Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Rumah Terbuka Parlimen Kuantan(dikemaskini)

Kepada seluruh Warga Kuantan
Salam/Selamat Sejahtera

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua warga Kuantan untuk sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka Parlimen Kuantan yang berkonsepkan Hari Keluarga, disamping meraikan golongan kurang bernasib baik, sempena Eidulfitri dan Deepavali, anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

Tarikh: Hari Sabtu 25hb Oktober 2008
Masa: 2.30 – 5.30 petang
Bertempat: Pantai Anak Air, Kempadang, Kuantan, Pahang

Hjh Fuziah Salleh

ATURCARA MAJLIS

2.30 petang Ketibaan tetamu jemputan

2.45 petang Ucapan Aluan dan Perasmian

3.15 petang Majis Sumbangan Anak Yatim

3.30 petang Persembahan Tarian Kebudayaan dari Kumpulan MIRAGE

3.45 petang Jamuan bermula

4.15 petang Sukaneka dan Acara Pantai Bermula

5.00 petang Penyampaian Hadiah

5.30 petang Majlis Bersurai

October 20, 2008 - Posted by | Politics

13 Comments »

  1. Izinkan saya memberi teguran…..kalau silap harap dibetulkan.

    Sambutan berkongsi hari perayaan berlainan agama seperti hari raya dan deepavali adalah dilarang.

    Perkara ini telah pun menjadi perhatian 2-3 tahun lepas dan mufti perak telah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram.

    Harap mendapat perhatian segera.

    Terima kasih.

    Comment by SahabatMesra | October 21, 2008

  2. Sdr Sahabat Mesra,
    Terima Kasih di atas teguran. Saya amat-amat hargai teguran yang saya kira diberikan dengan penuh keikhlasan. Saya memikirkan juga perihal perkara yang sdr sebut diatas, disamping mendapatkan maklum balas dari mereka yang lebih berilmu sebelum membuat keputusan berkenaan Majlis Jamuan Terbuka ini.

    Justeru itu, pihak Pej Parlimen Kuantan telah berbincang dan bersetuju bahawa perjumpaan pada hari tersebut ialah berkonsepkan Hari Keluarga sempena Eidulfitri dan kebetulan pula hari Deepavali yang tarikhnya jatuh 2 hari selepas itu. Ianya bertujuan untuk berjumpa rakyat disamping menggarap semangat kebersamaan terhadap golongan yang kurang bernasib baik, dihari yang seharusnya mereka bergembira, tidak kiralah latar belakang politik, bangsa ataupun agama yang mereka anuti.

    Juga program tersebut tidak melibatkan acara atau ritual berunsur keagamaan yang ditegah atau bercanggah dari sudut agama Islam. Ini yang saya fahami dari tegahan sambutan bersama berlainan agama yang dimaksudkan.

    Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah SWT

    Hjh Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | October 21, 2008

  3. YB terima kasih atas penjelasan. Namun begitu saya ingin menyorot kembali beberapa tulisan yang melarang umat Islam MENGANJURKAN sambutan perayaan bagi agama lain.

    Kita boleh menghadiri sambutan perayaan agama lain yang tidak melibatkan ritual agama seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Seri Nik Abdul Aziz tiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

    ……………………………………………………………………………..

    Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

    Rosak akidah, syirik

    Kajian itu dikatakan perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain adalah merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

    Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran program itu seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

    Rais berkata, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja supaya acara rumah terbuka diteruskan.

    Sementara itu, di Ipoh, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata adalah tidak salah bagi orang Islam hadir pada majlis perayaan agama lain yang dianjurkan jiran atau rakan bukan Islam sebagai tanda persahabatan, perpaduan atau muhibah tetapi tidak dibenarkan untuk bersama-sama merayakannya atau menganjurkan majlis berkenaan.

    Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata, adalah menjadi kesalahan apabila orang Islam sendiri yang begitu beria-ria meraikannya seperti memberi hadiah atau memakai pakaian baru merayakan perayaan agama lain.

    “Pada zaman permulaan Islam, ada umat Islam yang merayakan perayaan Gahambas daripada fahaman Zoroastrisme kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.

    “Zoroastrisme adalah agama menyembah api yang berasal dari Parsi dan tersebar luas sehingga Tanah Arab sejak 2,000 tahun lalu.

    “Berikutan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa umat Islam ada perayaannya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang mesti disambut, bukannya perayaan agama lain,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Soal-Jawab Agama Radio Perak FM pagi Jumaat lalu.

    Comment by SahabatMesra | October 21, 2008

  4. Salam YB,

    Rakyat sedar ramai ADUN dan Ahli Parlimen daripada KeADILan adalah orang baru dalam politik dan mentah dalam sepak terajang dunia politik, tetapi itu tidak harus dijadikan alasan untuk menarik lebih banyak masa membetulkan daki-daki kesialan yang ditinggalkan oleh UMNO.

    Salam takzim
    http://kerajaanrakyat.com/

    ::

    Comment by kerajaan.rakyat | October 21, 2008

  5. TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Wahai insan Allah, anak kepada Dua Hamba Allah, cucu cicit Adam dan Hawa, kini kamu memasuki Ambang Kiamat, dimana Kiamat benar-benar berlaku, dengan satu petanda yang dahsyat, maka kamu semua akan mati.

    Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.

    Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.

    Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.

    Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.

    Wahai manusia yang diberi nama, petanda yang datang Dahsyat sekali, yang hidup sampai di sana yang mati turut serta, inilah hari Kiamat yang diterangkan oleh kitab-kitab ikutanmu, inilah hari Kiamat yang dijanjikan oleh Tuhanmu. Ia memerintah semesta Alam, maka kiamat akan belaku dengan kehendak Kata-Katanya, sesunguhnya ia tidak mungkir pada janjinya, dengan satu Kata, maka kamu semua akan Mati, dengan satu Kata-Kata kamu akan dihidupkan kembali. Wahai Manusia yang diberi nama, semoga engkau tenang berhadapan dengan yang Esa, semoga engkau tidak kaku semasa disana, semoga engkau tahu siapa yang engkau jumpa, semoga engkau tahu hidupmu untuk siapa, semoga engkau tahu wahai Manusia, ini kerana engkau antara Jutaan Manusia yang akan dihitungkan dihari kebangkitan,tiada seorang pun yang terlepas dari pertanyaan melainkan dengan kehendaknya. Wahai Manusia yang bernama, hitungan kelak sangatlah lama, Rasulmu kelak tidak terdaya, ini kerana yang Esa lebih berkuasa, ingatlah pesan Rasulmu, ingatlah pesan Kitabmu, ingatlah pesan Agama mu, ingatlah pesan Imam mu, di situ kamu akan tahu.

    Wahai Manusia kamu akan tinggalkan segala-galanya, mereka pula bertindak yang sama, petanda kiamat dahsyat sekali, tinggalkanlah berjual beli apabila tiba setiap Jumaat, khuatir Jumaat yang datang mengundang kiamat, inilah kiamat yang dijanjikan Allah.

    Wahai Insan allah semoga engkau tenang melihat kedahsyatan Kiamat yang datang, sewaktu kau bersedia, sewaktu kau leka, sewaktu kau sibuk dengan dunia, sewaktu kau sibuk dengan keluarga, sewaktu kau berbalah pendapat, sewaktu kau menuding jari, sewaktu kau memfitnah, sewaktu kau berurus niaga, sewaktu kau bertanya-tanya, sewaktu kau menghitung harta dunia. Kiamat datang mengundang Alam, Alam yang menanti turut sedia, untuk dibawa bersama-sama, menuju ke alam akhirat.

    Wahai manusia yang diberi nama, sesungguhnya kamu semua adalah Sifat Allah yang Wujud, Ada, Nyata. Maka sucikanlah nama Tuhan mu yang menciptakan sekelian Alam lalu ia menyempurnakan menjadi kehidupan dan memberi petunjuk, lalu ia membinasakan iaitu Kiamat. Inilah Kiamat yang dijanjikan oleh Rasul-rasulmu dan Kitab-Kitab ikutan mu, sesungguhnya benarlah kata-kata Rasulmu dan Kitab-Katab dahulu, maka sucikanlah nama Tuhanmu dari Hasad Dengki, Khianat, Tamak, Haloba, Fitnah, sesungguhnya berjayalah Manusia yang diberi nama, membersihkan Hatinya, Jiwanya, Rasulnya, TuhanNya, Malaikatnya, dan ikutanNya, sesungguhnya kamu kini di ambang Kiamat yang Dahsyat, tiada siapa yang dapat menolong mu, selain Allah dan Malaikat-Malaikat adalah pesuruhnya. Maka kamu semua akan lalui hari Kiamat yang dijanjikan Allah.

    Aku Bersumpah Demi Hari Kiamat
    Demi Al Quran yang penuh Rahsia
    Demi Manusia,Demi Makhluk,Demi Insan
    Demi Hamba,Demi Rasul,Demi Malaikat,
    Demi Tahun,Demi Bulan,Demi Hari,
    Demi Waktu,Demi Masa,Demi Saat,
    Demi Detik.dan Demi Hari Jumaat..

    IMAM MAHDI
    http://WWW.LAYARBAHTERA.COM
    Layarbahtera@yahoo.com.my

    Comment by layarbahtera | October 22, 2008

  6. Saya bersetuju dengan kerajaanrakyat. Namun ada yang bersikap seperti menjirus air ke daun keladi. Mungkin rakyat akan menilai dan akan mencantas daun keladi itu!!!

    Rakyat mahu perubahan dan pemimpin harus peka. Jangan jadi macam artis….asyik-asyik muka nak keluar suratkhabar tapi pandangan dan perhatian yang diberikan ahli-ahli dikesampingkan….tak mahu dilayan secara seirus….alih-alih dipersalahkan!!!!

    Jangan membentuk kroni apabila mendengar pendapat…kena dengar semua dan buat keputusan bijak dan jangan berpihak.

    Ibarat kata pepetah moden….kalau nak buat rumah kena tanya pada tukang rumah…jangan ditanya pada pakar air-cond…..kerana sepandai mana pakar air-cond, ianya tidak dapat memberi pandangan dari hal membuat rumah!!!

    Begitu juga dari hal agama. Sekali-sekala apa salah tanya pada ‘pak abu’.

    Allah Maha Mengetahui.

    Comment by SahabatMesra | October 23, 2008

  7. Salam YB,
    saya amat bersetuju dengan pendapat sahabat mesra.Tiada salah kalau kita menerima pendapat salam mesra sebagai teguran ikhlas dan bubarkan nama “deeparaya”.Lain kali harap YB berhati-hati menrancang sesuatu program kerana ianya menlibatkan sensitiviti sesuatu kaum..
    Tiada salah kalau YB menganjurkan dua program dimasa yang berlainan misalnya Perayaan Deepavali disambut bagi menraikan kaum India di masa yang berlainan dengan program hari raya……..
    jangan sampai akidah kita terpesong sudah le…

    Comment by anwar_kuantan | October 23, 2008

  8. kalau dah degil sangat………….boikot je……kita pergi ke sg isap je…baru setahun jagung dah nak menunjukkan toncang

    Comment by anwar_kuantan | October 23, 2008

  9. Assalamualaikum YB. Nampaknya cyber troopers cyber troopers masih liar berkeliaran di merata rata blog2 pemimpin2 pakatan rakyat.Harap harap satu hari nanti diorang boleh sedar dosa diorang banyak mana. Saya difahamkan bahawa memburuk burukkan seseorang adalah salah satu dosa yang agak besar dalam Islam. Saya berharap pihak2 cyber troopers ni berhenti saja lah semua niat buruk kamu ni semua. Masing masing umat Islam, takda gunanya semua ni burukkan sesama umat. Depa semua dah kaburkan mata hangpa! Bangunlah! Kalau tak bangun lagi,bagi saya masa sebulan dua,saya akan trace semua IP address cybertroopers ni semua.Kami jumpa je depan rumah hangpa semua.Saya nak watpa semua,hangpa sabaq dan tengok je la nanti.

    Dan juga satu lagi saya ingin beritahu,saya tak berbelah kepada mana mana parti politik tetapi apa yang salah harus saya tegur, apa yang betul harus saya setujui. Apa yang para cybertroopers lakukan ni sekarang semua salah pada pendapat saya, kalau tanak berhenti lagi , hangpa menjawap kat luar pulak nanti.

    TOLONG BERHENTI! ///

    Comment by Umar | October 24, 2008

  10. Salam
    Program ini bukan Program ‘DeepaRaya’. Hal ini tidak dipertikaikan. Program ini adalah Program Berkonsepkan hari Keluarga dan Rumah Terbuka.
    Kebetulan ianya berdekatan dengan Deepavali. dan memandangkan ahli pakatan Rakyat berbilang kaum, maka perkataan ‘sempena’ Hari Raya dan Deepavali, digunakan.
    Saya ulangi, ianya tidak melibatkan terpesongnya akidah dan acara keagamaan.

    Harap tidak melulu didalam tanggapan kerana pendapat orang yang arif dan berilmu juga sudah di dapatkan.

    Saya dengar dan hargai pandangan ramai, tapi kalau sdr anwar_kuantan bertegas diadakan upacara lain dan bersedia nak sponsor sepenuhnya acara yang lagi satu tu, sila lah berhubung dengan Pusat Khidmat kami

    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | October 24, 2008

  11. Saudara Anwar,

    Ada ke nampak kat banner tu tulis deeparaya? jangan la cakap melulu tanpa usul periksa, paham tak perkataan ‘sempena’ kat situ?

    Don’t worry la, takde upacara pegang tali & keliling api kat situ nanti. Tapi kalau dah nak pergi sg isap tu pergi jelah, selamat menjamu selera!!

    Comment by UcuZalley | October 24, 2008

  12. ni la masalahnyer….selok sangat nak komen sampai dok tau apa yang dia komen….betul sahabat mesra dan Anwar kuantan…..kongsiraya tu memang salah tapi ni program hari keluarga dan menyambut aidilfitri bagi umat Islam dan Deepavali pada mereka yang beragama HIndu.jangan la sampai terkeliru ngan ayat sendiri yerrr…..

    Comment by kita | October 24, 2008

  13. Selamat Hari raya Kepada YB Fuziah & keluarga. Di harap tahun depan YB dianugerahkan Datuk pula. Insya-allah

    Comment by anak kemaman | October 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: