Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Berkongsi Pandangan dari Pembaca

Dibawah merupakan satu komen yang saya bawa dari  ruangan ‘People’s Post’ yang saya ingin kongsi di ruang utama ini dengan pembaca-pembaca blog yang lain kerana saya rasakan bahawa isu ini menjadi isu yang menjadi perhatian ramai pembaca. Semoga dapat membuahkan hasil perbincangan yang sihat dan membina.

Fuziah Salleh

skinasir // October 30, 2008 at 10:46 pm

Assallamualaikum,

Puan Fuziah, apa khabar?

Saya berat nak cakap pasal benda ni. Saya harap Puan ambil perhatian SERIUS mengenai masalah ni. Golongan mak nyah yang mencari “rezeki” di lorong kunyit belakang pub Black Forest!! dari zaman saya belajar kat SMART tahun 1990 sampai sekarang golongan lelaki BERLAGAK pompuan ni masih ader berkeliaran di kawasan itu..!! mana pihak berwajib? adakah MPK tak punya kuasa untuk membersihkan kawasan tersebut..? mana MAIP?… sengaja menbutakan mata..memekakkan telinga?? membutakan hati…?? adakah Puan tidak menyedari masalah ini.. atau Puan juga bersikap seperti mereka-mereka yang saya sebutkan tadi..? Ini bukan masalah kecil.. ini isu akidah,moral yang akan memesongkan lagi anak bangsa MALAYSIA… tolong response.

Terima kasih
Skinasir

 

Dibawah ialah respons saya kepada skinasir:-

Fuziah Salleh // November 3, 2008 at 1:03 pm  

skinasir,
Saya tidak langsung memandang kecil hal ini, malah ini merupakan masalah besar yang melanda ummah
Saya telah pernah pergi berjumpa JAIP berkenaan masalah sosial disekitar Kuantan. Alasan yang diberikan kepada saya ialah tidak cukup kakitangan penguatkuasaan.

Minggu lepas pada 26 oct, saya bertembung dengan YB Dato Shafri, iaitu EXCO Dakwah negri Pahang. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menyuarakan berkenaan gejala sosial yang melanda kita di Kuantan. Saya juga bertanya apakah beliau tidak memanggil pihak-pihak NGO Islam untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Malah saya sendiri secara sukarela menawarkan diri untuk menghubungi dan mengajak NGO-NGO Islam bersama didalam menangani isu gejala sosial. Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya mampu menjangkau batasan-batasan politik dan sanggup bekerjasama dengan semua pihak demi perjuangan menegakkan agama. Saya lihat pihak Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan besar didalam usaha Nahi Mungkar, dan bukan setakat Amar Maaruf sahaja.

Diperjumpaan tersebut juga YB Dato Shafri nyatakan kesediaan beliau juga untuk bersikap terbuka. dia cadangkan berjumpa bila-bila pada hari rabu, akan tetapi, saya pula terikat dengan sidang dewan Parliamen sehingga hujung tahun

Kini, Saya sedang cuba dapatkan appointment bertemu beliau dalam kadar segera sebaik-baiknya pada hari jumaat semasa tiada sidang dewan.

           Fuziah Salleh

          Ahli Parlimen Kuantan

November 3, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. semoga usaha Puan ni berterusan hingga gejala ini dapat dipulihkan

    Comment by lanwm | November 3, 2008

  2. untuk makluman tambahan pada Yb,gejala ni bermula dipertengahan tahun 80an yang mana dahulunya kawasan tersebut juga melibatkan pelacuran.pada hujung 90an tempat tersebut menjadi tumpuan pondan sehingga kini..Mana mungkin tiada komplen atau laporan kepada pihak berkenaan namun seolah tiada tindakan diambil dan semakin menyesakkan mata terutama pada malam minggu.

    Comment by KITA | November 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: