Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dialog Bersama Persatuan Nelayan

Hari ini saya telah mengadakan dialog bersama Persatuan Nelayan Kuantan(PNK), Persatuan Nelayan Negeri Pahang(PNP) termasuk Ahli Lembaganya dalam usaha mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh mereka serta membantu mereka merungkaikan masalah tersebut setelah mendengar penjelasan daripada mereka. Turut hadir adalah Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan, Tn Hj Azmi Hj Salleh dan Pengerusi Persatuan Negeri Pahang, En Zulkiflee Md Yusof.

Dialog yang bermula jam 9.45 pagi tadi telah banyak membantu saya dalam memahami permasalahan dan dilema yang dihadapi oleh pihak PNK dalam isu kekurangan peruntukan subsidi minyak diesel bagi keperluan 374 buah bot di Kuantan sahaja. Peruntukan yang diterima adalah sebanyak 4 juta liter setiap bulan sedangkan keperluan sebenar untuk membolehkan semua bot nelayan di Kuantan ini menjalankan operasi dengan cukup sehingga akhir bulan adalah lebih kurang 5.7 juta liter.

Pihak PNK juga menghadapi masalah kekurangan kuota minyak apabila berlaku perpindahan bot nelayan berdaftar dari luar daerah yang menggunakan kuota minyak Kuantan terlebih dahulu, namun proses pemindahan semula kuota dari luar bagi menampung semula kuota yang telah digunakan ini lambat diuruskan menyebabkan kekurangan minyak bagi bot-bot yang sedia ada untuk ke laut.

Lebih kurang 30 buah bot terdampar menunggu giliran untuk mengisi minyak yang tidak mencukupi.

Oleh yang demikian, saya akan berusaha untuk menyuarakan isu ini di Parlimen kelak, selain mendapatkan penjelasan dari Menteri dan akan membantu dalam memastikan pengurusan pihak berkenaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berjalan dengan efisyen dan sistematik agar produktiviti kerja yang terbaik dapat dihasilkan. Disamping, keperluan rakyat yang lebih utama dapat dipenuhi.

October 7, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. YB,

    Saya rasa YB patut mengadakan kelas tunjuk ajar kepada wakil rakyat PKR yg lain ,bagaimana cara nak buat kerja,walau pun kita bukan kerajaan yg memerentah.Saya rasa ramai YB PKR yg tak tahu buat kerja dan tak berusaha utk berkerja,maklumlah ramai diantara mereka menang kerana nasib saja dan kerana kerja kuat Anwar.Ada yg tak mimpi pun nak jadi YB,apatah lagi exco ,TKM dan MB.

    any,

    Ahli PKR sekarang asyik berangan tunggu durian runtuh kalau Anwar berjaya bentuk kerajaan.Nasib Anwar di mahkamah tu mereka tak kesah,begitu juga nasib RPK yg telah banyak membantu dimahkamah S.Alam PKR.Hari ini saya ke mahkamah,pun lengang juga,walau pun ada paparan di blog Anwar supaya beramai-ramai ke mahkamah utk beri sokongan.

    Comment by Syitah | October 8, 2008

  2. Syitah,
    Saya perhatikan, kebanyakkan YB PKR ni tangkap muat je sebab tu kerja mereka tak berapa bagus….asyik gaduh, asyik kutuk org dsb……lama-lama org pon makin bosan jugak…

    Comment by any | October 9, 2008

  3. a’kum,cik Fauziah,
    berapakah persatuan nelayan kawasan yang menjalankan peruncitan E-diesel tanpa bekerjasama dengan syarikat swasta? sepatutnya pihak krajaan membantu PNK untuk mengendalikan peruncitan diesel bersubsidi sendiri sebab PNK dimiliki oleh nelayan, bukannya syarikat swasta yang dimiliki orang-orang tertentu.Harap dapat memberi pandangan.

    Comment by arnaib hamsah | July 12, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: