Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.  Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri – di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

On Tuesday I met with Pakatan Rakyat leadership from PAS in Kota Bharu, Kelantan and from DAP in Kuala Lumpur. Kelantan Mentri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS President Hajji Hadi Awang reaffirmed their commitment to the spirit and the goals of the coalition and Penang Chief Minister Lim Guan Eng expressed his satisfaction in the progress being made to strengthen and broaden the consensus among the Pakatan Rakyat parties and supporters from BN.

We also discussed the next steps that Pakatan Rakyat should take towards forming a government that reflects the support of the majority of Members of Parliament. Prime Minister Abdullah Badawi’s failure to accede to our request for an emergency session of Parliament represents another attempt by the UMNO-led BN government to sabotage and scuttle the democratic process.

Nevertheless I along with my colleagues in Pakatan remain confident that the people’s desire for change shall soon be attained.  We will proceed cautiously towards our goals and we agreed neither to be provoked into hasty action nor to take an irresponsible approach that would lead to instability and greater uncertainty in country.  I am not aware of any negotiations taking place between Pakatan Rakyat and the Prime Minister—statements made yesterday suggesting that a line of communication was open were misinformed.

There is a crisis of confidence in the current leadership of the nation at a time when the Malaysian people are demanding solutions for the highest increases in prices in two decades, increasing joblessness and the dramatic decline in investor confidence.

While the newly appointed Finance Minister boasts that the country is in sound economic standing, the facts tell a different story.  In 2008 already over RM 125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law.

These basic reforms are cornerstones of Pakatan Rakyat’s vision to revive the economy, to create more growth and good jobs for Malaysian people, to attract foreign investment, and to ensure adherence to constitutional guarantees including the position of Islam as the religion of the federation, the freedom to practice other religions, Bahasa Melayu as the national language and the freedom to practice mother tongue languages, and the status of the Malay kings and the special position of the Malays and bumiputera.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader
De-facto leader, Keadilan

September 24, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Fauzi,

    1 – Ada duit, beli tiket, cop passport, naik pesawat terbang ajelah ke Taiwan!

    2 – Nak jumpa PM, Pak Lah dan konco-konconya yang dah nak menopause karier politiknya tu akan guna beratus alasan, beribu tepisan, beratus ribu sebab musabab dan berjuta helah supaya perjumpaan itu gagal diadakan.

    Anta ada paham ka itu perbezaan no 1 sama no 2? kalau tak dak paham, angkat satu besarrrr punya batu, kasi hantuk…. hantuk…. hantuk la anta punya kepala!!

    Rakyat sudah bosan dengan DSAI???

    Anta ada dengar tadi malam punya berita ka?? Itu UMNO punya MT pun sudah mahu itu Pak Lah turun cepatla…. sendiri punya orang pun sudah tak mau la…. Org nombor 2 sudah main kayu tiga la…. orang no 3 dari Johor pun sudah aim itu tempat no 2 la… Masyaallah….. sekaran rakyat tak mau siapa la…… siapa la…… siapa la…..
    Anta mahu tunggu Ahmad Albab jadik PM ka….?

    Comment by UcuZalley | September 26, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: