Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Penindasan Anak Jati Pahang di Kg Dato Keramat

Laporan oleh Wong MH

Anda mungkin masih ingat tentang kes meruntuhkan rumah setinggan di Plentong Johor.
 
Kes di Kg Dato Keramat merupakan satu penindasan rakyat miskin yang berlaku di tengah tengah Bandar Kuantan, yang masih menghadapi masalah kemiskinan yang amat ketara. Kampung ini terdiri dari 49 keluarga dengan jumlah penduduk lebih kurang 200 orang.
 
Wakil dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen telah bergegas ke kawasan untuk beberapa kali penduduk dsc00280Kampung meminta pertolongan kami semasa mereka didatangi satu kumpulan yang mewakili syarikat pemaju untuk memberi notis berpindah secara kasar dan biadap. Mereka langsung tidak menunjukan hormat kepada kaum wanita/ibu-ibu /makcik-makcik di sana. Mereka telah beberapakali pergi ke perkampungan ini memberi notis bersifat amaran dan tomahan kepada penduduk kampung.
 
Penduduk kampung ini terdiri daripada keluarga miskin dimana terdapat ibu-ibu tunggal dan ramai yang berpendapatan rendah. Kaum lelaki di sine kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan sering ke laut untuk beberapa minggu. Oleh demikian, kumpulan pembuli ini berani mengambil kesempatan ini untuk mengacau keamanan penduduk di sini.
 
Penduduk kampung cuma berharap pihak kerajaan dapat memberi peruntukan rumah kos rendah kepada mereka supaya mereka dapat berpindah secepat yang mungkin.

Sila ke laman ini untuk melihat rakaman yang te;ah di ambil semalam:

http://www.youtube.com/watch?v=MKnvxa72YHU&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=8ZpotGhE0sw&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=73N4ZZeYJB8&feature=channel
 
http://www.youtube.com/watch?v=Y3sZaegd4yE&feature=channel

Advertisements

November 7, 2008 Posted by | Politics | 33 Comments