Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Peralihan kuasa tetap akan berlaku

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang 18 September 2008:

PETALING JAYA, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.
Photobucket

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.
Photobucket Photobucket

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.
Photobucket Photobucket Photobucket

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.
Photobucket

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Photobucket Photobucket Photobucket

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Today Pakatan Rakyat leaders have submitted a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency session of Parliament to deliberate a motion of censure against the leadership of YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi no later than Tuesday 23 September 2008.

This is in accordance with Order 11(3) of the Standing Orders of Parliament and warrants an immediate response given the gravity of today’s political impasse. A delay in his response would be interpreted as nothing short of a further sabotage of the democratic process and abuse of Executive Power.

The Prime Minister’s haggling on the syntax of our first letter is puerile at best. The intent of our meeting as described in that letter was clearly to discuss the future course of the nation’s leadership – though in deference to his position and in accordance with acceptable norms we remain considerate and polite in our approach.

I find the Prime Minister’s comment about me in his press conference yesterday to be reckless and irresponsible in light of the disastrous outcome of last Friday’s ISA raids.

He has conflated what is essentially an issue of democracy, freedom and the rule of law with national security. The use of the ISA to harass and detain duly elected political opponents is a grave transgression of the law and its continued use would further erode confidence in the current government and exacerbate political instability.

As the incumbent Prime Minister actively holding office and exercising all Executive powers, and as the outgoing Finance Minister, we hold him fully accountable for the current political turmoil and mismanagement of the nation’s economy. His accusation that I have had an adverse impact on the nation’s economy is entirely without basis.

I have met with the key fund managers in the region, representing over USD 1 trillion in assets, and on multiple occasions they were unanimously in support of comprehensive reforms in Malaysia including judicial independence, a free media, a more professional police force and anti-corruption agency, investor friendly laws and assurances on the non-interference of politicians in the governance of Bank Negara. These are policies Pakatan Rakyat has promised to implement– and initiatives that the current administration has done virtually nothing to advance since March 8th.

ANWAR IBRAHIM
Leader of Opposition
De-facto leader, Keadilan

September 19, 2008 - Posted by | Politics

14 Comments »

  1. iisssshhhh

    Gelopoh beno kamo semua ni. Orang duk sibuk duk hayati bulan semulia ini, pas tu nak menyambut AidilFitri hampa semua duk tak habis sibuk2..

    Dok ribut tak tentu pasal apake hal ni Fuziah.. Pi ler balik Kuantan, jahit baju2 raya kat suami anak… Ade masa lebih, jahit2 baju lebih, sedekah kat anak2 yatim…

    Dok pi sana sini heleh gok nak tunjuk sibuk sangat aper kan hal… dah 5bulan, organise ler priority mu sikit… Macam nak cabar Hilary Clinton dgn Tzipi Livni ajer kau ni?

    Selalu suluh muka kat cermin dek oooiii…

    Comment by croak croak | September 19, 2008

  2. Kata Ezam:
    Kegagalan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru seperti dirancang akan berlaku pada 16 September, membuktikan satu lagi sikap ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya taksub dengan kuasa.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur kerana kegagalan itu telah menunjukkan apa yang dikatakannya mengenai Anwar sebelum ini adalah benar.

    “Ketaksuban beliau untuk mengejar jawatan dan kuasa adalah sebab kenapa saya tinggalkan parti itu dan Anwar sebelum ini.

    “Ini adalah sikap yang jelas dilarang Rasulullah SAW. Saya bersyukur kerana hari ini terbukti saya benar dan sikap Anwar yang melampau itu semakin terserlah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    “Ini sudah menjadi satu penyakit seorang pemimpin yang akan merosakkan bangsa dan negara.

    “Ia akan berlaku seperti mana sejarah tamadun terdahulu. Sebab itu dalam Islam ada hadis yang jelas melarang seorang pemimpin terlalu taksub mengejar jawatan,” katanya.

    Rusulullah telah melarang kita dari mengejar kuasa, jika seseorang itu adalah orang Islam dan dia sayangkan Rasulnya dan agamanya maka dia tidak akan mengejar kuasa dan pangkat sebegini rupa. Adakah ahli-ahli PR yang beragama Islam sudah tidak sayangkan lagi agama dan Rasulullah S.A.W??
    Fikir-fikirkan lah…..

    Comment by matbank | September 19, 2008

  3. croakcroak,

    Elaun sebagai cybertroopers umno bulan ni tak dapat lagi ke? Kesian dah nak raya dah ni, jangan la sebab elaun kamu lambat kamu nak pi suruh YB Fuziah jahit baju suami dan anak2 pulak! Mu jangan risau YB Fuziah tak balik kuantan, org kuantan tau YB hampir tiap minggu ada kat kuantan ni.
    Cakap la kat KJ, suruh barua barua dia cepatkan sikit elaun cybertrooper umno semua ni, nak raya dah…..

    Comment by UcuZalley | September 19, 2008

  4. Dsai adalah pejuang rakyat. Kalau dia nak senang dah lama dah dia senang. Tapi dia kesian kat rakyat Malaysia yang susah dan merana di sebabkan ketamakan pemimpin2 UMNO dan BN

    Comment by alkulimi | September 19, 2008

  5. Matbank,

    Pujuk la ezam tu, kesian dia, kempunan nak jadik calon BN kat permatang pauh ari tu tak abis2 lagi! Org Umno sendiri pun tak nak kat dia, nasib la Pak Lah tu ikut cakap ‘menantu hantu’ dia si KJ tu ambik si Ezam ni masuk Umno.

    Dua minggu sebelum masuk umno dia hentam Pak Lah bagai nak rak, tup-tup masuk umno semula jilat pungkok Pak Lah & KJ. Peh!!!! Power duit org umno ni! Tapi takpa la, kesian gak kat ezam ni, nak carik makan punya pasal kena la buat apa saja ye tak?

    Comment by UcuZalley | September 19, 2008

  6. alkulimi kata:
    “Dsai adalah pejuang rakyat. Kalau dia nak senang dah lama dah dia senang. Tapi dia kesian kat rakyat Malaysia yang susah dan merana di sebabkan ketamakan pemimpin2 UMNO dan BN”

    Cuba kamu fikir, jika dahulu DSAI tak kena pecat dari umno, ada kah dia akan berusaha seperti sekarang untuk membantu rakyat atau dia pun akan seperti pemimpin-pemimpin umno yang lain jugak, kedarah duit rakyat pastu buat dekk saja.

    Comment by matbank | September 19, 2008

  7. UcuZally..
    Berita terkini
    Crew TV007 telah di maalumkan bahawa ada terdapat sambungan haram GasPipeline dibawah tanah sebuah rumah Bangalow diSegambut… Siasatan, didapati penghuni tersebut telah memasang pipe tersebut bagi keperluan harian penghuni rumah tersebut…

    Kegiatan ini terbongkar apabila orang ramai terhidu bau busuk siang dan malam…Siasatan dapati ader sambungan haram yang telah dipasang, dan oleh kerana sudah 21tahun lalu, mengakibatkan pipe jadi karat, sebab sebabnya berlakunya kebocoran.

    Sejak berita ini tersiar, orang ramai berduyun2 membawa tong gas masak serta kenderaan2 yang menguna gas, untuk mendapat gas percuma dari kebocoran tersebut…

    Apa lagi… musim perayaan nak tiba, nak kacau dodol memerlukan gas lama…

    Berita TV007

    Comment by croak croak | September 19, 2008

  8. Sesuka hati je Anwar ni nak ugut-ugut Pak lah. Beliau tidak boleh mendesak sehingga sampai ke tahap itu. Beliau kena ingat Pak Lah juga masih Perdana Menteri dan ada hak untuk menolak atau menerima. Sekiranya Pak Lah tolak, ia harus diterima. Jangan buat kecoh je…

    Comment by Jeffripower | September 19, 2008

  9. Putra kencana menghambur kata indah di telinga. Menambah pahala mengelak neraka. Sudah rasakan bahana penyalahgunaan kuasa dan menyia-nyiakan kesempatan untuk berjasa?
    Alhamdulillah anda semua sudah terpeka dan sudah terjaga. Harap tidak lagi lena.

    Comment by thanaif | September 19, 2008

  10. putra_kenchana
    Bulan puasa ni, doksah dok marah2 kat orang

    Kebocoran gas masih tak dapat dikawal…. Pakar archeologist baru beritahu crew TV007, hasil takungan gas2 itu sekian lama, depa discover tercedus product PATI SANTAN pla

    Haaaa, apa lagi, gas free, SANTAN pun free… ayuh kita mulakan manisan dodol banyak2 untuk dipek dan jual kat pesta perhimpunan yang akan datang 923ni… (takleh tunggu sat ker, buat lepas Raya)…

    Sambil berpesta, kita menari dan menyanyi A GO GO…. Tapi janji, golek2 jangan sampai terlondeh seluaq…

    Comment by croak croak | September 19, 2008

  11. Dr. Mujahid Yusoff Rawa kata:
    “Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yang diperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.”

    Demokratik kah PR jika cuba menindakkan kehendak rakyat terbanyak yang telah memilih BN sebagai pemerintah kerajaan Malaysia yang sah?? Demokratik kah jika cuba melakukan rampasan kuasa dari kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang bebas???

    Comment by matbank | September 20, 2008

  12. Ada lagi orang yang dibuai mimpi…. sepatutnya…
    Demokratik kah UMNO jika cuba menidakkan kehendak rakyat yang telah memilih PKR sebagai bakal pemerintah kerajaan Malaysia yang sah?? Tiada percubaan merampas kuasa tapi pemimpin tertinggi UMNO yang takut untuk bersemuka bagi mengetahui siapa MP UMNO yang telah berani melompat. Takut PKR dah cukup kerusi.

    Comment by usang | September 20, 2008

  13. RENUNGKANLAH DIHARI-HARI TERAKHIR SEBELUM BERAKHIRNYA RAMADHAN.

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

    Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

    Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

    Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

    Comment by usang | September 21, 2008

  14. PRU12 membuktikan BN yang telah dipilih oleh rakyat dan bukannya PKR. Pemimpin agung PKRlah yang cuba menidakkan kehendak rakyat terbanyak. diulang sekali lagi KEHENDAK RAKYAT TERBANYAK YANG TELAH MEMILIH BN sebagai pemerintah dan bukannya PKR. Pemimpin agung PKR cuba menipu dan menidakkan kehendak rakyat. Sejarah telah membuktikan, ini bukannya kali pertama pemimpin agung PKR bertindak sebegini.

    Comment by matbank | September 21, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: