Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Hak Warganegara diKembalikan

 Seorang warga emas Lee Ah Lan, 62 tahun yang lahir di negara ini telah dinafikan hak kewarganegaraannya dengan mendapat status penduduk tetap sejak lahir lagi, sedangkan abang dan adiknya yang juga lahir di negara ini mendapat status warganegara. Lee Ah Lan menyedari hal ini ketika beliau ingin mamohon paspotnya untuk ke Singapura pada tahun 1973. Sejak 1999 lagi beliau telah memohon agar status didalam kad pengenalannya ditukarkan, namun tiada berita gembira dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Oleh yang demikian, beliau telah mendapatkan bantuan daripada saya, melalui Pusat Khidmat KeADILan Kuantan pada Februari lepas agar kes beliau mendapat perhatian oleh JPN dan kes ini telah mendapat liputan akhbar. Dengan usaha kakitangan dan Pegawai Khas saya, Pn Baini dan Mr Sim pihak JPN telah memproses semula permohonan beliau    dan akhirnya Kerajaan Malaysia telah meluluskan kewarganegaraannya beserta semua hak kerakyatan diberi dengan segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Kegembiraan nyata terserlah diwajah beliau setelah beliau mendapat surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Mohd Abdul Halim bin Muhammad, Pendaftar Besar Wargenegara, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

November 4, 2008 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. Yb.

    Perjuangan rakyat untuk rakyat !

    Comment by CUCU TOK KEDU | November 4, 2008

  2. =)

    Comment by pharie | November 10, 2008

  3. wargakuantan,

    Aku rasa kau baik tukar nama jadik ‘WARGAHAPRAKMELAYUTOTOKANTIBANGSALAINKUANTAN’.

    Sebab kau tak layak jadik warga kuantan kerana sudah disahkan sesiapa tinggal di kuantan adalah warga kuantan dan mempunyai kad pengenalan Malaysia adalah rakyat Malaysia! tak kira apa bangsa mereka sekalipun. Kau tak boleh cabar fakta ini walau dimahkamah mana sekalipun!

    Comment by UcuZalley | November 12, 2008

  4. wargakuantan,

    Saya seorang Islam dan saya percaya wargakuantan juga seorang Islam, marilah kita bersama2 berightifar banyak2, wasallam.

    Comment by UcuZalley | November 13, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: