Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Mesyuarat Agung Tahunan KeADILan Bahagian Kuantan (MATB)

Ucapan saya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Kuantan:

SEMPENA MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN KUANTAN (MATB) 2008

Grand City Hotel, Kuantan

14 Sept 2008

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Selamat datang saya ucapkan kepada semua perwakilan,, pemerhati dan juga kepada semua tetamu yang dihormati, kerana turut hadir pada pagi yang cukup bermakna ini

Semasa ucapan ini dibacakan saya masih lagi belum dapat menaiki pesawat untuk terbang pulang ketanah air yang tercinta. Typhoon Sinlaku telah menyebabkan semua penerbangan masuk dan keluar dari Taiwan dibatalkan sejak tengahari 13 September. Oleh kerana itu saya terkandas di sini walaupun saya telah membuat persiapan untuk mendapatkan penerbangan terus ke Kuantan pada pagi Ahad 14 September, untuk membolehkan saya hadir ke MATB. Tentu sekali saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama saudara dan saudari di pagi ini. Namun, saya berada di perantauan demi Negara dan Rakyat Malaysia. Ini adalah untuk masa depan kita semua, dan pengorbanan saya ini cuma sedikit sekiranya dibandingkan dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang lain terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, saya berasa bangga bahawa Bahagian Kuantan telah dapat menjayakan MATB ini dengan bimbingan minima dari saya. Ini menunjukkan bahawa Bahagian Kuantan telah bertambah matang dan telah maju setapak lagi serta telah bertambah kukuh kedudukannya . Tahniah saya ucapkan kepada seluruh AJK bahagian Kuantan yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan MATB ini di bawah pimpinan Timbalan Ketua Bahagian Saudara Hanif. Dan syabas kepada seluruh ahli yang telah berusaha untuk hadir pada hari ini di dalam rangka menjalankan tugas dan tanggungjawab saudara kepada parti.. Saya juga ucapkan setinggi tahniah dan penghargaan tidak terhingga kepada pihak Sekretariat MATB, yang terdiri daripada Saudara Sim, Saudara Karim serta pasukan mereka yang telah bertungkus-lumus untuk bekerja keras berminggu-minggu lamanya dalam memastikan bahawa persiapan MATB pada hari ini berjalan lancar.

Saudara Saudari Perwakilan,

Pada hari ini kita bermesyuarat di dalam bulan Ramadhan. bulan Ramadhan bukan bulan untuk kita berehat, malah ianya ialah bulan perjuangan, Perjuangan melawan nafsu, dan juga perjuangan melawan kemungkaran dan kebatilan. Di dalam sejarah Islam bulan Ramadhan merupakan bulan di mana hampir kesemua peperangan dalam Islam telah berlaku, di mana sejarah membuktikan bahawa umat Islam telah memperoleh kemenangan di dalam peperangan-peperangan tersebut.

Baru-baru ini masyarakat Tionghua telah merayakan Pesta Tanglung dan juga Pesta Kuih Bakul. Kita semua tahu sejarah Kuih Bakul yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua ialah berkenaan kejayaan Rakyat Negara Cina menentang Kerajaan Mongol yang zalim di satu ketika dahulu di mana kuih bakul yang telah dimasak beserta dengan nota di dalamnya telah digunakan sebagai strategi berkomunikasi di ketika itu Nota itu menyatakan berkenaan dengan cara bagaimana Rakyat harus bangun dalam rangka mengambil alih kuasa, dan seterusnya menjatuhkan regim yang zalim ketika itu.

Begitu juga perayaan Deepavali yang akan dirayakan oleh penganut Hindu, tidak lama lagi pada bulan Oktober ini, juga membawa maksud Pesta Cahaya yang mengisahkan dan merayakan kemenangan kebaikan keatas kejahatan dan kezaliman.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi,

Signifikannya kisah-kisah ini di ambang September 16 ini tentu sekali ada kaitannya. Seluruh Rakyat Malaysia yang rata-rata terdiri dari bangsa Melayu Islam, Tionghua dan bangsa India yang beragama Hindu kini sedang melalui satu perayaan atau tarikh bersejarah yang tentunya mengingatkan kita semua tentang perjuangan menegakkan kebenaran dan memerangi serta membenteras kezaliman. Ianya mengingatkan kita tentang kehidupan yang bermakna dan berintegriti. Disinilah matlamat kehidupan kita diserlahkan dan kita diingatkan tentang tanggungjawab kita kepada Negara dan Rakyat. Semangat inilah yang kita garap dan kita junjung yang membawa kita kepada ambang September 16 yang hanya tinggal dua hari saja lagi.

Ya, saudara dan saudari sekelian, 16 September tarikh keramat yang akan menentukan masa depan Negara, masa depan yang lebih bermakna yang kita nanti-nantikan dan kita impikan bersama.

Saudara Saudari yang dihormati,

Ketika ini Kerajaan BN sedang dalam keadaan tenat dan parah. Setibanya kami diTaiwan pada 12 September, dengan tergesa-gesa mereka membawa ahli-ahli Parlimen BN keluar pada jam 3.30 pagi dari Hotel Sheraton Lai Lai di mana kami semua menginap, untuk diterbangkan ke Hong Kong. Perjalanan ke lapangan Terbang memerlukan 20 buah teksi, menunjukkan bahawa mereka tidak membuat persiapan awal, kerana bukankah lebih senang untuk pergi kelapangan terbang menggunakan Bas sahaja? Arahan untuk keluar itu ialah supaya Ahli Parlimen tersebut tidak terserempak dengan kami. Tapi saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan telahpun dapat dilakukan di antara jam 12 tengah malam dan jam 3 pagi. dan pihak saya serta delegasi yang lain telah dapat mencapai objektif kami.

Juga dari pengamatan kami mendapati keadaan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN dalam keadaan yang gementar. Mereka tertekan dan agak takut-takut dilihat bersama kami Mungkin juga ianya atas arahan, Tuhan sahaja yang mengetahui.

Di atas tuduhan pemimpin BN yang mengatakan bahawa tindakan melompat parti adalah tidak bermoral dan tindakan pihak kami juga dilihat begitu, Saya ingin menegaskan disini bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada Rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk Rakyat.

Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kita dalam Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara. Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan.

Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan oleh pihak kami kepada mereka. Hal ini jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit yang dibawa tapi pengorbanan seperti biasa.

Saya dan teman-teman yang lain perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat dijelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. ‘Basically the icing on the cake.’

Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

The wrong footing will not bring us to the right results.’

Walau apapun, pemimpin dan penyokong BN sama sekali tidak akan faham akan hal ini kerana mereka telah dididik selama 50 tahun bahawa segalanya mesti melibatkan wang dan mereka telah begitu lama dalam keadaan yang korup. Mereka semua juga tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari belenggu tersebut.

Saya sungguh kasihan melihat mereka yang tidak mungkin akan dapat menggarap erti keikhlasan dalam perjuangan, pengorbanan dan juga perjuangan untuk Rakyat.

Saudara dan Saudari sekelian

Marilah sama-sama pada hari ini kita menanam tekad untuk melipatgandakan usaha kita dalam memartabatkan hak Rakyat. Juga semoga Allah redha di atas usaha dan susah payah kita memperjuangkan nasib Rakyat dan masa depan negara.

Marilah kita rapatkan saf di kalangan kita semua dan memperkukuhkan lagi kekuatan parti kita, iaitu Parti KeADILan Rakyat.

Marilah juga kita sama-sama rapatkan saf dan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

Putrajaya matlamat kita. Bukan untuk bermegah atau berbangga tapi semata-mata demi membawa kebaikan dan perubahan kepada negara tercinta.

REFORMASI 3x & Selamat Bermesyuarat!

Hjh Fuziah Salleh,

Taiwan, 13 Sept 2008

———————————————————————————

Saya telah menerima gambar-gambar dari MATB tersebut:

Pra MATB
Photobucket

Jam 10 malam
Photobucket

Jam 12 malam
Photobucket

Jam 5 pagi
Photobucket

Hari MATB 9.00pagi
Photobucket Photobucket

Jam 10.00 pagi Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KeADILan Bahagian Kuantan
Photobucket

Photobucket Sebahagian wartawan
MATB Kuantan dan Wanita
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

September 15, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. 1 hari je lagi puan

    Comment by hafiz | September 15, 2008

  2. Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Comment by Mak matbank | September 15, 2008

  3. Hidup, hidup,
    hidup rakyat
    Undur undur
    undur BN
    REFORMASI!
    REFORMASI!

    Comment by HISYAM | September 15, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: