Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Komen Blog

Salam dan Selamat Sejahtera
Pembaca Blog yang budiman,
Terima Kasih diatas segala input yang diberikan disini, yang rata-rata diberikan secara ikhlas, samada ianya positif dan konstruktif,  mahupun input negatif yang bertujuan membina. Saya hargai kesemuanya! Bukankah kita semua dalam proses memperbaiki diri, dan saya tidak terkecuali sama sekali. Saya dengan rendah hati iktiraf bahawa saya sentiasa memerlukan kritikan konstruktif untuk terus maju melaksanakan tugas saya dengan terbaik.
Kebelakangan ini saya lihat blog ini menjadi tumpuan ‘cybertroopers’ BN.
Tentu sekali ada sebabnya perkara ini berlaku. Setahu saya, dan juga melalui pengalaman saya, ‘cybertroopers’ BN hanya akan menganggu pemimpin Pakatan Rakyat apabila kami  menganggu atau menggugat hidup mereka dalam BN.
Dalam hal ini, saya perhatikan bahawa perhatian terhadap blog ini banyak diberikan oleh ‘cybertroopers’ sejak kebelakangan ini.
Oleh kerana saya lihat komen-komen ‘cybertroopers’ tidak termasuk dalam kategori input positif, mahupun input negatif membina,  Saya anggap tumpuan yang diberikan ini walaupun kekadang seperti nyamuk yang menganggu kehidupan, ianya masih sebagai satu penghormatan. Ia bermaksud bahawa, saya telah menganggu gugat hidup teman-teman dalam BN. Aktiviti saya akhir-akhir ini tentu sekali telah membuat hidup mereka sengsara. Sebab itulah saya di ‘attack‘ di sini.
Sekiranya benar sangkaan saya ini, kita akan  dapati ‘cybertroopers’ BN akan memperhebatkan lagi gangguan mereka di sini selepas ini. Sekiranya saya silap, maka aman lah hidup pembaca blog saya yang lain-lain yang mahu dapatkan perbincangan konstruktif  di blog ini.
Apapun, saya harap pembaca yang lain terus memberi input yang konstruktif.
Saya sentiasa memperingatkan diri saya tentang tanggungjawab dan pertanggungjawaban dan sentiasa mengalu-alukan teguran ikhlas… Semoga Allah redha segala usaha kita, dan memaafkan mereka-mereka yang terdapat titik hitam dihati-hati mereka.
Allahua’lam
Wassalam
Hjh Fuziah Salleh

September 25, 2008 - Posted by | Politics

20 Comments »

  1. Fuziah Salleh, biasalah blog dalam dunia bloggo. Cekalkan hati kekalkan pendiri. Teruskan usaha, kami tetap bersamamu…

    InsyaAllah, jap lagi satu bagi ayat baguih punya…

    Comment by Zubli Zainordin | September 25, 2008

  2. Panas lagi…

    Indeks Persepsi Korupsi – Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
    Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 05:43:31 MYT oleh greenboc

    Komentar Oleh zublizainordin


    Ada hal yang penting, dan bila dikatakan orang, maka semakin mahu digalakkan supaya lebih ramai mengetahuinya.

    Ada juga hal yang tidak penting, dan mulut tempayan sememangnya boleh ditutup, tetapi tidak mulut orang, maka perlukah kata orang ini dipedulikan?

    Pun ada hal yang tidak benar, dan orang pun berkata perihalnya, maka bila dipedulikan justru dilangsungkan dengan adanya orang yang membuat laporan polis, atau saman sampai ke mahkamah, demi menegakkan kebenaran, dan membersihkan nama.

    Namun, bagaimana pula berkenaan…(isi tempat kosong)

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16624

    Semoga memanfaatkan Fuziah Salleh dalam mendepani pelbagai para komentor.

    Comment by Zubli Zainordin | September 25, 2008

  3. Marilah kita lihat Inilah Pemimpin Dipanggil pemimpin Rakyat

    http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-inilah-pemimpin-rakyat-lim.html

    Comment by Go!Malaysian... | September 25, 2008

  4. betul atau tidak hanyalah sangkaan.banyak blog pemimpin PA termasuk YB sendiri menjadi mangsa akibat drpd PA.Namun kita tidak mampu untuk terus menghentikannya.Anggaplah ianya gurauan kecil sahaja.

    Comment by jamal_ubaidillah | September 25, 2008

  5. betul atau tidak hanyalah sangkaan.banyak blog pemimpin PA termasuk YB sendiri menjadi mangsa.Namun kita tidak mampu untuk terus menghentikannya.Anggaplah ianya gurauan kecil sahaja.

    Comment by jamal_ubaidillah | September 25, 2008

  6. Salaam YB.

    Alaa.. YB biasala..

    lu cilok wa.. wa cilok lu..

    tapi tak semuanya dari BN ye YB..

    kirim salam 916 kat DSAI. Nombor tu cantik betul, ada ong.

    Comment by Cybertrooper tersebut | September 25, 2008

  7. Yb jgn ambik endah ttg itu smua…
    majukan kuantan..
    saya org kuantan ttp diblkg yB,hanya org kuantan tau apa yg YB buat!!!!

    Comment by wan | September 25, 2008

  8. Salam YB,

    Hanya ingin mendapatkan kepastian dari YB, adakah fatwa baru mengenai “sedekah seks” dari PR ni telah mendapat kelulusan dari ulamak-ulamak PAS?

    Pemimpin agama selar kenyataan Zul Hassan

    PUTRAJAYA 24 Sept. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

    Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

    Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

    “Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

    “Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

    Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

    Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.

    “Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah),” katanya.

    Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

    “Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam,” katanya.

    Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

    “Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.

    “Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya,” katanya.

    Comment by matbank | September 25, 2008

  9. Kamu semua jangan percaya dgn ahli politik. Ada joke kata ‘ahli politik hanya berkata benar apabila mengatakan antara satu sama lain sebagai penipu’.

    Kamu tengok anak bini pemimpin PR…serabut macam anak bini pemimpin BN juga…tak tutup aurat dsbnya. Pokoknya, sama aje. Lihat sendiri, jangan terima apa yg saya kata ni bulat-bulat.

    Saya tidak percaya pemimpin politik, kuat bohong. Mungkin nik aziz saja kot yang boleh dipercayai. Yg lain, mengarut. Tak mahu mengaku pun tidak apa, terima dlm hati aje.

    Comment by kjsaljkdkjl | September 25, 2008

  10. Saya ni bkn cybertrooper atau apa-apa. Tapi saya meluat tengok org politik, baik BN atau PR. Semua sama aje…kuat menipu. Cakap tak serupa bikin. Sebab tu saya malas nak gi ngundi. Ahli politik cari makan. Bukan semua alim pun. Tutup aurat pun main-main aje. Pakai tudung ala kadar. Salam lelaki perempuan selamba aje. Pergaulan bebas lelaki perempuan mcm jadi adat org politik. Sama aje, baik BN mahupun PR. Saya boleh senaraikan di sini bini-bini pemimpin PR yang tak pakai tudung pun. Suruh dia org tu pakai tudung dulu sebelum nak jadi pemimpin. Yg bini pemimpin BN, lagilah ramai. Tapi saya tak brp peduli sanagt sbb dah faham BN bukan parti org alim. PR kononya parti org alim.

    Comment by kjsaljkdkjl | September 25, 2008

  11. Assalamualaikum,

    Dalam Islam semuanya cantik dan indah. Ini termasuklah politik dan pemerintahan serta pengurusan.

    jika kita katakan politik itu kotor, orang politik itu kotor, ya saya katakan umno sahaja yang engakuinya. Pemimpin umno dan pegikutnya sahaja yang mengatakan begitu. ini kerana sikap mereka yang suka mengambil kesempatan, menipu, merompak, merogol, membunuh dan mengugut masyarakat menjadi darah daging mereka.

    Dalam islam politik itu bersih, dalam umno sahaja yang kotor.

    P/s: hoi geng umno…. ada paham ka cakap bahasa melayu?

    Comment by Mak kjsaljkdkjl | September 26, 2008

  12. bagi saya,
    jika masih masukkan terma ‘cybertroopers’ BN seperti diatas maka kenyataan dibawah adalah ditafsirkan sebagai ‘blog promotional language’.

    Terima Kasih diatas segala input yang diberikan disini, yang rata-rata diberikan secara ikhlas, samada ianya positif dan konstruktif, mahupun input negatif yang bertujuan membina. Saya hargai kesemuanya! Bukankah kita semua dalam proses memperbaiki diri, dan saya tidak terkecuali sama sekali. Saya dengan rendah hati iktiraf bahawa saya sentiasa memerlukan kritikan konstruktif untuk terus maju melaksanakan tugas saya dengan terbaik.

    semoga kerja-kerja memperbaiki diri berterusan..

    Comment by mustaffa ali ibrahim | September 26, 2008

  13. Salam Y.b

    Walaupun saya “mengaku” cybertrooper saya hanya attack bila adanya kekurangan dan kelemahan di pihak lawan. Saya tak rasa sebagai seorang UMNO pun. (saya punya type kumpulan gerila, macam mujahidin kat Afghanistan tu)

    Kalau banyak sangat buat benda karut, dah tentulah kena attack. Kalau taknak kena attack cuba buat kerja baik2. Jangan menipu rakyat.

    Saya taklah menyalahkan Y.B 100%, dlm PKR tu Y.B antara yg ok juga lah. Kalau “sedekah” tu saya percaya Y.B sedekah yg hakiki dari sisi syarak. Yang PKR lain tu yg karut termasuklah bos besar Y.B. Y.B pun terikut2 rentak bos tu sampai Y.B pun terlibat dalam penipuan.

    Saya fikir Y.B kena tegur bos Y.B tu kalau dia nak buat benda2 karut ni. Jangan taksub sangat sampai tiada yang lain di hati Y.B kecuali DSAI. Semuanya DSAI, segala pengharapan jatuh kepada DSAI. Nak akhir2 ramadhan marilah kita bersihkan hati kita daripada unsur2 syirik dan tawakal kepada makhluk. Nak reform pun buat la cara baik dan sepatutnya.

    Wallahua’lam

    Comment by Gerila Malaya | September 26, 2008

  14. Saya ingin tegaskan bahawa saya TIDAK pernah kata politik itu kotor. Dlm Islam ada politik, tapi bukan politik spt yg diamalkan oleh BN dan PR sekarang. Harap dapat bezakan dan mengerti maksud sebenar saya. Saya TIDAK pernah mengatakan Islam memisahkan politik dan agama. Politik termaktub dlm agama. Apa yg saya benci ialah politik yg diamalkan oleh BN dan PR di malaysia hari ini. Saling mengata, saling menuduh. Akhirnya, terbukti sama-sama mengarut. Tidak percaya, cuba lihat pemimpin PR. Brp ramai bini mereka yg tidak pakai tudung pun! Pada saya, pakai tudung (tutup aurat) adalah perkara BASIC dlm Islam. Logiknya, jika perkara basic (suruh bini pakai tudung) pun tak tak boleh buat, macamana nak jadi role model kpd rakyat? Lihat anak-anak gadis pemimpin PR, brp ramai yg tidak tutup aurat dgn sempurna? Jangan terima provakasi saya ini bulat-bulat. Pergi tengok dan selidik sama ada apa yg saya kata ni benar atau dusta. Saya tidak brp kenal anak-anak YB Fuziah…tapi teringin nak tengok akhlak anak-anak gadis YB Fuziah. Macaman agaknya? Kalau sempurna tutup auratnya, alhamdulillah. Jika sebaliknya, nasihat saya kpd YB Fuziah…betulkan rumah tangga sendiri dulu sebelum nak jadi role model kpd org lain. Yg pemimpin bn tu, faham-fahamlah. Memang kita tak boleh jadikan mereka sebagai role model pun. Isunya, pemimpin PR pun 2X5 saja. Apa nak jadi?

    Tulisan saya agak pedas. Tapi fahamilah bhw tujuan sya baik….supaya PR tidak dikatakan ‘cakap tak serupa bikin’. BBukan senang nak jadi pemimpin! Maaf guna bahasa kasar (saya sedar). Tapi doktor suka beri ubat yg pahit.

    Comment by kjsaljkdkjl | September 26, 2008

  15. kjsaljkdkjl,

    Ahamdulillah jika saudara ingin tahu tentang peribadi dan akhlak anak anak gadis YB Fuziah. Saya rasa sebagai org luar biarlah saya yang menjawab bagi pihak YB. Kalau YB sendiri yang jawab nanti saudara dan lain2 akan kata YB ni masuk lift tekan button sendiri!

    Anak perempuan YB ada 4 org, 2 dah berkahwin dan dan ada anak pun, dah bercucu YB kita ni.
    2 lagi masih bersekolah, seorang menengah dan seorang sekolah rendah. Untuk pengetahuan saudara yang sekolah rendah ni pun dah bertudung sejak tadika lagi, bukan di sekolah tadika saja tapi dimana mana pun. jadiknya tak payah lah saya nak cerita lagi pasal yang kakak kakaknya especially yang dah kahwin tu.

    Alhamdulillah mereka dijodohkan dengan pemuda pemuda yang nampaknya mencintai masjid. Kalau setakat nak buat terawih 20 rakaat insyaallah menantu menantu dia yang dua org ni je boleh settlekan, dari tugas tugas imam dan bilal hingga selesai. So saya berharap saudara sedikit sebanyak dah tahu dan marilah kita sentiasa bersangka baik sesama makhluk Allah swt.
    Saudara boleh tengok gambar2 dalam galeri YB kan?

    Comment by UcuZalley | September 26, 2008

  16. setuju dgn uzuzalley,

    saya cukup megenali anak2 beliau.. alhamdulillah semua bagus2. yang perempuan semua bertudung, yang lelaki baik2 semuanya.. takat nakal2 skit tuh biasalah.. mcm korang baik sgt.. haha..

    peribadi yb plak ok.. dulu selalu tumpang tidur dirumah beliau.. mcm keluarga2 yg lain, saling hormat menghormati..

    Comment by kwn anak yb | September 26, 2008

  17. Alhamdulillah jika ianya benar (mengenai keluarga yb fuziah). Saya mahu beginilah. Tapi ramai lagi yb PR yang berserabut. Beli kereta pinjam cara konvensional. Beli insuran pun konvensional. Sedangkan riba dan insuran konvensional tu jelas haram. Tolong tegur yb-yb PR tu. Mereka ada tanggungjawab besar untuk menjadi role model kpd rakyat. Jangan jadi ayam berkokok tapi ekor penuh tahi. Ini yg saya tak mahu. Saya mahu pemimpin mcm nik aziz. Solat jemaah di masjid tak tinggal. Hidup sederhana. Muka sentiasa jernih. Saya tak mahu pemimpin PR muka garang dan sombong.

    Saya lihat, di terengganu, org umno pun kuat solat jemaah di masjid. Kadang-kadang org pkr dan pas pun tak mampu buat. Lihat dari segi peribadi, walaupun mereka umno, akhlaknya baik. Jika saya jadi pengundi di t’nu, mungkin saya tertarik dgn peribadi org umno. Mufti Ps kata, nak undi tgk peribadi calon, bukan tengok parti.

    Comment by kjsaljkdkjl | September 26, 2008

  18. Hello! BN cybertroopers!!

    Are you still there? Sejak berita Pak Lah dan konco2nya ‘dipaksa dalam rela’ untuk di menopause kan karier politik mereka, macam senyap pulak komen2 dari you all, walaupun those comments are not more than just a rubbish, but I really miss it all!

    Why bro?? Takut tak da payment ke? Why? Najib don’t want to pay all of you ke? Or maybe ‘Big Mama’ Rosmah don’t approved the budget!

    Hello……!!!

    Comment by UcuZalley | September 27, 2008

  19. Wassalam Sdr Gerila Malaya,
    Terima Kasih di atas teguran kepada saya dan tentang bos saya.
    Kami dalam KeADILan sentiasa amalkan musyawarah dan tegur menegur secara terbuka. Parti KeADILan wujud dan telah membentuk budaya dalaman Parti semenjak DSAI didalam penjara lagi.
    Walaupun wadah ini ada kelemahan, dan saya juga tidak nafikan tentang hal tersebut, namun saya yakin bahawa peranan saya amat penting dalam menjaga penjuru Islam dan kepentingannya didalam Parti dan melalui wadah Parti.

    DSAI sendiri pernah berkata bahawa berapa lama dia dalam UMNO, dia tidak pernah jumpa keadaan dimana pemimpin sedia menegur dan di tegur seperti dalam PKR.

    Namun DSAI juga manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan. Apabila ianya berlaku, beliau juga kami tegur secara berhemah dan hormat. Yang penting bagi saya, bahawa prinsip kebenaran dan keadilan yang di ajar oleh Islam jangan sekali-kali di gadaikan. DSAI akur juga hal ini. Sdr sendiri boleh tanya beliau bagaimana kami pemimpin sentiasa menegur@bermusyawarah dengan beliau sekiranya sdr berpeluang nanti.

    Sempena akhir Ramadhan dan menjelang syawal marilah kita sama-sama gandingkan usaha demi kepentingan agama dan bangsa

    Terima Kasih
    Hjh Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | September 28, 2008

  20. pada YB saya harap PKR dapat memperbaiki dan mempertingkatkan semua pemimpin PKR supaya menjadi parti yang dicontohi dan disegani mulai sekarang.

    Comment by smy | September 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: