Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Menggalas beban hidup yang tiada kelihatan akhirnya

oleh Rozaini M R

Krew Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan siang tadi – Baini, Hasanin, Kak Dah – melaksanakan rutin mereka bertanya khabar penghuni dalam kawasan Parlimen Kuantan.
Photobucket

Bulan ini Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan (PKKK) dilimpahi rezki yang memungkinkan mereka yang kurang bernasib baik menerima sumbangan dari para pemberi zakat dan sadaqah yang diagihkan kepada penduduk kawasan yang memerlukan.

Airmata ciptaan Tuhan itu kadangkala mudah mengalir.   Mujurlah airmata itu dicipta… ia mampu meredakan walau sebentar bebanan yang ditanggung.   Adakalanya Krew PKKK berkongsi perasaan sedemikian apabila menziarahi penghuni-penghuni kediaman yang amat menyedihkan – ditimpa pula musibah yang lain-lain.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Keadaan kediaman mereka:
Photobucket Photobucket

Bungkusan mee ini ditemui di tepi tangga sebuah rumah yang telah dilawati.
Begitulah kehidupan sebahagian kita di Kuantan yang
Photobucket mengutip makanan di pasar-pasar borong dan membawa pulang apa yang tidak lagi dikehendaki oleh sesiapa.

Bagi dermawan yang ingin menyumbang dalam apa jua bentuk bagi membantu Rakyat yang memerlukan, sila hubungi PKKK: Pn Baini 09-5137970

September 25, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments

Contempt of Court:MB Pahang akan ke Mahkamah

Malam tadi saya mendapat panggilan dari Tuan Syed Ali, pemilik sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Dia memaklumkan bahawa dia telah mendapatlan perintah mahkamah untuk membawa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob ke mahkamah pada 14 Oktober 2008, di atas ‘contempt of court’, keengganan membayar RM60 juta.

Tahniah kepada Syed Ali! Semoga hak rakyat terus terbeladan sekali lagi amaran saya kepada Menteri Besar, JANGAN SENTUH WANG RAKYAT di dalam penyelesaian masalah kepincangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan UMNO-BN.

September 25, 2008 Posted by | Politics | 12 Comments

Komen Blog

Salam dan Selamat Sejahtera
Pembaca Blog yang budiman,
Terima Kasih diatas segala input yang diberikan disini, yang rata-rata diberikan secara ikhlas, samada ianya positif dan konstruktif,  mahupun input negatif yang bertujuan membina. Saya hargai kesemuanya! Bukankah kita semua dalam proses memperbaiki diri, dan saya tidak terkecuali sama sekali. Saya dengan rendah hati iktiraf bahawa saya sentiasa memerlukan kritikan konstruktif untuk terus maju melaksanakan tugas saya dengan terbaik.
Kebelakangan ini saya lihat blog ini menjadi tumpuan ‘cybertroopers’ BN.
Tentu sekali ada sebabnya perkara ini berlaku. Setahu saya, dan juga melalui pengalaman saya, ‘cybertroopers’ BN hanya akan menganggu pemimpin Pakatan Rakyat apabila kami  menganggu atau menggugat hidup mereka dalam BN.
Dalam hal ini, saya perhatikan bahawa perhatian terhadap blog ini banyak diberikan oleh ‘cybertroopers’ sejak kebelakangan ini.
Oleh kerana saya lihat komen-komen ‘cybertroopers’ tidak termasuk dalam kategori input positif, mahupun input negatif membina,  Saya anggap tumpuan yang diberikan ini walaupun kekadang seperti nyamuk yang menganggu kehidupan, ianya masih sebagai satu penghormatan. Ia bermaksud bahawa, saya telah menganggu gugat hidup teman-teman dalam BN. Aktiviti saya akhir-akhir ini tentu sekali telah membuat hidup mereka sengsara. Sebab itulah saya di ‘attack‘ di sini.
Sekiranya benar sangkaan saya ini, kita akan  dapati ‘cybertroopers’ BN akan memperhebatkan lagi gangguan mereka di sini selepas ini. Sekiranya saya silap, maka aman lah hidup pembaca blog saya yang lain-lain yang mahu dapatkan perbincangan konstruktif  di blog ini.
Apapun, saya harap pembaca yang lain terus memberi input yang konstruktif.
Saya sentiasa memperingatkan diri saya tentang tanggungjawab dan pertanggungjawaban dan sentiasa mengalu-alukan teguran ikhlas… Semoga Allah redha segala usaha kita, dan memaafkan mereka-mereka yang terdapat titik hitam dihati-hati mereka.
Allahua’lam
Wassalam
Hjh Fuziah Salleh

September 25, 2008 Posted by | Politics | 20 Comments