Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah

Saya telah dijemput sebagai tetamu khas Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah pada 2 November lepas di The Saujana Kuala Lumpur. Raudhatus Sakinah (RS) merupakan sebuah pusat lindungan dan bimbingan remaja puteri yang menjadi mangsa kepada masalah sosial hari ini di bawah kendalian Wanita Jamaah Islah Malaysia(WJIM) dan berdaftar dengan Akta Pusat Jagaan 1993 serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis ini mengumpulakan semua keluarga angkat bagi bayi yang lahir di RS sejak 10 tahun penubuhannya. Turut hadir Puan Sri Salbiah, YB Zuraida Kamarudin dan YB Haliza Mohd Talha. Ketua WJIM kini adalah Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj SIraj dan Pengurus RS adlaah Pn Rosmawati Zainal.

November 3, 2008 Posted by | Politics | 3 Comments

Luncheon Talk at Parliament

Satu ‘Luncheon Talk’ telah di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat bertajuk

“The Impact of Global Financial Turmoil to Malaysia”

Guest Speaker:- Dr Lim Teck Ghee

October 29th, 2008

 Tujuan Luncheon Talk ini ialah untuk menyiapkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan maklumat dan ilmu yang lebih mendalam berkenaan dengan keadaan Ekonomi Dalam Negara

November 3, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

SEHARUM Pahang

Semalam, Ahad 2 November 2008 telah berlangsung Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia atau singkatannya SEHARUM peringkat Negeri Pahang di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Dengan kehadiran peserta diluar jangkaan, seminar yang berlangsung seharian ini telah memperlihatkan semangat baru dalam misi ke arah pentadbiran negara yang lebih baik. Saya telah dijemput sebagai panel dalam sesi pembentangan bersama panel lain iaitu Dato Fauzi Abdul Rahman, Sdr Mustafa Kamil Ayub dan Sdr Shamsul Iskandar. 

           Saya bersama Dato Fauzi (tiga dari kiri) dan Sdr Zakaria (empat dari kiri)

sebelum beliau meninggalkan majlis.

November 3, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments

Berkongsi Pandangan dari Pembaca

Dibawah merupakan satu komen yang saya bawa dari  ruangan ‘People’s Post’ yang saya ingin kongsi di ruang utama ini dengan pembaca-pembaca blog yang lain kerana saya rasakan bahawa isu ini menjadi isu yang menjadi perhatian ramai pembaca. Semoga dapat membuahkan hasil perbincangan yang sihat dan membina.

Fuziah Salleh

skinasir // October 30, 2008 at 10:46 pm

Assallamualaikum,

Puan Fuziah, apa khabar?

Saya berat nak cakap pasal benda ni. Saya harap Puan ambil perhatian SERIUS mengenai masalah ni. Golongan mak nyah yang mencari “rezeki” di lorong kunyit belakang pub Black Forest!! dari zaman saya belajar kat SMART tahun 1990 sampai sekarang golongan lelaki BERLAGAK pompuan ni masih ader berkeliaran di kawasan itu..!! mana pihak berwajib? adakah MPK tak punya kuasa untuk membersihkan kawasan tersebut..? mana MAIP?… sengaja menbutakan mata..memekakkan telinga?? membutakan hati…?? adakah Puan tidak menyedari masalah ini.. atau Puan juga bersikap seperti mereka-mereka yang saya sebutkan tadi..? Ini bukan masalah kecil.. ini isu akidah,moral yang akan memesongkan lagi anak bangsa MALAYSIA… tolong response.

Terima kasih
Skinasir

 

Dibawah ialah respons saya kepada skinasir:-

Fuziah Salleh // November 3, 2008 at 1:03 pm  

skinasir,
Saya tidak langsung memandang kecil hal ini, malah ini merupakan masalah besar yang melanda ummah
Saya telah pernah pergi berjumpa JAIP berkenaan masalah sosial disekitar Kuantan. Alasan yang diberikan kepada saya ialah tidak cukup kakitangan penguatkuasaan.

Minggu lepas pada 26 oct, saya bertembung dengan YB Dato Shafri, iaitu EXCO Dakwah negri Pahang. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menyuarakan berkenaan gejala sosial yang melanda kita di Kuantan. Saya juga bertanya apakah beliau tidak memanggil pihak-pihak NGO Islam untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Malah saya sendiri secara sukarela menawarkan diri untuk menghubungi dan mengajak NGO-NGO Islam bersama didalam menangani isu gejala sosial. Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya mampu menjangkau batasan-batasan politik dan sanggup bekerjasama dengan semua pihak demi perjuangan menegakkan agama. Saya lihat pihak Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan besar didalam usaha Nahi Mungkar, dan bukan setakat Amar Maaruf sahaja.

Diperjumpaan tersebut juga YB Dato Shafri nyatakan kesediaan beliau juga untuk bersikap terbuka. dia cadangkan berjumpa bila-bila pada hari rabu, akan tetapi, saya pula terikat dengan sidang dewan Parliamen sehingga hujung tahun

Kini, Saya sedang cuba dapatkan appointment bertemu beliau dalam kadar segera sebaik-baiknya pada hari jumaat semasa tiada sidang dewan.

           Fuziah Salleh

          Ahli Parlimen Kuantan

November 3, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments