Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Hak Warganegara diKembalikan

 Seorang warga emas Lee Ah Lan, 62 tahun yang lahir di negara ini telah dinafikan hak kewarganegaraannya dengan mendapat status penduduk tetap sejak lahir lagi, sedangkan abang dan adiknya yang juga lahir di negara ini mendapat status warganegara. Lee Ah Lan menyedari hal ini ketika beliau ingin mamohon paspotnya untuk ke Singapura pada tahun 1973. Sejak 1999 lagi beliau telah memohon agar status didalam kad pengenalannya ditukarkan, namun tiada berita gembira dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Oleh yang demikian, beliau telah mendapatkan bantuan daripada saya, melalui Pusat Khidmat KeADILan Kuantan pada Februari lepas agar kes beliau mendapat perhatian oleh JPN dan kes ini telah mendapat liputan akhbar. Dengan usaha kakitangan dan Pegawai Khas saya, Pn Baini dan Mr Sim pihak JPN telah memproses semula permohonan beliau    dan akhirnya Kerajaan Malaysia telah meluluskan kewarganegaraannya beserta semua hak kerakyatan diberi dengan segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Kegembiraan nyata terserlah diwajah beliau setelah beliau mendapat surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Mohd Abdul Halim bin Muhammad, Pendaftar Besar Wargenegara, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

November 4, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments

Seminar Ke Arah 30% Wanita Sebagai Pembuat Keputusan

pa230029

23 Oktober lepas, saya bersama YB Nurul Izzah dan YB Chong Eng telah menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Seminar ini yang melibatkan beberapa sektor pembuat keputusan seperti sektor parlimen, ADUN, kehakiman, jabatan kerajaan, pengajian tinggi serta korporat telah bersama-sama berdiskusi dan bertukar pandangan berkenaan pelan tindakan bagi Kementerian ini serta cadangan dalam penambahbaikan ke atas pelan tersebut.

November 4, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Tetamu dari Lebanon

Dua orang tetamu Sdri Rima dan Sdri Wafa dari Parti Demokrat di Lebanon telah bertemu dengan Ahli Parlimen wanita Islam Pakatan Rakyat dalam rangka lawatan dan program di Malaysia, dengan kerjasama Muslimat PAS. Bersama saya adalah YB Dr Siti Mariah (Kota Raja), YB Dr Lo’ Lo’ (Titiwangsa), YB Siti Zailah (YB Rantau Panjang), YB Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan YB Zuraidah (Ampang). Kami bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman terutama berkenaan peranan dan kepentingan wanita dalam pentadbiran negara.

November 4, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment