Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KUNJUNG HORMAT BERTEMU PENGARAH LKIM PAHANG

8hb  Oktober 2008

Perjumpaan saya dengan PNK semalam  perlu diperkukuhkan lagi maka saya membuat keputusan berjumpa dengan Tn Hj Zali Ibrahim, Pengarah LKIM Pahang, pagi tadi. LKIM merupakan penyelia kepada PNK, dan saya merasakan peranan besar dapat dimainkan oleh LKIM dalam membantu menyelesaikan kemelut masalah diesel di Kuantan khususnya dan  masalah-masalah lain amnya.

Saya bernasib baik kerana beliau bersetuju menerima kunjung hormat saya dalam  notis  yang singkat.

Diantara perkara-perkara yang telah saya ketengahkan ialah:-

1.       Peranan LKIM didalam menjadi penyelia yang  baik yang kemudiannya dapat membantu PNK menaikkan prestasi PNK sebagai  service provider’ kepada nelayan

2.       Membantu didalam memastikan kuota minyak diesel di tukarkan ke Kuantan didalam keadaan pertukaran pengkalan bagi bot-bot. Perkara ini seharusnya tidak tergendala kerana ianya boleh dilaksanakan secara automatic dan online sahaja.

3.       Peranan LKIM didalam membantu kebajikan Nelayan contohnya dalam hal perumahan nelayan Bunut Rendang, menangani masalah sosial dikalangan nelayan serta ahli keluarga mereka  dan permasalahan yang  lain-lain

4.       Bagaiamana LKIM dapat membantu memastikan  bahawa produk ikan hasil dari nelayan Kuantan menepati syarat dan  juga EU compliance

 

Disamping itu saya juga berkongsi wawasan dengan Tn Pengarah, supaya kelak nelayan kita dapat menjadikan nelayan Norway sebagai kayu ukur dan seterusnya bergerak kearah pencapaian tersebut.

Sementara kita sampai ketahap itu, permasalahan teknikal nelayan  perlu di uruskan secara lebih efisyen, berkesan,  professional dan tanpa bertangguh. 

Hjh Fuziah Salleh

October 9, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Good initiative, would be the beginning of wind of change. Good luck

    Comment by MANSOR JUNUS | October 9, 2008

  2. AKUM KAK FUZIAH,MN KERAJAAN BARU NI,KITA ORANG ISLAM XBAIK MENIPU,,

    Comment by FIK | October 9, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: