Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Rumah Terbuka DSAI

Jemputan ke Majlis Raya Rakyat anjuran Dato Seri Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat pada hari Ahad ini, 12 Oktober 2008 bermula jam 2 petang di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kehadiran saudara/i tentunya akan meningkatkan daya juang ke arah Malaysia Baru.

October 10, 2008 - Posted by | Politics

6 Comments »

  1. Kepada Kak G,turunlah padang tengok penyokong keadilan yang dah lumpuh dek kerana kemalangan jalanraya.
    Semasa PRU 12 beliau bertungkus lumus menaikkan bendera keadilan tanpa dibayar satu sen pun atas keringat yang beliau curahkan demi memastikan kemenangan Kak G.
    Kera dihutan disusukan anak dirumah dibiarkan kelaparan itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kpd Kak G.Semasa mahu menggunakan keringat beliau Kak G tahu dimana nak mencari tetapi apabila lumpuh “batang hidung” Kak G pun tak nampak.
    Sebagai ahli MP Kuantan lebih-lebih lagi penyokong kuat Kak G takkan Kak G nak biarkan beliau seperti “Kucing Kurap” dijalanan sekurang-kurangnya semasa beliau lumpuh satu bentuk bantuan dari PKR bhg Kuantan sendiri dapat dihulurkan semasa hayat beliau selain bantuan daripada JKM.
    Harap maklum dan ambil perhatian……

    Comment by ehkelirunie | October 11, 2008

  2. YB kak G,

    Kita kena kenal pastikan para aktivis PKR,spt Hatta&geng.Mereka-mereka ni perlu di beri perlindungan insurans setakat termampu terutama semasa mereka melaksanakan tugas parti,jika mereka belum di lindungi.Saya tengok mereka ni cukup commited bila menjalankan kerja,kadang-kadang malang tak berbau.Kalau ada perlindungan insuran yg minima tahan juga.Masalah dari segi kewangan kena fikirkan bersama.

    Comment by Syitah | October 12, 2008

  3. keliru betul la….ni yang kita tengok kelemahan paling ketara pada penyokong dan ahli PR khususnya PKR di Kuantan…masalahnya kita harapkan k.G prihatin pada kita tapi dalam masa yang sama kita lupa yang k.G hanya sorang dan kita ni ramai…..betul orang akan salahkan k.G tapi kita camana? ada ke kita tau stakat nak komplen dan kondem jer? atau kita memang jenis macam tu?..pernah tak kita tanya apa kita buat kalau terjadi musibah pada kawan2 kita?…soalnya tanggungjawab tu kita kena pikul bersama….bukan sekadar melepas batuk ditangga….

    Comment by Kita | October 13, 2008

  4. ehkelirunie dan syitah memang betul…..kita ni sebenarnya sayangkan perjuangan ni cuma kelemahan kita tak kenal sesama sendiri…apa lagi nak tegur sapa…..jangan la harapkan k.g,hatta,karim @ rakan2 di bahagian semata….besar atau kecil sumbangan kita tetap beharga….so ni masanya kita bersatu dan saling membantu …

    Comment by Kita | October 13, 2008

  5. Salam,
    Boleh tak bagitahu siapa dia penyokong kita yang hampir lumpuh yang di maksudkan tu. Setakat nie, InsyaAllah kak G selalu cuba sedaya upaya untuk jengok dan bantu selagi terdaya. Tapi dalam kes nie, tak tahu pulak siapa yang dimaksudkan. Tak timbul isu kuching kurap disini, masalahnya ahli kita juga yang tak bagitau pada kak G. Habis…, kalau tak bagitau, manalah kak G nak dapat maklumat…

    Comment by Fuziah Salleh | October 13, 2008

  6. bukannya ‘hampir’ lumpuh tetapi dah lumpuh.Saudara KITA,sepatutnya bentuklah satu jawatankuasa kecil bagi memantau ahli-ahli PKR yang mempunyai masalah.bukan semua masalah yang dapat Kak G tolong sekurang-kurangnya menjadi seorang ‘pendengar setia’ tempat bertukar-tukar pendapat.

    Comment by ehkelirunie | October 14, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: