Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Tokoh-tokoh Parti Gerakan yang telah hilang kepercayaan kepada Gerakan & Barisan Nasional(updated)


Seramai 20 orang tokoh kepimpinan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat tengahari tadi. Di antara mereka ialah Pengerusi Tetap, Ketua Penerangan(Gan Kok Keng), dan AJK Perhubungan Wilayah Persekutuan. Penyertaan mereka telah berlangsung di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square.

Sebelum ini, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, yang juga bekas Ahli Parlimen Segambut, telah menjadi ahli KeADILan secara rasmi pada 6 September 2008 lalu. Beliau telah digantung keadliannya dalam parti Gerakan selama dua bulan kerana menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat lewat Mei 2008 lalu. Beliau kini adalah pengerusi bersama mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah di negeri Selangor.

Dr Tan Kee Kwong ialah anak kepada pengasas Parti Gerakan, Dr Tan Chee Koon.   Dr Tan Kee Kwong telah menyatakan bahwa beliau meninggalkan parti kerana melihat tiada apa-apa perubahan selepas berlakunya tsunami politik pada pilihanraya ke-12 lalu.   “Sampai satu tahap saya rasa bukan sukar tapi mustahil untuk mengubah Barisan Nasional(BN).”

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula telah menyebut, “Kita tidak menutup sebarang kemungkinan…(termasuk) meninggalkan BN.” Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvensyen tahunan Gerakan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur siang tadi.

Beliau menjelaskan bahawa didapati sentimen 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan BN.   Keputusan akhir, menurut beliau, adalah bergantung kepada  situasi politik semasa dan keputusan itu haruslah mengambil kira pelbagai faktor penting dan bukan hanya sentimen.

September 28, 2008 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. ass ,ini sachroni dari warga kota serang.tanya pahrawan indonesia yang gugur pada tahun 1954 siapa dan di mana tempatnya.karau tahu email saya di sachronironi@yahoo.co.id.wassalam

    Comment by sachroni | September 28, 2008

  2. YB Fauziah,

    Saya sangat berharap perkara begini terjadi,dikalangan ahli dan pemimpin Umno.Kalau boleh saya mahu melihat satu demi satu cawangan Umno runtuh dan mereka berhijrah kedalam PKR atau mungkin juga kedalam PAS.Inilah cara nya utk kita membantu DSAI,dlm usaha beliau membentuk kerajaan PR.Tapi sayangnya pihak PKR kurang berusaha utk ini,kerana mereka lebih suka bertanya mengenai bilakah kerjaan akan bertukar,dari memainkan jarum mereka utk menarik akar umbi Umno.Usaha mencari ahli oleh PKR sekarang dengarnya sudah kendur.Di Pahang tu,rasanya Dato Fauzi boleh memainkan peranan besar dalam mempengaruhi org Umno,tapi dia di biarkan begitu ,terkial-kial sendirian,saja kerana ada gulungan yg takut dia akan jauh kedepan.Harap YB boleh membantu dlm soal ini.

    Comment by Syitah | September 28, 2008

  3. Terima Kasih diatas pandangan Sdri Syitah.
    Ada kebenaran diatas apa yang dikatakan sdri.

    Saya akui pengalaman yang dimiliki Dato Fauzi dan juga sentiasa berbincang dengan beliau tentang peranan yang boleh dimainkan olehnya untuk Kuantan dan seterusnya untuk Pahang.

    Malah pada hari ahad semalam, Dato Fauzi ada membantu saya menganjurkan majlis berbuka puasa dengan orang-orang UMNO yang akan masuk PKR di bahagian Kuantan. InsyaAllah selepas Raya nanti akan diadakan acara kemasukan kedalam parti dan penyerahan borang keahlian beramai-ramai.

    Semoga lebih semarak lagi momentum kemasukan ahli-ahli UMNO kedalam PKR selepas itu,…

    Hjh Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | September 29, 2008

  4. Alhamdullillah,YB.Saya lihat YB sentiasa kedepan berbanding dgn yg lain-lain.

    Comment by Syitah | September 30, 2008

  5. selamat hari raya aidilfitri…maaf zahir & batin…

    Comment by elnino | September 30, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: