Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009 (dikemaskini)

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memulakan perbahasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampir melanda pada ketika itu.

Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.

Sambungan ‘Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009′ , klik di sini

Sambungan ke-2, klik di sini, dari muka surat 29.

October 16, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. ::

    Kepada Yang berhormat,

    Bersyukurlah kerana YB sekarang seorang pemimpin, bergelar ‘Yang Berhormat’ pula dengan gaji besar dan kehidupan mewah. Rakyat terlalu memerlukan perhatian YB. Mungkin kisah ini juga berlaku di kawasan YB. Bacalah dan berkhidmatlah…..

    Dengan kederat seorang tua yang kurang sihat, kerja yang termampu dilakukan oleh Pakcik Zainal yang hidup bersama seorang isteri dan seorang anak perempuan hanya mengambil upah membersih kebun orang dikawasan berhampiran.

    Antara perbualan saya dengan Pakcik Zainal,

    “Ada orang datang melawat Pakcik di sini?”.

    “Ada.” Kata Pakcik Zainal.

    “Bila?”. Tanya saya.

    “Masa dia orang nak minta saya mengundi, dia orang datanglah.”

    “Sudah berapa lama Pakcik tinggal di sini?”

    “Lima tahun”

    http://kerajaanrakyat.com/?p=1848

    Comment by kerajaan.rakyat | October 17, 2008

  2. Berdasarkan keadaan ekonomi dunia sekarang,saya tak tahu apa akan terjadi kepada ekonomi Malaysia pada tahun hadapan,jika belanjawan yg telah di bentang sebulan lalu terus di gunapakai.

    Hari ini(17/9) harga minyak mentah menjunam bawah 70 setong dan CPO 1650/mt.Kejatuhan 2 komoditi utama eksport Malysia ini,akan menyebabkan entah berapa belion(pasti melebihi 10 belion) hasil negara berkurangan,ditambah pula kemerosotan hasil perkilangan dan perlahanya aktiviti ekonomi yg lain.Kalau perbelanjaan spt yg di cadangkan terus di kekalkan dlm keadaan hasil yg telah merosot,defisit akan melambung,bererti hutang negara meningkat dan akan di ikuti pula kejatuhan nilai ringit.Seterusnya ekonomi akan berhadapan dgn kemelesetan yg teruk,pengangguran meningkat dan jenayah juga akan meningkat.Cukup susah.

    Untuk memulihkan keadaan ekonomi,kita memerlukan Kerajaan yg cekap,pemimpin yg berwibawa dan pengurusan ekonomi yg baik -tiada rasuah,tiada penyelewengan.Rakyat pula perlu berkerja keras.Unsur-unsur ini perlu di terap dalam belanjawan negara.Apakah ini semua ada dalam belanjawan yg telah di bentangkan?.Yelek,-yg ada hanyalah potong sana potong sini,tambah sana tambah sini,macam nenek tua membahagi-bahagi kan barang makanan pd anak cucu nya,ada yg lebih ada yg kurang.

    Rasanya DS Anwar lebih tahu apa yg perlu di buat dalam menangani masaalah ekonomi ini berbanding dgn PM dan Menteri Kewangan sekarang.Malangnya matlamat 16 Sept. belum tercapai.Namun saya tetap berdoa dan berharap agar matlamat tersebut tercapai,insyaallah.

    Comment by Syitah | October 17, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: