Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

CONGRATS OBAMA:US Election

John McCain concedes defeat, and congratulates Democrat Barack Obama for winning the presidental election.

Advertisements

November 5, 2008 Posted by | Politics | 13 Comments

“Bajet Najib” Tidak Sah

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM7 billion dana rangsang ekonomi semalam pb050100adalah tidak sah dan tidak mengikut Peraturan Dewan. Itu berikutan Tuan Speaker yang telah memutuskan bahawa perbahasan diperingkat jawatankuasa  hanya berasaskan bajet asal yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, perbalahan antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan telah membuatkan Tuan Speaker menangguhkan perbahasan lebih kurang jam 12.30 petang tadi dan menyambung semula pada jam 2.30 petang. Sejurus selepas itu, Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Khalid Jaafar telah mengadakan sidang media.

November 5, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments

US Electoral Watch

pb0400372Saya telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyaksikan perkembangan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pagi tadi di Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan Duta Amerika Syarikat di Malaysia iaitu Mr James R. Keith dan isteri di majlis tersebuat yang dihadiri oleh duta atau perwakilan negara lain,  korporat, para pensyarah universiti malah pelajar serta rakyat Amerika yang menetap di Malaysia. Suasana majlis sangat mengujakan dengan tayangan secara langsung perkembangan keputusan pilihanraya yang dijalankan serta hiasan dewan seperti berada dalam suasana kempen di Amerika.

pb040048  pb040054  pb0400441  pb040051

 pb040086  pb040063                                                                                   

November 5, 2008 Posted by | Politics | 3 Comments

Ahli Parlimen Keluar Dewan

pb040019

Hari ini, Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat setelah Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan soalan yang dikemukakan ketika sesi perbahasan penggulungan Rang Undang-undang Bajet 2009.

Turut mengecewakan lagi apabila perangkaan yang dibentangkan adalah berbeza dengan perangkaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bertindak bangun dan keluar dewan setelah sebelum itu, YB Tian Chua (Batu) telah diarahkan keluar dewan oleh Tan Sri Pandikar Amin apabila tetap berkeras mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan itu melanggar Perintah Tetap 66(1). Sejurus selepas itu, telah diadakan sidang media berkenaan hal ini di luar dewan.

Pendirian yang diambil oleh Najib yang tidak memberi laluan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan penjelasan mahupun pertanyaan, mendapat tentangan hebat daripada pihak pembangkang dan sikap beliau menunjukkan bahawa 50 tahun pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kepentingan mereka dengan meminggirkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh Ahli Parlimen Malaysia.

November 5, 2008 Posted by | Politics | 5 Comments