Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Esok, Usul menangguhkan Mesyuarat di Parlimen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan kepada Speaker Dewan Rakyat (SDR) agar Mesyuarat yang sedang berlangsung ditangguhkan.   Sebahagian kandungan permohonan beliau kepada SDR:

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Anwar Bin Ibrahim (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“BAHAWA SETELAH MENGAMATI KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TERHADAP PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI BERNILAI RM11.31 BILION, PEMBELIAN BANK INTERNASIONAL INDONESIA OLEH MAYBANK BERNILAI RM4.26 BILION DAN PEROLEHAN 12 UNIT HELIKOPTER COUGAR EC725 BERNILAI RM1.679 BILION, SATU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK SEGERA MENYIASAT KERAGUAN DAN KEPINCANGAN YANG BERLAKU DAN LAPORAN PENYIASATANNYA DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN.”

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pada 16 September 2008 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa tanpa proses tender terbuka. Amat tidak munasabah sama sekali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk jalur lebar, sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan, projek High Speed Broadband diluluskan dengan begitu segera dengan harga yang umumnya disifatkan terlalu tinggi tanpa melalui proses tender terbuka yang justeru itu menimbulkan tandatanya umum.

Pada 30 September 2008, Menteri Kewangan juga meluluskan pembelian 56% saham Bank Internasional Indonesia oleh Maybank dengan kos pembelian berjumlah RM4.26 bilion. Pembelian ini adalah tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran wang negara kerana dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang ini, Maybank membelinya dengan harga lima kali ganda daripada book value.

Pada 15 September 2008, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berpindah daripada Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan, satu Letter of Intent telah dikeluarkan bagi perolehan 12 unit helikopter model Cougar EC725 bernilai RM1.679 bilion. Keputusan perolehan helikopter tersebut dibuat dalam keadaan yang sangat meragukan. Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Oktober 2008 mengumumkan keputusan kerajaan bagi menangguhkan pembelian helicopter tersebut, ia masih belum dapat meredakan kesangsian umum terhadap keputusan awal kerajaan berhubung kelulusan tender perolehan kepada Eurocopter dengan mengenepikan pembida-pembida lain.

Berikutan implikasi kewangan yang melibatkan puluhan bilion wang negara, saya menggesa supaya langkah segera dilakukan melalui Dewan Rakyat untuk menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk tujuan menyiasat pembelian dan perolehan yang sangat meragukan itu yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

Anwar Ibrahim

October 29, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: