Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

SEHARUM Pahang

Semalam, Ahad 2 November 2008 telah berlangsung Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia atau singkatannya SEHARUM peringkat Negeri Pahang di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Dengan kehadiran peserta diluar jangkaan, seminar yang berlangsung seharian ini telah memperlihatkan semangat baru dalam misi ke arah pentadbiran negara yang lebih baik. Saya telah dijemput sebagai panel dalam sesi pembentangan bersama panel lain iaitu Dato Fauzi Abdul Rahman, Sdr Mustafa Kamil Ayub dan Sdr Shamsul Iskandar. 

           Saya bersama Dato Fauzi (tiga dari kiri) dan Sdr Zakaria (empat dari kiri)

sebelum beliau meninggalkan majlis.

November 3, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Asskum YB, dah lama tak dengar tentang YB teringat nak buka blog YB terus terbaca tentang seminar semalam .Nampak bagus tapi persoalanya adakah kita negeri yg belum memerintah ini dah mula berkira mcm mana nak perintah.Berapo kerusi yg Pahang dah menang?Apa dah jadi dgn gerakkerja utk menang dulu spt sismep dll.saya lebeh berminat klu
    YB tumpukan itu,UMNO tengah kuatkan jentera.nanti kok melepas yg harum jadi busuk.kami dah 10 tahun dok dongar bondo yg samo strateji nak menang tak dilaksanakan.Tugas nie dibawah YB jangan biarkan org yg kutuk kita dahulu cuba ambil kesempatan(siapa bahrom ns,group abim).cuba fikirkan YB.

    Comment by kamel | November 3, 2008

  2. Wassalam Sdr Kamel,
    Kita harus kukuh mengukuhkan diantara satu sama lain didalam parti. Bersikap lapang dada dan tidak sepatutnya wujud keadaan dimana kita menolak usaha mana-mana pihak yang membawa kepada kebaikan di dalam perjuangan ini.

    Juga, apabila saya beri sokongan kepada usaha rakan seperjuangan, ianya tidak bermakna saya abaikan tugas saya.

    Baru malam semalam, didalam mesyuarat MPT, saya, selaku Pengarah Biro Latihan telah membentangkan cadangan (yang telah diluluskan oleh MPT) berkenaan usul pembentukan Institut Latihan KeADILan yang akan mengendalikan latihan secara modular dan ‘ongoing’ dan juga cadangan Projek Latihan Perintis untuk beberapa kumpulan sasar didalam negeri Pakatan Rakyat, dimana matlamat projek tersebut ialah untuk menguatkan serta melebarkan sokongan rakyat terhadap pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Semoga usaha kita semua di berkati dan doakan saya terus tabah meneruskan tugas-tugas yang pelbagai dan mencabar didalam parti.

    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | November 3, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: