jugak pendatang asing terutama dari vietnam dan myanmar.

    Comment by mesa | November 7, 2008

  3. Sahabat Mesra, hang tak payah la nak ajar Ahli Parlimen macam mana nak buat kerja. Depa sendiri pandai la buat kerja cam mana. Hang ni siapa? Bekas menteri ke bakal menteri? Kalau hang pandai sangat nak jaga rakyat, nanti pilihanraya sampai pi la bertanding satu kerusi. Pi la jadi wakil rakyat. Hang toksah duk buat kalut sini la. Tolong la. Kalau betul2 hang ni Sahabat Mesra hang toksah dok buat kerja tak mesra kacau blog orang okay? Kalau hang tak paham lagi mai nanti lepas aku dah dapat detect IP address internet hang, aku jumpak hang depan rumah hang aku sekolahkan hang semula. Ikutlah jalan yang benar saudaraku. ///

    Comment by Umar | November 10, 2008

  4. Sahabat Mesra dan Mesa
    Nama Kampung itu memang kg Dato Keramat. Letaknya di belakang Sek Agama Ehsan di Kg Selamat.

    Penulis laporan ini ialah Sdr Wong SU Bhgn Kuantan. Dialah diantar orang yang pertama sampai kesitu diwaktu penduduk kampung meminta bantuan. Dewan sedang bersidang ketika itu. Saya balek di hujung minggu diwaktu dewan berehat. Sekiranya saya berada di kuantan sewaktu hari bersidang, maka saya tidak melaksanakan amanah saya kepada rakyat Kuantan

    Blog lain upload dulu kisah ini, takpe lah…kita takde copyright

    Saya harap Sdr Sahabat Mesra pun silalah turun padang dan checkout fakta ini.

    Buat makluman mesa, saya ada senarai penuh kesemua nama-nama keluarga seramai 49 keluarga yang berada didalam kawasan kg dato keramat tersebut. Saya juga sudah teliti dan dapati tiada rakyat vietnam atau myanmar.

    Saya juga ingin maklumkan bahawa dalam masa 8 bulan ini saya lebih dikenali oleh penduduk di kg tersebut memandangkan kerap kali saya turun, berbanding dengan ahli kampung yang mengaku dia JKKK..

    Harap Maklum & Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | November 10, 2008

  5. lakukan sesuatu dgn JKKK palsu 2..

    Comment by ct | November 10, 2008

  6. Here is proof (video): Chief Police Officer lied. FRU charged during Negara Ku. Please tell the world

    Comment by Peter | November 10, 2008

  7. Dia memang JKKK yang tidak buat kerja
    Sabtu baru-baru nie, 8 nov dia turut tunjuk muka sewaktu saya bertemu penduduk. Penduduk telah tunjukkan kemarahan mereka dengan menempelak beliau dihadapan semua penduduk dan Tok 4 yang berkumpul disitu. Dia juga telah di booo oleh penduduk. Kes ini sedang dalam proses dibantu dan diselesaikan.

    Belum sempat nak cerita di blog ini…
    InsyaAllah detail kemudian

    Comment by Fuziah Salleh | November 10, 2008

  8. Diharap pihak yang berkaitan mengambil inisiatif yang lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah penduduk di kg selamat. Sesungguhnya nasib penduduk disitu perlu dibela. Orang yang mengganggap dirinya JKKK kg yang datang membuat onar itu hanyalah lelaki perosak. Teliti diri tu dulu sebelum datang nak gertak orang…Org2 di kg selamat kenal luar dalam si JKKK tu…pehh..JKKK konon…

    Comment by jenab | November 10, 2008

  9. Saya merupakan penduduk asal di kg selamat ini betul2 mengharapkan ada campurtangan dari pihak yang berwajib. Bantulah kami daripada ditindas oleh pihak2 penipu yg kononnya JKKK kg. Mereka hanya mahukan saguhati apabila dpt menghalau semua penduduk disitu. Saya dimaklumkan pihak JKKK kg akan mendapat imbuhan sebanyak RM2000 untuk sebuah rumah yang mereka dapat robohkan. Sebab itu terlihat kesungguhan yang amat menakjubkan dari pihak JKKK. Setahu saya juga, yang masuk kg baru2 ni , yg mengaku kononnya JKKK tu adalah seorang lelaki yang tak bekerja dan mengharapkan hasil dari pendapatan isteri. Sering kelihatan di kedai2 makan tg api dan isterinya dgn gaya yang amat hebatlah….pada perasaan dia saja rasanya….isteri pertama pun lari ikut orang, ada hati nak kacau rumah tangga orang….sendiri fikirlah…

    Comment by eddy | November 10, 2008

  10. He,he, ingatkan dgn adanya slogan ‘Ketuanan Melayu’,org Melayu boleh jadi tuan dimana-mana.Rupanya masih ramai yg boleh dinyah pd bila-bila masa dari kampung halaman sendiri.Kesian.

    YB,kena perhebatkan wacana merubah sikap org Melayu-Kuat berkerja,berani menghadapi cabaran ,sanggup mengambil risiko,sedai bersaing,perbanyakan ilmu dan mulakan lah berusaha supaya benar-benar menjadi tuan bukan hanya berangan-angan dgn ‘Ketuanan Melayu’,dan jangan lupa tinggalkan Umno.

    Comment by Syitah | November 10, 2008

  11. Saya rasa spt ‘ditipu’ krn spt bukan YB Fuziah yg menjawab. Gaya penulisan cukup berbeza.

    Adakah gaya menempelak dan melatah kpd pemberi komen seakan menjadi trademark YB?

    Andai ini benar…maka benarlah spt yg kerap dibicara ajk sekalian.

    Harap ubahlah trademark tu…dah lama sangat…sejak belum bergelar YB lagi!!!

    Maaf saya tidak pandai membodek.

    Saya menegur…..krn kita bukan Umno.

    Harap2 jenguk2lah ‘hati’ ajk yg bertungkus-lumus bekerja utk YB.

    Seperkara lagi….saya bukan wartawan Sinar Harian.

    Comment by SahabatMesra | November 11, 2008

  12. Sdr Sahabat Mesra,

    Sebagai pemimpin, saya terima dengan lapang dada teguran dan ucapkan terima kasih.

    Saya insaf bahawa bukan mudah menjadi ketua dan memang akan timbul ketidakpuasan hati dikalangan ajk dan pengikut dalam parti. Cuma saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang, tambahan pula bila harus bertegas didalam melaksanakan tanggungjawab, dan sekali-kali tidak menggadaikan prinsip didalam apa jua tindakan.

    Namun saya berpegang kepada kayu ukur begini. Sekiranya ada 2 orang yang tidak puas hati tetapi dimasa yang sama ada 20 orang yang lain amat-amat berpuas hati, dengan tindakan-tindakan tegas yang di ambil, maka saya terpaksa mengiktiraf perasaan dan pandangan yang 20 tersebut. Saya mohon maaf dan amat kesal sekiranya pandangan dan perasaan sdr termasuk didalam golongan minoriti yang 2 orang tu.

    Setakat ini juga, ajk yang nak duduk diam walaupun selepas bertungkus lumus dahulu, mereka beritahu kepada saya bahawa mereka perlu masa untuk memulihkan ekonomi. Saya hormati pendirian mereka. Ada lah seorang dua yang bawak diri dengan mentaliti UMNO yang percaya bahawa selepas menang YB mesti mengingati dengan memberi imbuhan-imbuhan. golongan ini jugalah yang agak kecewa, kerana tiada dapat apa-apa dan mengatakan saya sudah lupakan mereka. Walau bilangan nya kecil, suara nya kuat sekali dan sentiasa cuba mempengaruhi orang lain, samada didalam blog, mahupun diakar umbi. Saya doakan sdr Sahabat Mesra tidak tergolong dikalangan mereka ini.

    Bagi yang tampil kehadapan sekarang untuk mengisi kekosongan, sumbangan mereka sentiasa dialu-alukan . Golongan inilah yang apabila saya tampil mengucapkan terima kasih, mereka berkata, ” YB, tidak perlu ucapkan Terima Kasih. Kami lakukan semua ini demi masa depan negara dan rakyat. Kami tidak perlu pengiktirafan dari sesiapa.” Golongan inilah pelapis perjuangan dimasa hadapan. Namun, saya masih ucapkan Terima Kasih, Saya Hargai Sumbangan dan Pengorbanan Mereka…….

    Comment by Fuziah Salleh | November 11, 2008

  13. Mentaliti Umno??? Kenapa sanggup melabel orang yang siang malam bertungkus-lumus bekerja demi parti dan mengangkat Fuziah Salleh sebagai YB sekarang sebagai mentaliti Umno???

    Masa datang memujuk rayu meminta sokongan dan pertolongan ibarat menanam tebu di tepi bibir…lidah tidak bertulang!!!!

    Bagaimana jika suara 2 orang itu adalah suara yang ikhlas yang lahir dari hati untuk kepentingan parti….sedangkan suara 20 orang itu adalah suara pak angguk@yesman???

    Inilah sikap yang membuat Umno hancur pada hari ini…sikap pemimpin dan pengikut Umno yang suka mengampu dan membodek.
    Pemimpin Umno pula sangat terkesima dengan pujian melangit hingga lupa rumput dan akar-umbi di bumi. Apakah kita mahu mengikut jejak langkah Umno???

    Boleh saya bertanya…sejak bergelar YB…berapa kali ajk berubah???

    Kenapa kerap sangat ‘turnover’ ajk2 ni???

    Yang ‘merajuk’ tu semua salah ke???? Kenapa ramai sangat yang ‘merajuk’???

    Lepas seorang, seorang ajk yang ‘merajuk’?

    Berapa kali nak ada ‘golongan pelapis perjuangan dimasa hadapan’ yang akan merajuk setelah melalui beberapa pengalaman bersama YB????

    Saya sebenarnya tidak mahu memilih blog untuk tujuan menegur…tetapi YB sendiri arif mengapa tindakan ini perlu diambil.

    Bak kata pepatah..kadang2 budak degil perlu dirotan betisnya.

    Bukan suara 2 orang sahaja yang sedang bergema melahirkan rasa terkilan dengan sikap YB, sebenarnya lebih ramai lagi….cuma YB yang tidak sedar atau tidak dimaklumkan oleh ‘inner circle’ pak angguk@yesman yang pandai menyorok isi hati sebenar ajk2 sekalian.

    Harap dapat diperbaiki segera…kerana kita tidak mahu kerana nila Ahli Parlimen PKR setitik, rosak susu Pakatan Rakyat sebelangga.

    Comment by SahabatMesra | November 11, 2008

  14. JKKK kampung ni sebenarnya dah lama sakit kepala layan kerenah orang-orang tempat nii, kenapa untuk pengetahuan YB Fuziah tempat nii bersarangnya bermacam jenayah dadah, maksiat, kes rogol , bela buaya dan macam2 lagi. JKKK dah lama suruh diorang pindah, alih2 bila rumah kosong dia pindah, dia buat duit pulok sewakan rumah tu pada orang lain, macam tanah bapak tok dia punya…

    Yb Fuziah baru 6 bulan layan mereka dah bangga orang suka kat you.. tengoklah nanti lagi 6 bulan , ramai lah cari you minta bantuan pamperlah, bantuan beras, bantuan sekolah.. jawaplah YB Kesayangan rakyat….masa cari lah alasan logik sikit, saya beranak, saya sakit perut atau saya dlama dewan rakyat.. autar logik punya…

    Kita tengok balik blog nii lepas 2 bulan boleh tak YB Fuziah Salleh settle kes geng gedebe ni…

    Comment by wargakuantan | November 11, 2008

  15. Lupa2nya blog nii adalah curahan hati ahli parti PKR yang kecewa, saya skip baca komen2 terdahulu.

    Yb Fuziah, memang patut pun ahli2 parti PKR kecewa, Selama ini Yb kata akan ikut suara teramai, baguslah tu sebab kalau YB ikut consensus 20 orang tu semuanya penyamun tapi lagi 2 orang tu imam, maka sahlah YB akan ikut penyamun, tahniah YB atas cetek pemikiran ini….

    Comment by wargakuantan | November 11, 2008

  16. JAWAB YB , JANGAN TAK JAWAB, SAYA TUNGGU JAWAPAN YB…..ATAU KITA DEBAT TERBUKA… OK TAK?

    Comment by wargakuantan | November 12, 2008

  17. wargakuantan,

    awak ni penduduk asal kg Dato Keramat ke? Kalau ya, tolong la sama bantu org kampung awak, apa guna jadik manusia tapi tak tak boleh tolong sesama sekampung.

    Kalau bukan org kg situ, jangan la sibuk org lain nak tolong org, apa ada kena mengena dgn awak? Org nak tolong org lain dia punya suka la, awak nak marah sebab apa pulak? Ke ada share dgn JKKK nak Pau develepors?

    Comment by UcuZalley | November 12, 2008

  18. wargakuantan,

    Itu la masaalah orang Malaysia, tak habis2 dgn kau org kelantan, aku org pahang demo orang barat dan sbgnya. Sebab tu lah kita masih di takuk lama, nak bersatu sesama melayu pun tak boleh macamana nak bercakap pasal melayu glokal lah, apalah (pinjam istilah najib).

    U bercakap seolah2 tak ada org pahang yang merantau ke kelantan, sekarang ni org kedah pun ada kat terengganu dan menetap disana, so apa status org2 yg macam ni? Dia org pun rakyat malaysia dan menyumbang sedikit sebanyak dlm pembangunan negara, mereka juga berhak dibela!

    Saya rasa wargakuantan U ada masalah peribadi dgn YB Fuziah, bukan sbb U kononnya nak bela org pahang, tu cuma alasan je. Apa saja yg YB Fuziah buat semua salah pada fikiran U. Pasal ayah angkat dia tu saya nak tanya U, pernah ke dia disabitkan dgn apa2 hukuman? Setahu saya dia cuma di dakwa dan dibebaskan oleh mahkamah, so what is your main problem now? Mahkamah sendiri mengakui dia tak bersalah so whose the hell you think you are?

    Satu soalan saya lagi, semasa dia melatih U main bola dulu U tak tau pun lagi yang satu hari nanti anak angkat dia akan jadik MP Kuantan, masa tu U tak ada problem dgn dia pun dan saya rasa U berbangga dapat dilatih oleh beliau, tapi sekarang U keluarkan cerita dia didakwa di Sabah dulu, itu membuktikan yg U sebenarnya ada personal problem dgn YB Fuziah, am I right?

    U kata dia dulu cikgu bolasepak U kan? Belajar la menghormati dan menyayangi guru, ilmu kita tak berkat jika guru pun kita tak hormat, sedikit sebanyak U mesti ada dapat ilmu dari dia kan? Kenapa? Adakah seseorang itu tak layak jadi pemimpin semata2 bapak angkat dia pernah didakwa di mahkamah? Hello.. ada menteri kita ni sekarang yang keturunan dia pernah masuk penjara tau tak? tapi dia masih layak jadi menteri jugak!

    Pasal org menyampah kat YB Fuziah tu, adat la, boleh U tunjukkan mana pemimpin dlm negara kita yang disukai oleh seratus peratus rakyat?

    It seem like you know YB Fuziah very well and you claim that you are anak jati Pahang, don’t you think that you should give you comitment and ideas to help developing this state rather than mumbling dan menyalahkan orang saja?

    Comment by UcuZalley | November 13, 2008

  19. Salam kpd semua pejuang PR
    Izinkan saya memberikan sedikit pendapat tentang ulasan2 blog di sini.
    Soalan saya ditujukan kepada YB iaitu apakah tujuan YB mewujudkan blog ini?
    1-bagi memberi maklumat tentang penglibatan parti di Kuantan secara amnya.
    2-satu sumber bagi orang ramai mencari maklumat yang berkaitan dengan kegiatan parti setelah Kerajaan UMNO menyekat permit penerbitan akhbar kpd parti pembangkang
    3-dan lain lain pendapat lagi

    Sebenarnya kewujudan laman blog ini ada baik dan buruknya.Selain daripada mencari maklumat ianya juga selari dengan kemajuan dunia telekomunikasi masa kini.Sebagai seorang pemimpin utama parti,tidak salah kalau pengikut memberi pendapat kepada pemimpin jika pemimpin fikirkan itu adalah yang terbaik buat parti.Sebagai pemimpin kita harus menerima teguran dan tidak semestinya pemimpin menerima pendapat drpd penyokongnya.
    Tetapi jika pemimpin sukar untuk menerima pendapat,saya percaya kredibiliti pemimpin ini akan jatuh dimata penyokongnya.Saya perhatikan laman blog kebanyakkan pemimpin PKR termasuk DSAI sendiri,beliau TIDAK PERNAH mengangkat bakulnya sendiri atau memuji dirinya sendiri tidak seperti MP Kuantan ini.
    Kita lihat kembali dimana PR gagal untuk mentadbir pada 13 sept,semua pengunjung blog mengata serta mengutuk DSAI dengan berbagai-bagai perkataan kpd beliau,tetapi beliau tetap tenang dengan karenah pengunjung blog ini.
    Sdr Azmin Ali juga tidak terkecuali drpd masalah ini tetapi beliau tetap tenang menangani masalah dgn penyokongnya.
    Tetapi berlainan pula dengan MP Kuantan,saya perhatikan beliau susah untuk menerima teguran.Malahan teguran dianggap sebagai kritikan untuk menjatuhkan YB sendiri.YB seperti Emak didalam keluarga tidak salah jikalau si anak menegur emak yang terlupa mengingati hari yang penting dalam hidup misalnya tarikh hari jadi atau emak terlupa untuk mengucapkan tahniah setelah anak mencapai kejayaan yang cemerlang didalam pelajaran.Malahan Dr Mahathir semasa menjadi PM pun pernah ditegur,dikutuk dengan berbagai perkataan,Pak Lah juga dipaksa berundur oleh penyokong UMNO sendiri dan boleh dikatakan,YB sepatutnya menilai ini dari sudut positif.Samada menerima atau tidak terserahlah kpd YB bukan cepat memuji diri sendiri.Permasalahan Kg Dato Keramat (pada pendapat saya) belum lagi selesai.Iaitu penduduk disitu belum diberikan atau menerima surat tawaran menduduki rumah di Kg Pak Mahat oleh Kerajaan UMNO.Cuma ketika ini JKKK UMNO berdiam untuk seketika.Terlalu cepat untuk YB menrasakan satu kejayaan setelah YB dapat mewujudkan satu Jawatankuasa Penduduk di Kg Dato Keramat.
    Sebagai pemimpin tidak wajar YB mengangkat bakul sendiri.Seolah olah YB ego dengan diri sendiri.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air Malaysia.
    Tuhan menciptakan manusia dengan segumpal tanah untuk membentuk manusia.Kita semua dari zat yang sama.Setiap manusia ada kebaikan serta kekurangan.Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi Allah ini telah dijanjikan olehnya akan kebaikan dan kekurangan.Sedangkan Nabi Adam A.S sendiri pernah dimurkai oleh Allah S.W.T setelah memakan buah serta dihalau dari Syurga oleh Allah S.W.T di muka buki ini.Apakah YB menrasa diri YB tiada KEKURANGAN?Apakah YB dengan status MP,YB berkuasa di seluruh alam maya ini?
    Lakukanlah segala usaha dengan ikhlas,selain mendapat keredhaannya dan pahala Insa Allah Fuziah Salleh akan dikenang semasa ketiadaanya.
    Seperti Dato Fauzi Abd Rahman yang disanjung bukan sahaja di Kuantan.Malahan beliau sentiasa diingati dalam ingatan…….
    Sekain

    Comment by omar | November 14, 2008

  20. Insaflah serta kembalilah ke pangkal jalan kerana belum terlambat lagi untuk kembali………………….
    Mengkritik tidak bermakna benci,memuji tidak bermakna sayang……………………………………

    Comment by omar | November 14, 2008

  21. omar,

    Saya setuju dgn pendapat anda tentang tujuan laman blog ini diadakan, dan dalam pemerhatian saya tidak pulak saya nampak ada seperti YB masuk bakul angkat sendiri. Saya banyak terbaca komen dan jawaban YB yg mengucap terimakasih kepada mereka2 yg memberi komen, mungkin saudara omar tak perasan atau terlepas pandang.

    Tapi kita juga kena ingat yang YB juga adalah manusia dan setiap manusia itu ada perasaan, setiap perasaan itu ada sensitivitinya, baik lelaki atau perempuan. Cuma saya ingin mengajak semua penulis blog ini agar kita sama2 menyumbang tulisan2 yg membina secara ilmiah.

    Saya rasa saudara umar tentu perasan ada penulis yang sampai menulis hal2 peribadi, mencaci cela, memaki hamun tanpa sebab dan menghina kaum keluarga YB yang saya rasa itu adalah keterlaluan dan tak ada kena mengena dgn tugas dan kedudukan YB.

    So let us be a better person and contribute to our YB anything that can really help YB to improve her job. Shall we??

    Comment by UcuZalley | November 14, 2008

  22. Sdr Omar,
    Saya terima pandangan Sdr Omar dan juga bersetuju diatas objektif blog ini diwujudkan.

    Terima Kasih. Saya juga mengambil nasihat sdr dengan lapang dada.

    Dengan itu saya tidak akan lagi memberi respon kepada semua komen-komen yang tidak berkaitan dan juga semua komen yang menyerang secara peribadi.

    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | November 16, 2008

  23. aslmkm..buat semua pembaca blog YB Fauziah.
    Dan salam buat YB. Saya tahu ada ramai musoh YB dikalangan mereka yg pernah bekerja untuk YB…hati-hatilah dan sentiasa tingkatkan kesabaran..saya nampak keiklasan di mata YB yang bukan dibuat-buat. Tahniah YB Fauziah..it`s me…sentiasa iklas dan jujor dalam diri sendiri. Siapa yang kutok2 tak menbina tu jgn di layan..

    Comment by org kuantan | November 18, 2008

  24. org barat ker org timur ke kita tetap manusia..Yb tu dah nak tolong apasal org yng lain pulak yang susah hati..kalau hati tu hitam dan gelap sangat jgnlah menyusahkan diri nak ambil pusing. Yang menberontak kat dalam blog ni apasal yer. Baguslah Yb tu tolong org kt kg Dato Keramat..saya pun org Tg Api..saya tahu mcmaner susah nya mereka tu..dan saya pernah menziarah mereka tu. Semuga Allah menberikan hidayah kat mereka2 yang gelap hati..amin…lagi satu org kat Bosnia dan Afrika kerajaan malaysia g tolong oiii, siap bagi bantuan kemanusiaan lagi..fikir2lah bersama..Melayu tolong melayu tak baik lagi ker?…

    Comment by Bedah | November 18, 2008

  25. YB Fuziah serta yang lain-lain,
    Terima kasih atas pendapat yang sdra/i berikan atas komen saya.YB Fuziah,ini adalah pendapat saya sahaja.Jika baik buat YB ambillah ia sebagai panduan jika tidak jadikan sempadan.
    Sbg MP Kuantan,YB Fuziah sentiasa menjadi perhatian dimata masyarakat namun bagus untuk diri YB kerana mungkin kesilapan yang kita lakukan terlepas padang oleh kita kerana sebagai manusia adalah mahkluk yang lemah.
    Kalau saya duduk di tempat YB,saya akan merasa bangga kerana saya menjadi perhatian masyarakat samada ianya kecaman atau pujian yang diberikan.

    Comment by omar | November 18, 2008

  26. YB Fauziah ni simple orgnya…kalau org keji dia sekalipun dia tetap moving..saya tahu dia..dan kalau org puji pun dia senyum jer..betul tak YB?Bersabar selalu yer Kak YB G..saya penyokong setia dri jauh di barisan belakang jer.

    Comment by Bedah | November 18, 2008

  27. ///… Apa yang saya lihat sini semua asyik bertelagah sesama sendiri,Buat apa,Pada pendapat saya biarlah yang memerlukan pertolongan/ perlindungan tu seperti orang2 kampong tu dia bolih cari sendiri PEMBELA mereka seperti YB Fuziah.Ada betul juga tempat yang hendak di pindahkan tu kalau dah takada CF lagi buat apa pindah sana.Tikus pun tak sanggup.Saya rasa tak ada sesiapa pun yang nak cari kesalahan orang lain dengan sengaja atau tak bersebab.kenapa pula ada pihak yang bergelar JKKK kampong sibuk campur tangan dalam hal nak halau penduduk tak kira la orang Kelantan ke,siam ke, melayu ke.Kalau mereka pendatang haram dah lama kena angkut olih pihak berkuasa.Saya rasa elok periksa dulu yang bergelar JKKK kampong ni,Dia sendiri pun tak betul.Pengerusi KRT konon,dia sendiri tak amanah,Salah guna kuasa,salah guna duit tabung KRT, Check Bank salah guna,bagi kat orang pun tendang bayar Beli barang,Bayar workshop Melaya Motor Padang Lallang,Hutang Ms Garden Hotel atas nama SuperBikers Associatioa Malaysia ( SAM ) dan Phg Bikers . Semua orang tau tapi tak ambil port je,Biro harus siasat KRT Kampong Selamat dan JKKK kampong yang salah guna kuasa ni.Kereta yg dalam gambar pun tak ada road tax dan beliau selalu jual nama Kerabat di Raja Pahang.Kalau betul report la dulu kat Balai Polis dan halau la orang kampong tapi olih sebab tak ikut prosidur dan bila orang2 kampong dah marah dan polis pun muncul dia pun senyap dan nak angkat kaki.dia tahu dia bersalah,Suka menyamar, Jual nama dan tipu sana dan sini.
    dan pihak Pejabar Daerah patut dah lama tukar JKKK kampong dan Ahli2 KRT ini .Saya berharap bagi orang2 Kampong bila dah sampai masa CF dah siap berpindahlah dengan cara yang AMAN dan tampa Kecoh2,nanti datang pulak JKKK kampong yang tak ada mengena ni kacau lagi…///

    Comment by Antizalim | November 19, 2008

  28. memang betul kalau kita menumpang tanah orang kita mesti bersedia untuk keluar tapi jika takdak pilihan nak dituju macam mana?pemimpin yang ada hanya sediakan penyelesaian jangka pendek tapi penyelesaian jangka pjg mana? sedap je wargakuantan komen mcm2 pd YB kalau betul pandai selesaikan kemelut yg ada.Cuba jd pada anda mcm na?Isu skrg bukan penduduk bukan tak nak pindah tp dimana?takan nak merempat kat tp jln.

    Comment by hama | November 19, 2008

  29. kesian tul sahabat mesra dan org kuantan…..agaknya mereka ni kecewa gak kut…sabar2….kg tok keramat tu memang wujud la….area kg selamat la jugak nya….boleh kita tanya 1 soalan bodoh kat sahabat mesra dan orgkuantan?…..dah berapa lama jadi orang kuantan sampai tak tau kat mana duduk kg tu dan dah berapa lama kg tu wujud? Soalnya sekarang setiap Yb buat kerja dan bertanggungjawab atas apa juga laporan…..kes ni dah di siasat la bro, so bukan suka2 hati jer dorang gi sana…..lagi 1,boleh ke ,mana ahli JKKK jadi “orang tengah” dan pukul orang sesuka hati? boleh tak bagi kita undang2 mana yang bolehkan tindakan macam tu cos lepas ni kitapun nak jadi JKKK….tehehe

    Comment by KITA | November 21, 2008

  30. menarik la komen kat sini…..saya seperti sahabat mesra dab orgkuantan SANGAT2 KECEWA kerana hanya pandai komplen disebabkan saya kecewa tak diberi perhatian lebih dari YB….saya sangat kecewa kerana tak dapat nak kondem pada aktiviti2 Yb yang lain….jadi cukuplah saya dapat kondemkan yb kat sini……tolonglah bagi peluang pada kami yang kecewa ni kerana kalau yb tak bagi ruang untuk kami kondem maka tak dapatlah kami nak tunjukkan yang kami ni bekerja keras…..maklumlah kami tak boleh kembali pada UMNO lagi…….kalau orang masih lagi tak nampak kami maka kami akan lebih kecewa bila PR jadi pemerintah baru…….

    Comment by AHLI KECEWA? | November 21, 2008

  31. salam kpd semua ahli yang kecewa,
    daftarkan nama anda di sini dengan sms nama dan no HP anda ke 017 9573855/0173199751/0169505071.saya akan membantu anda!!!!!

    Comment by keadilan@pkr | November 23, 2008

  32. Saya nak buat pembetulan dan memberi sedikit fakta berkaitan dengan org yang mengaku JKKK itu adalah benar yang diberitahu oleh Antizalim.Cuma berkaitan dengan Pahang bikers itu adalah tidak benar kerana dia mencipta satu kelab motosikal menggunakan nama seakan Pahang Bikers untuk mengutip sumbangan dari dewan perniagaan melayu dan penderma yang lain untuk satu program yang telah berlangsung di Kuantan.Nama kelab yang tidak wujud itu Pahang Bikers Association.Sudah banyak penipuan yang telah dilakukan oleh mamat ni,bukan setakat di ms garden malah hotel grand continential dan lain2.Dia memang seorg yg amat pintar putar belit berkaitan dgn wang ringgit.Dia telah memburukkan nama Pahang Bikers walaupun dia masih mengaku presiden Pahang bikers dan Superbikers Association Malaysia Pahang.
    Dia tidak bekerja dan suka menjual nama kerabat pahang jadi minta pihak YB untuk membantu kes di Kg Dato Keramat ini agar tidak mudah di tipu oleh dia.Hidup YB..bukan membodek tapi untuk KEADILAN

    Comment by OtaiPahangBikers | November 27, 2008

  33. /// Assalamualaikum… otaipahang bikers Terima kasih di atas maklumat yang tepat mengenai si Mamat yang mengaku dia JKKK kampong.Dia memang kuat belit,baru baru ni pun ada orang bercerita yang dia dulu run kelab penyokong pahang bolasepak dan kuat menipu syarikat syarikat bas yang di sewa tak di bayar langsung dan tempah Baju baju di kedai pun beribu ringgit tak bayar.Semasa di kawasan stadium beliau telah kutip sewa dgn penjual baju baju dan masuk poket sendiri,JKKK kampung ini tediri dr 4 orang yang sepakat.menipu bersama orang kampung,Kedai di tepi Pantai Gelora pun di beri sesama mereka sendiri.bukan terbuka kpd org kampung.dia cakap asal dia orang Tg Api, AAAAh di asal orang mana?sikit pun tak ada mengena dga mana mana org kampung sana dan beliau tak ada kena mengena dengan Tg Mat seperti yang di ceritakan olih beliau kepada rayaat kampung.Asal dari ulu Caah perak tak ngaku.wahai Rakyat kampung kalau dia masuk kampung lagi pergi je buat report kat balai polis dan minta KEADILAN di laksanakan olih pihak undang2…/// wasallam

    Comment by Antizalim | November 27, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: