MB Pahang, hentilah menggadai hak Rakyat(2)
Kerajaan Negeri Pahang
tak boleh guna wang Rakyat untuk bayar saman RM60 juta
Oleh: Rozaini binti Mohd Rosli
Kuantan, 17 September: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan defenden, Kerajaan Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang merayu terhadap keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka supaya membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sebanyak RM37,127,471.60 beserta faedah 8% setahun bermula 31 Disember 2000.
Hakim-Hakim yang telah mendengar kes rayuan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed. Mereka telah sebulat suara menolak rayuan defenden.
Kes Kerajaan Negeri Pahang & Pengarah Perhutanan Negeri Pahang vs Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini telah berlarutan sejak tahun 2000 lagi.
Seruan Gemilang Makmur telah menyaman kedua-dua defenden kerana mengingkari perjanjian konsensi balak; di mana syarikat tersebut telah tidak dibenarkan mengeluarkan balak daripada baki keluasan tanah balak yang dipersetujui.
Sebulan yang lalu, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah memfail perintah bayar, usul pemula terhadap pihak berkuasa negeri Pahang, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd juga akan memfail satu lagi usul pemula, menurut Section 33 Government Proceeding Act, terhadap Menteri Besar Pahang Dato’ Adnan. Usul itu disertai perintah mesti bayar di mana kegagalan membayar saman tersebut akan menatijahkan contempt of court; yang bermaksud bahawa pihak yang bersalah boleh dipenjarakan.
Kes kecuaian pentadbiran kerajaan negeri Pahang telah mengakibatkan kerugian lebih RM60 juta wang Rakyat, setelah diambilkira faedah. Jumlah ini akan terus meningkat sebanyak RM8300 setiap hari kerana faedah ke atas kelewatan membayar saman tersebut.
[Kelihatan dalam gambar, Syed Ali bertali leher, salah seorang pemilik saham dalam Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, dan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dalam Sidang Media 30 Julai,2008 lalu]
Rakyat tidak patut di hukum dengan menaggung rugi yang sedemikian besar kerana ketidakkompeten pentadbiran yang diketuai oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah menimbulkan isu tersebut dalam Kenyataan Media beliau pada 30 Julai, 2008 lalu (Kenyataan Media Fuziah Salleh dilampir). Tegas Fuziah Salleh, sekiranya saman tersebut perlu dibayar, hendaklah ia diambil dari harta dan khazanah seluruh EXCO kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.
————————————————————————————-
Kenyataan Media Fuziah Salleh pada 30 Julai, 2008:
MB PAHANG, HENTILAH MENGGADAI HAK RAKYAT
Kuantan, 30 Julai; Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Pahang dituntut membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dalam kes samannya terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Keputusan tersebut telah mengakibatkan kerugian itu ditanggung oleh Rakyat Pahang.
Justeru itu, satu perintah mahkamah untuk membayar saman tersebut sudah dikeluarkan. Perintah mahkamah yang dipohon adalah untuk mensita hakmilik kerajaan negeri.
Keadaan ini jelas merupakan hasil dari sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang di terajui oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob. Kalahnya kerajaan negeri Pahang dalam kes saman oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini juga mempamerkan bahawa pentadbiran negeri Pahang telah dilaksanakan dengan membelakangkan prinsip-prinsip good governance, ketelusan dan integriti.
Bagaimanakah pula kerajaan negeri Pahang akan membayar RM37,127,471.60 itu dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000; dengan hutang yang kini berjumlah RM1.72 bilion? (menurut akaun negeri berakhir Disember 2006 yang telah disahkan oleh audit Negara) Keadaan ini juga bermaksud bahawa jumlah wang tersebut itu terpaksa pula ditanggung oleh Rakyat jelata di negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras, membayar cukai, kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab ini.
Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan Negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya ia suatu kezaliman di pihak kerajaan terhadap seluruh Rakyat negeri Pahang.
Pentadbiran negeri Pahang telah berani menyanggahi amalan good governance serta mempamerkan sikap bahawa kerakusan dan kekuasaan politik Umno dan BN di pihak pemerintah boleh mengatasi segala kekuasaan yang lain, hatta undang-undang negara sekalipun.
Manakala ketirisan aset dan khazanah negeri yang berterusan menjadikan Pahang sebuah negeri yang hampir muflis walaupun kaya dengan berbagai sumber hasil.
Menteri Besar mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tingkahlaku menggadaikan hak rakyat oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri Pahang dari kemelut yang lebih parah, yang hanya akan merugikan rakyat.
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
memang tak patut kalau guna ongkos kita
Comment by lanwm | September 18, 2008
Ape ke bodoh sgt YB ni. Mana ada duit rakyat. Yg gi ikut YB BN ke Taiwan tu pakai duit mane? Duit Amerika? Duit Yahudi? Poorah!
Comment by Fauzi | September 18, 2008
yor ler Fauzi…
Report trip ker Taiwan berapa KATAK dijala belum dibuat, dah kalut kat BALAK pla…
Study loan cik fauziah dah abis jelaskan ker… nak kena cek akaun cik fauziah pla ni… isssshhhhh
Comment by croak croak | September 18, 2008
dan nak tau sikit nu…. cik fauziah ke hulu hilir ni pakai duit dari maner…. minyak mahal sekarang, berjimat ler sikit…
tak tentu arah kehulu kehilir, bulan bulan puasa ni guna ler duit tambang2 hotel ke Taiwan buat sedekah kat anak2 yatim lagi bagus…
Habak 916, dah tukak kan 923 pla niiii… Hampa semua shok sangatker kat tarikh 911 tu… Noh hai, pi kat Cuba, selamatkan depa yang 911 mangsa dulu… DEPA LEBIH LAMA terperosok kat Guatamelon…. Pi buat heboh kat sana…
Pi melalak dan selesaikan kes yang dah 7tahun dulu, balik, praktikan kan sini oooooiiii…
Kome kome semua dah confuse dengan REFORMASI kau orang, ramai dah ngeloh bah… Duk cari kerusi sana sini, tapi kerusi tak berkaki, buat aper ni cik ooooiiiii
Comment by croak croak | September 18, 2008
Fauzi and croak croak,
Dalam hal ni nampak sangat la yang super bahalolnya ialah awak dua orang, YB bercakap jangan gunakan duit negeri utk bayar saman mahkamah tu, dia nak pastikan supaya saman tu hendaklah diselesaikan dgn cara yang betul. Dahlah balak hilang, negeri tak dapat hasil, kena bayar lak saman lagi, ape ke menda urus tadbir macam ni? Tu yang awak dua org banggakan sangat tu? Kelabu asap betul…..
Nampak sangat hati awak berdua ni dah tertutup pada kebenaran, asal nak sokong BN tak kira lah walaupun duit yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, tapi buat bayar saman mahkamah diatas ‘kebangangan’ dan ‘kebengongan’ kerajaan mentadbir negeri sejak bertahun tahun dulu.
Inilah dia kerajaan BN, dah macam tu pun masih nak disokong lagi? Ke anda berdua pun dapat habuan sama duit balak yang keluar cara haram tu? Dah kenyang la tu ye? Tu yang dah tak pandai bercakap tu, cuma bunyi croak2….. jer…..!
Kalau YB berjalan kesana kemari, dia bayar duit petrol tu , dan kalau claim pun dari parlimen at least dia gunakan utk melawat rakyat, bukan gunakan untuk pergi main golf kesana kemari macam YB2 BN awak tu!
Dihari baik bulan baik ni, lepas2 terawih malam tu, bawak bawak lah sambung kat umah sembahyang istikharah dan sembahyang taubat pulak, moga Allah memberi rahmat dan kesedaran kepada anda berdua, AMIN!!!!
Comment by UcuZalley | September 18, 2008
UcuZalley,
Aku pun teringin nak berkaraoke kat Taiwan, nak rasa Chee Cheong Fan, bole bagi sikit duit tambang dan duit Hotel… Nak naik ROKET.
Tolong masukkan kat dalam akaun aku di Bank Sipilok OK…
Comment by croak croak | September 18, 2008
kak,
tidak ke kak menggadaikan hak anak-anak dan suami.
Comment by melayu-kampong | September 18, 2008
croak croak,
Anda memang menepati ciri ciri orang BN, nak enjoy pun mintak orang duit! Selalu orang BN ni kerja sikit nak duit, tak lama lagi bila BN dah tak memerintah dan tak ada duit, orang2 mcm kamu ni la yang akan kutuk BN habis habisan!! Ha… ha….ha…..
Comment by UcuZalley | September 18, 2008
UcuZalley
Apasal u ni… tak Keadilan ler… Fuziah pi Taiwan, hang tak kepoh pun..
Tak bagi takper bah… Aku naik ROKET free, berlepas dari Penang esok… Nak pi juga, nak rasa naik ROKET…
Balek nanti, duit hotel aku claim kat Ucu OK?
Comment by croak croak | September 18, 2008
Sewajarnya perbincangan lebih kepada memfokuskan isi yang menjadi isu dan kaedah untuk menyelesaikan isu yang menjadi masalah.
Bebanan hutang bermaksud kekurangan potensi dan daya kebolehan kerajaan menampung kebajikan dan memelihara keseimbangan kemajuan warga yang telah dizahirkan kekayaan dari pendapatan tanpa pengurusan beramanah yang wajar memfokuskan berpunca dari pendominasian dana korporat yang memiliki kepentingan rangkaian perdagangan yang dasar-dasarnya meningkatkan kos penyelenggaraan (konsep penyelamatan wajar juga dihalusi apakah sifat komersialnya akan memiskinkan warga/negara) lantaran sifat melindungi pelabur.
Bagaimanakah dinilaikan maksud kekayaan yang tidak sama jumlah penduduk di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain yang tidak sekata aktiviti ekonominya dan tidak sekata asas infrastukturnya?
Comment by thanaif | September 18, 2008
betul betul thanaif… sokong sokong
Kita fokus kat situ, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab…. ni depa pi duk jala KATAK kat Taiwan pla… duk pi jumpa bekas banduan disana pla..
iiissshhhhh
duk tunggu tunggu tunggu aper sebenar yang depa duk canang selama ini… duk duk, kejo depa dok main kat longkang ajer duk jala KATAK…
Apa ler pn Fauziah ni… malu kan kaum ajer…. be more effective ler… Duk kehulu kehilir… meeting sini sana, perhimpunan sini sana, bersidang segi aper pun dia nak sorong muka….
bawa ler pembangunan yang POSITIF sikit… Duk kalut nak jadi Menteri baru nak bawa pembangunan… tu kerja aku pun leh buat…
Comment by croak croak | September 19, 2008
BAHLOL! Bodoh sampai mati la ko!
Comment by BUB | September 19, 2008
BUB
Aduh…. nak bersahur ni, apasal ni pla? Orang bagi salam dulu, good morning ker, ni haw ma ker, wanderkum ker Ohaiyo gozaimas ker, Gutten Morgen ker… kan lebih manis,
kan kito ni dah nak jadi globalised sikit, kena ler civilised sikit.. REFORMASI MINDA!!!!
Comment by croak croak | September 19, 2008
Saya tidak bersama pembangkang tetapi bersama Pakatan Rakyat.
Comment by thanaif | September 19, 2008
croak croak,
Pandai lak pakai perkataan ‘civilised’ ye? But do you know the true meaning of civilised? Do you think you can be part of civilisation in this country? If you think you can (if you capable to think!) then be a smart malaysian and let us built this country to be a number one civilised country in this world!
Jangan dok cakap apa yang YB buat untuk rakyat, at least she do something for people, bukan macam hang cakap kosong macam tin milo kat tepi highway, kereta lalu pun hang nak bunyi dengung! Tapi hang sendiri pun tak tau apa yg hang cakap! Elaun cybertroopers umno dah dpt lum? raya dah ni!
Comment by UcuZalley | September 19, 2008
La hollywood buat apa, org mcm u ni sesuai kat BOLYWOOD la, cerita berbelit-belit! Tapi baguih la tu, nak tggu sini lama2 buat apa ye tak? Dah lah elaun cybertroopers lambat, silap2 tumbang kerajaan BN ni nanti, nak makan pun payah ye tak?
Pergi lah…..
engkau pergi…….
Pahlawan ku pembela BN ku……
Andai kau gugur ke bumi……
Tak de sape nak menangis di sisi…….
Comment by UcuZalley | September 19, 2008
UcuZalley
Berita terkini….
Terdapat perbalahan hebat rebutan pelakun terkenal CROAK BOND diantara Hooollywood dan Booollywood.
CROAK BOND, yang kononya di aur aur nak melompat, terpaksa sembunyi diri, takut satni, Hollywood pun taknak dia, Bollywood pun taknak dia…
Comment by croak croak | September 19, 2008
Kesian croak croak,
Umno bayor elaun cybertroopers ikut gaji hari ke gaji bulan? Oh…. saya rasa dia ikut berapa kali comment kot, sebab tu croak croak main hantar je comment2 yg langsung tak berkualiti ni, asalkan ada aje BN bayor.
Walaupun kerja ni tak berkat, tapi jujur la pada Umno, dia org bayor awak suruh tulis yg berilmiah sikit, jangan la tulis ikut hantam je. Awak sendiri pun tak paham apa awak cakap, macamana nak convince orang lain?
Kesian Umno!
Comment by UcuZalley | September 19, 2008
UcuZalley
Orang duk rasa cemas hang tak kesian kat aku ker…
20tahun dulu aku banyak labur kat Saham di US, Pencen2 plans aku pun labur kat sana…Mas berketul2 aku stok kat sana…
alahai, meredum pla WallStreet ni…. iiissshhh mcam ner nak buat ni Ucu…Rumah2 aku beli kat sana pun dah tak laku ni…
Aku baru balik bersidang dengan Wolf wolf…mcam maner ni…
Pasai tu aku kena buat kalut2 ni… Satni tak cukup nak beli minyak ROKET.
Comment by croak croak | September 19, 2008
satu laporan mungkin ada kaitan…Di Hutan Simpan Kg. Som Kenong , Jerantut telah berlaku pembalakan ..sepatutnya hutan tersebut dijaga bukan di gondolkan…ini satu perbuatan yg tidak bertanggungjawab pihak yg mempunyai kuasa meluluskan pembalakan sedemikian…jaga hutan kita jgn pandai menghabiskan segala khazanah saja…sile pikir cara lain utk dptkn pendapatan…bukan melalui korbankan hutan hujan yg kita sayangi..
Comment by pencinta alam | June 5, 2009