Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Masih terkandas di Taiwan

Saya beru saja diberitahu oleh pihak airline bahawa penerbangan saya yang dijadualkan untuk berlepas pada 1.45 tengahari telah dijadualkan semula kepada 4.45 petang.   Keadaan cuaca masih belum mengizinkan untuk pelepasan.Semoga Allah mempermudahkan…

September 14, 2008 - Posted by | Politics

63 Comments »

  1. YB ke Taiwan memburu MP-MP BN. YB adalah seorang orang Islam, jadi saya nak tanya apa hukumnya kita menggalakkan supaya orang melakukan pecah amanah?? Undi yang diberikan oleh rakyat kepada MP-MP BN adalah satu amanah dan sekarang YB pergi ke Taiwan untuk memujuk mereka pecah amanah rakyat. Kita perlu ingat, jika rakyat terbanyak menyokong PR sudah tentu mereka-mereka ni tidak akan terpilih sebagai wakil rakyat melainkan calon-calon PR yang dipilih. PR selalu melaungkan demokrasi tetapi adakah dengan melakukan rampasan kuasa begini itu demokrasi. Menafikan pilihan rakyat terbanyak itu demokrasi?? Katakan lah sewaktu PRU12 yang lalu PR yang menanag dan BN melakukan seperti apa yang PR sedang lakukan sekarang adakah itu akan diterima?? Jika kita tidak suka orang buat begitu kepada kita maka kita juga jangan la buat begitu kepada orang lain. Sabar, tunjukkan pemerintahan yang baik lagi adil di 5-negeri yang diperintah oleh PR, saya pasti apabila tiba PRU13 PR yang akan menjadi kerajaan. Sebagai seorang Islam kita seharusnya bersabar kecualilah kita ni bukan Islam. YB bagaimana???? Fikir-fikirlah …

    Comment by matbank | September 14, 2008

  2. ‘asd’aLSD’Ad’

    Comment by kjsaljkdkjl | September 14, 2008

  3. syabas YB,

    jangan pedulikan apapun sangkaan orang, biarpun mereka keluar dengan berbagai-bagai dalil dan nas, kemungkaran mestilah ditegah dan diperhalusi tindakan yang sewajarnya untuk ditentang habis-habisan.

    BN memang penuh dengan kemungkaran, tidak perlu disenaraikan satu-persatu kerana telah sedia maklum oleh majoriti masyarakat yang prihatin dan berani. mereka yang tinggal di dalam BN adalah mereka yang berkepentingan, tidak berkeyakinan malah yang lebih sedih adalah mereka yang berkiblatkan BN dalam kehidupan umpama BN lah segala-galanya, macamlah BN yang memberi mereka makan dan nasib serta takdir mereka adalah di tangan BN kononnya.

    hidup PR. hijrah adalah tuntutan, berusaha dan berserah adalah ajaran, kejayaan adalah milik Tuhan.

    semoga PR dirahmati dan diberkati Allah.

    Comment by aimy | September 14, 2008

  4. aimy kata:
    “mereka yang tinggal di dalam BN adalah mereka yang berkepentingan,”

    Bukankah dengan melakukan rampasan kuasa begini menunjukkan DSAI juga berkepentingan sehingga tidak dapat menunggu PRU13.

    Comment by matbank | September 14, 2008

  5. saya rasa amat kelakar dengan komen saudara matbank, diatas? adakah anda berfikir semasak-masaknya sebelum menulis komen tersebut?, ingin saya jelaskan, ia bukanlah pecah amanah? apakah sebenarnya maksud demokrasi, kerajaan dari rakyat untuk rakyat oleh rakyat, semasa mengundi, rakyat bukannya memilih perdana menteri, rakyat bukannya memilih barisan kabinet, rakyat hanya boleh memilih wakil mereka di dewan undangan atau parlimen sahaja.

    Mereka dipilih untuk menyuarakan suara rakyat didalam dewan, tidak kira walau di parti mana mereka sekalipun. tugasnya adalah sama. Jika ahli dari barisan nasional beralih ke pakatan rakyat, adakah suara rakyat sudah tidak boleh didengar didewan yang mulia? Bohong jika Matbank katakan tidak, wakil rakyat masih diberi peluang untuk berucap, untuk membela rakyat dikawasan yang mereka wakili. Rakyat masih terjaga…

    saya yakin tidak wujud soal pecah amanah disini. tetapi akan wujud “pecah amanah” jika wakil rakyat tidak berjuang demi rakyat, tetapi berjuang demi parti dan menghampakan rakyat jelata yang wakili, contohnya semua wakil rakyat bersetuju menaikkan harga minyak (yang dijadikan muka depan utusan dengan bangga) walaupun mereka tahu ia akan menyusahkan rakyat. Dimana perjuangan pemimpin ini dalam untuk rakyat dalam sistem demokrasi?

    apa saya nampak penjuangan untuk parti, untuk keluarga, untuk jawatan..

    -dapatkan gadget berita2 utama tempatan di http://www.arkib.com.my untuk blog/site/igoogle-

    Comment by arkib.com.my | September 14, 2008

  6. aku nak jer pulas telinga mat bank ni …ko pergi suruh owner dgn ketua pengarang TV3, utusan, NST jual share dan berhenti sekarang ….atau ko tak tahu hukum pengaruhi rakyat dengan fitnah..ko orang islam kan..mesti ko faham kan

    Comment by jerih | September 14, 2008

  7. arkib.com.my,

    Awak mesti ingat kenapa rakyat memilih mereka dan tidak calon-calon PR. Ini kerana rakyat mahu wakil rakyat mereka dari parti BN dan tetap didalam kerajaan BN. Jika rakyat mahu wakil dari PR tentu sudah yang mendapat undinya adalah calon-calon PR. Kenapa calon-calon PR kalah, kerana rakyat tidak tahu parti gabungan PR mewakili mereka di parlimen. Saudara kata “kerajaan dari rakyat untuk rakyat oleh rakyat” jadi ikut lah pilihan rakyat. Nanti semasa PRU13 kita lihat bagaimana pula pilihan rakyat ketika itu.

    Comment by matbank | September 14, 2008

  8. berkepentingan peribadi atau orang kebanyakan?

    PR memperjuangkan keseluruhan warganegara malaysia, itu janji dan sudah terbukti.

    apa UMno buat? mungkin dulu mereka bekerja untuk orang ramai… (walaupun boleh diperdebatkan peranan mereka menjelang kemerdekaan, bayak lagi partai-partai lain yang lebih dulu dan suci perjuangannya berbanding UMno – dan penubuhan UMno di atas dasar kebangsaan walhal Nabi s.a.w menegah demikian – assobiyah)

    Islam menjamin keharmonian, penyatuan melayu mestilah bertunggakkan islam, dan islam menjamin keadilan kepada semua hamba Allah – hatta tawanan perang pun terjamin haknya di sisi Allah, demikian juga golongan kafir di bawah kerajaan Islam, ada haknya yang terjamin.

    Comment by aimy | September 14, 2008

  9. matbank, saya ulang sekali lagi, rakyat memilih wakil rakyat bukan memilih kerajaan? Jika betul rakyat inginkan wakil mereka mesti mewakili barisan nasional? maka sepatutnya wujud protes rakyat di kawasan yang diwakili SAPP semasa presidennya bersetuju untuk untuk usul undi tidak percaya kepada “ketua kerajaan”

    atau protes rakyat apabila 3 wakil mereka menolak jawatan timb. menteri didalam kabinet “ketua kerajaan”, dan mungkin “rakyat di johor protes” apabila menteri hal ehwal pengguna mencadangkan “peralihan kuasa” ketua kerajaan dipercepatkan.

    oleh kerana tiada lansung demonstrasi rakyat diatas musibah yang menimpa “ketua kerajaan” , ini adalah bukti yang cukup jelas, rakyat tidak memilih kerajaan, tetapi rakyat memilih wakil yang memperjuangkan hak mereka. Jika sebelum ini mereka mungkin melihat landasan wakil mereka di dalam barisan nasional mempunyai kelebihan untuk menyuarakan pendapat rakyat, tetapi sekarang seolah tiada gunanya kerana kerajaan tidak mahu mendengar, malah mana wakil rakyat yang cuba mencabar “ketua kerajaan”, akan digasak cukup2.

    oleh itu wardah baru harus dibuka, perubahan adalah jalannya sekarang, suara rakyat harus diperjuangkan, 3 tahun penantian untuk pru13 tidak boleh diperjudikan oleh ketua yang “menderma pulau pisang kepada singapura” , ketua yang ditolak ahli sendiri di terengganu, perlis dan johor..

    Comment by arkib.com.my | September 14, 2008

  10. saya suka makan kek coklat moist

    arnab saya suka makan pellet

    tapi saya tak boleh paksa arnab saya makan kek coklat moist hanya kerana ia makanan kegemaran saya

    kerana arnab saya ada kegemarannya sendiri iaitu pellet

    dan saya faham dan menghormati kegemaran arnab saya

    manusia boleh faham dan hormat kehendak dan kegemaran haiwan kesayangan

    tapi kenapa manusia tak boleh faham dan tak boleh hormat kehendak dan kegemaran manusia lain?

    renung2kan dan selamat beramal..

    Comment by Azzah AR | September 14, 2008

  11. Y.B Fuzaih, thank you for doing what you are doing….we look forawrd to a new beginning.
    I hope the weather doesn’t worsen and you get to leave TPE very soon and safely.

    Comment by riyadh2006 | September 14, 2008

  12. saya betulkan kenyataan saya,

    *pulau batu putih, bukannya pulau pisang”

    *pulau pisang masih lagi didalam proses untuk didermakan jika tiada tindakan dibuat semata2 untuk menunggu pru13

    -dapatkan gadget2 berita tempatan di-
    http://www.arkib.com.my

    Comment by arkib.com.my | September 14, 2008

  13. Kepada semua,

    Korang jangan layan la manusia matbank yang berfikiran UMNO tok-tok ni. Manusia macam ni memang besepah kat dalam UMNO.

    Yang paling penting kita buat kerja kita dengan baik untuk kepentingan semua dan adil.

    Comment by Mak matbank | September 14, 2008

  14. Matbank,

    Jika anda mengkaji sejarah dunia, sebenarnya di negara2 yg mengamalkan demokrasi, cross-over adalah seuatu yg normal dan perkara yg kerap berlaku. Tetapi cuma di Malaysia perkara ini jarang berlaku, kita merasa sesuatu yang agak luar biasa apabila ini direncanakan oleh Pakatan Rakyat.

    Ini adalah kerana rakyat Malaysia telah dimomokkan oleh Umno dan parti parti yg sewaktu dengannya bahawa peralihan kerajaan adalah seperti satu kesalahan besar dan seperti satu dosa besar. 51 tahun memerintah telah menzahirkan satu perasaan didlm hati pemimpin2 BN bahawa mereka adalah dewa dan adalah satu kesalahan jika mereka dijatuhkan.

    Lihatlah Matbank, rasuah didlm parti mereka bermula dari sekecil2 mesyuarat pemilihan cawangan, marilah kita sama2 tunggu selepas hari raya nanti apabila mesyuarat bahagian dan seterusnya hingga pemilihan peringkat tertinggi Disember nanti, duit ringgit ditabur seperti hujan turun, envelope berisi wang disorong dibawah pintu2 bilik hotel penginapan mereka. Pusat2 karaoke berserta complete package with ‘Amoi2 China mali punya’ habis ditempah.

    PERSOALAN NYA: Dimana mereka pemimpin2 rakus ini mendapat wang2 tersebut? Adakah Matbank yakin wang berjuta yg dibelanjakan mereka itu datang dari hasil titik peluh mereka sendiri? Easy Come Easy Go Brother!!! Tak lain tak bukan duit itu datangnya dari segala jenis penyelewengan yg mudah mereka lakukan semasa memegang amanah yg diberi pada mereka. Boleh anda nafikan fakta ini?

    So, what’s the hell for we need to keep those bastard in their position now? Let’s make a move and the most important is the move is heading to be better!!

    Comment by UcuZalley | September 14, 2008

  15. Salam. Saya berpendapat pembentukan kerajaan baru menerusi “lompatan” MP BN ke PR perlu dibuat dengan berhati2. Tentu banyak perkara luar dugaan pasti berlaku akibat penukaran kerajaan secara paksa ini. BN telah memerintah negara selama 50 tahun dan tidak semudah itu akan menyerahkan kuasa. Pelbagai cara yg mungkin mengharubirukan negara mungkin akan digunakan oleh penyokong2 yang tidak berpuas hati. Saya lebih suka cara biasa iaitu menggunakan saluran pilihanraya untuk menubuhkan kerajaan. Apa pun yang berlaku pemimpin2 PR lebih arif tentang masalah ini dan harap jika perubahan kuasa benar2 berlaku, negara dan rakyat dalam keadaan aman hendaknya.

    Comment by SuffianTakaful | September 14, 2008

  16. dear matbank,

    gua nak tanya lu, apa fungsi sebagai wakil rakyat?? benda2 gini tak payah diajar kalau dah maklum. persoalan gua adakah YB Fuziah pergi ke Taiwan untuk jangkamasa yang lama? adakah dengan meninggalkan Kuantan sementara waktu masalah setempat akan datang bertimbun2? bro, lu ni pikir kolot laa bro! gua kasi contoh simple kat lu. katakanlah lu jadi boss syarikat untung sakan s/b. lepas tu lu ada appointment dgn client kat Taiwan selama seminggu. adakah dalam seminggu lu takde kat opis, opis jadi kelam-kabut? dah tentu ada PA atau admin staff yang jadi wakil syarikat kan? lenkali kalau nak komen kasilah komen sekukuh konkrit gred 55! komen lu masuk bakul sampah dan dihantar ke tapak pelupusan yang tak perlu dikitar semula! kah kah kah

    Comment by embong endut | September 14, 2008

  17. salam..
    pakatan tidak akan membeli mp2 bn nih.tu jer aku boleh katakan..mereka yg bakal menyetai pakatan mahu kan perubahan..bkn nye kroni seperti di amal kan oleh umno nie..cuba pikir,kalau dsai beli mp2 nie guna kan duit,kan ke rasuah..kerajaan kan sentiasa menunggu peluang utk dpt kan bukti utk menahan beliau..??kan nyata hasrat pakatan nie murni.buat mat bank,kau pikir kene jauh,bkn ikut fakta sahaja..kene fikir juga..main ckp pon,x guna…kalau lompat parti utk kebaikan rakyat dan tegak kan kebenaran,xde alasan lagi nk kite pertikai kan..lu pikir sendiri la wei

    Comment by shrek | September 14, 2008

  18. Pengundi mungkin persoalkan, mereka mengundi calon calon BN yang menang, itu adalah hak pengundi, tidak demokratik kalau mereka melompat ke-PR.

    Pengundi mahu PR menghormati demokrasi dan hak pengundi, mesti dihormati.

    Soalannya: Dalam politik, “kill or to be killed”. Tidak ada perundangan khusus ahli politik tidak boleh berpindah parti.

    a) Tidak salah kalau berpindah parti, kalau parti yang diwakilinya, pemimpin atasan korap, pecah amanah, tidak bertanggongjawab kepada rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup rakyat miskin. Minyak petrol, alamak mahal sangat.

    b) Tujuan berpindah parti dengan niat suci, demi membela nasib rakyart yang tidak terbela oleh Kerajaan BN.

    c) Hak pengundi? Apa lagi hak pengundi yang mau dituntut? Sedang semasa pilihanraya hak anda sudah dibayar dengan cash oleh BN. Selain wang tunai, anda juga dapat kain batik/pelikat, tong gas, tangki air, belanja makan, wang rokok dan banyak lagi yang anda dapat. Perlu apa anda tuntut hak anda lagi? Pii lah mambuk, nak hak konon. Boleh jalan dahhhhhh.

    Comment by Datuk Halik Zaman | September 14, 2008

  19. Apakata kita serahkan semula kuasa kepada rakyat supaya rakyat buat pilihan siapa yang dia orang mahu sebagai wakil dia orang. Itu lebih demokrasi. Dahulu rakyat memilih mereka kerana mereka mewakili BN dan sekarang biarkan mereka mewakili PR dan kita lihat adakah rakyat masih memilih mereka. Ingat jika rakyat sememangnya mahukan PR mereka-mereka ini tidak akan menang. Tetapi kenapa rakyat tidak memilih calon PR jadi bukankah yang dipilih adalah BN bukannya PR. Jangan hanya kerana hendakkan kuasa segala-galanya dibolehkan. Jika ditakdirkan beberapa orang MP PR yang lompat keBN adakah kamu semuaakan sokongan atau kamu akan kutuk dia???

    Comment by matbank | September 14, 2008

  20. Datuk Halik Zaman kata:
    “c) Hak pengundi? Apa lagi hak pengundi yang mau dituntut? Sedang semasa pilihanraya hak anda sudah dibayar dengan cash oleh BN. Selain wang tunai, anda juga dapat kain batik/pelikat, tong gas, tangki air, belanja makan, wang rokok dan banyak lagi yang anda dapat. Perlu apa anda tuntut hak anda lagi? Pii lah mambuk, nak hak konon. Boleh jalan dahhhhhh”

    Inilah kata-kata Islam sejati…….

    Comment by matbank | September 14, 2008

  21. Yes.. betul cakap Matbank “kita serahkan semula kuasa kepada rakyat”. PKR dah umumkan, bahawa PRU-13 akan diadakan pada 8 Mac 2009 sekiranya PR berjaya mengambil alih kerajaan Malaysia setelah semua jentera kerajaan dibersihkan daripada sebarang unsur politik kepartian dan pengundi hantu. Bukan lama 8 Mac 2009 tu. Masa tu kita guna daftar pengundi yang lebih diyakini dan menggunakan dakwat hitam yang telah dibeli oleh SPR tempohari. Macam mana? Ada berani? Lepas ni kamu cakap la pulak, jika PR ambik alih kerajaan diaorang akan buat perkara sama macam BN buat sekarang..🙂

    Comment by ORANGKUANTAN | September 14, 2008

  22. saya dari pos sblm ini mmg menyokong kuasa kepada rakyat.., tiada sebab untuk saya menafikan hak rakyat.

    Baiklah benarkan saya bersuara senada dengan matbank, tanpa bn, siapalah rakyat..

    tanpa bn, rakyat takkan merasa minyak naik rm0.70

    tanpa bn, rakyat tak dapat lihat 13 biji kereta merc. e class, dibeli semasa rakyat makin susah..

    tanpa bn, ranking universiti UM takkan melonjak naik ke tangga 1 dunia skrg

    tanpa bn, rakyat takkan dapat rasa harga beras yang mahal

    tanpa bn, rakyat tak dapat derma pulau batu putih kepada singapura

    tanpa bn, rakyat tak dapat belajar hidup berjimat cermat, dan tak boleh melihat pemimpin berjoli sakan di taiwan.

    adakah semua diatas ini, adalah hasrat rakyat?? rakyat suka ke??

    matbank-matbank… itu mak kamu dh bagi komen.. pergi salam dan cium tangan mak kamu, bawak mengucap..

    Comment by arkib.com.my | September 14, 2008

  23. Rasanya PR tak akan berjaya tubuh kerajaan. Apa bukti dah dpt bilangan MP yg dimahukan? Beri bukti di sini.

    Comment by kjsaljkdkjl | September 14, 2008

  24. assalamualaikum puan,

    saya cuma khuatir setelah menerima gambar-gambar yang terdiri daripada gambar teresa kok dan beberapa orang lain lagi yang berbangsa cina tentang penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan seputeh, sebelumnya terdapat tulisan jawi tetapi kemudian hasilnya tulisan jawi telah dipadamkan dan diganti dengan tulisan rumi, tulisan cina, tulisan india.. saya paham kita ini duduk dalam berbilang bangsa tetapi bukankah tulisan jawi telah lama ada di negara ini semenjak zaman kesultanan melayu melaka ..apa nak jadi nih? lama kelamaan saya risau tgk gelagat teresa kok nih, sebagai salah seorang kawannya bolehkah puan terang kan memandangkan teresa pon kat dalam kandang isa!

    Comment by Malaysian | September 14, 2008

  25. malaysian,

    saya boleh katakan itu bukan isu racial, penggunaan tulisan jawi sudah lama tidak digunakan oleh orang melayu sendiri. Tulisan jawi digunakan pada kurun 7-masihi sehingga 19 masihi di tanah melayu kesan daripada kedatangan islam. – jawi tidak melambangkan melayu sebab ia adalah celupan tulisan arab

    pada lewat abad ke 19, tulisan rumi mula digunakan oleh orang melayu menggantikan tulisan jawi- rumi pula adalah celupan dari penjajah british?

    apakah tulisan melayu sebenarnya?

    bahasa sanskrit di lembah bujang atau batu bersurat palembang pada satu kurun sblm masihi pula dikatakan adalah celupan tulisan hindu

    yang tinggal, adalah suatu bentuk tulisan yang hampir sudah pupus, dipanggil Aksara Rencong, yang mengambil bentuk ranting, sungai, akar, rotan yang tidak diketahui pengasasnya di ukir di batu bersurat di sumatera dan sriwijaya.

    pakar sendiri percaya, inilah sebenarnya tulisan orang melayu yang sebenar-benarnya berdasarkan bahawa puisi atau syair orang melayu, sejak dahulu lagi mempunyai pengisi alam untuk mejadi pembayang maksud..

    buat malaysian, kaji dahulu sejarah sebelum membuat tuduhan, kerana tulisan jawi bukannya melambangkan keaslian melayu? ia adalah celupan sama taraf seperti rumi atau sanskrit..

    berbalik kepada dunia nyata:

    kalau kerajaan terima guna tulisan jawi di jalan, nanti semua driver pening.. tidak kira melayu, cina atau india..saya yakin tidak semua orang melayu sendiri tahu membaca jawi..

    gunakan sahaja bahasa rumi, ia masih lagi berbahasa melayu bukan?? apa silapnya….

    -dapatkan gadget berita tempatan di-
    http://www.arkib.com.my

    Comment by arkib.com.my | September 14, 2008

  26. arkib.com,

    terima kasih kerana ada org yang masih waras seperti anda. Saya bimbang kalau ada ramai macam matbank..lerus bendul!

    Saya undi orang lain tapi org BN yg menang..dah lah tu dia pegi sokong kenaikan harga minyak! Dungu! Kalau berani BN call for election lah!

    Comment by BUB | September 14, 2008

  27. En. BN dan En. PR bertanding dalam satu pertandingan . En BN dibenarkan gunakan talian hayat tapi dinafikan pada En PR. En BN menang tapi adilkah pertandingan itu. Bagaimana dengan duit yang dimenangi ? adakah halal dimakan oleh anak bini En BN ?.

    Itulah perbandingan pilihanraya selama ini tapi hairan kenapa tiada ustaz/ulama UMNO yang berani timbulkan isu halal haram dalam soal ini..?

    Comment by jerih | September 14, 2008

  28. YB Fauziah, mudah-mudahan rombongan YB akan selamat pulang ketanah air, menyentuh kepada misi di Taiwan itu harapan saya YB berjaya didalam usaha-usaha yang telah dirancangkan oleh Pakatan Rakyat. Mengenai Matbank itu bagi saya beliau berfikiran JUMUD

    Comment by King | September 15, 2008

  29. Salam buat semua,
    Sepatutnya tuan-tuan guru, ulamak-ulamak, ustaz-ustaz mengeluarkan pendapat mereka boleh atau tidak seseorang yang telah dipilih oleh orang ramai dengan beranggapan bahawa beliau ini mewakili satu kumpulan atau parti yang disukai oleh orang ramai yang menggundi tu dan tiba-tiba si dia ni telah melompat ke kumpulan yang tidak disukaii oleh orang ramai. Orang ramai yang memilih dia kerana di mewakili parti yang diminati oleh orang ramai bukan parti yang orang tak suka. Kalau orang ramai suka parti yang lagi satu tu pasti yang si dia ni kalah. Itu pun tak boleh fikir ka? Cuba tanya tok-tok guru, alim ulamak dan ustaz-ustaz boleh tak macam nie. Amanah tak pemimpin-pemimpin yang sebegini tetapi jangan la tanya tok guru-tok guru dalam PAS ka, PKR ka, DAP ka atau pun BN sebab depa nie akan berkata bagi kebaikan untuk parti depa. Cuba tanya tok-tok guru yang betul-betul bebas, bebas dari segala politik kerpartian.

    Comment by matbank | September 15, 2008

  30. ANGAN-ANGAN MAT JENIN ANWAR NAK JADI PM….

    JUAL LE ANAK AYAM DULU OIII…

    Comment by barisan | September 15, 2008

  31. JIka anwar menipu, ramai akan lari. Tiada bukti dia dah ada MP di dlm tangan. Rombongan ke Taipei pun membazair duit parti aje. Cakap menipu.

    Adakah baik seorang perempuan spt Fuziah menipu?

    Comment by kjsaljkdkjl | September 15, 2008

  32. Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Hidup pakatan rakyat…………. Lingkup UMNO..

    Comment by Mak matbank | September 15, 2008

  33. salam matbank,

    adakah saudara masih mempertahankan dengan kenyataan saudara? walaupun dh terbukti nyata di pamirkan kepada rakyat bahawa BN dh tak dapat menerajui kerajaan sekarang? hujah saudara mengambarkan diri saudara berfikiran luas tapi adakah dengan hujah yang saudara pertahankan dpt menyelesai kan penderitaan setengah rakyat selama 50 thn? adakah saudara terfikir apakh sumbangan saudara demi mempertahankan keadilan yang harus dirasai oleh segenap bangsa yg tinggal di bumi Malaysia yg tercinta ini? fikir-fikirkan lh wahai mahluk Allah yg di anugerahkan akal pemikiran. wasalam..

    Comment by pemerhati dari luar | September 15, 2008

  34. Kehadapan Matbank yang bangap,

    Memang lah parti atuk hang BN menang, tetapi dengan cara Pilihanraya yang TIDAK telus; pengundi hantu, rasuah, undi pos,dll..

    So kepala berkarat kau masih tak reti nak pikir ke????

    Comment by BUB | September 15, 2008

  35. Mr Bub,

    Kamu pasti bila keadilan perintah mereka akan belaku adil?? Parti mungkin adil tetapi bagaimana dengan pemimpin-pemimpin dan juga ahli-ahli dia??? kamu pasti dia orang semua tu adil?? Jangan nanti orang kata keluar mulut rimau masuk mulut singa… sama saja tu…

    Comment by matbank | September 15, 2008

  36. DSAI akan tetap jadi PM…sekurang kurang nya ‘Aspiring PM’ pun ok lah. Kita tunggu saja next election.

    Comment by Ali | September 15, 2008

  37. Matbank,

    Memanglah kau bangap, apa lah punya soalan. anak aku 3 tahun pun can come up with a better question.

    Kamu pasti BN perintah mereka belaku adil?? Parti mungkin dacing tetapi bagaimana dengan pemimpin-pemimpin dan juga ahli-ahli dia??? kamu pasti dia orang semua tu adil?? Jangan nanti orang kata tak keluar keluar dok dalam mulut rimau …
    🙂

    Comment by BUB | September 15, 2008

  38. Betul BUB..

    matbank, memang dah terbukti BN itu tidak adil, penuh dengan rasuah, kronisme dan penipu rakyat..

    tak perlu nak dijelaskan, contoh2nya, kerana aku yakin semua dah jelas.. cuma matbank agak kabur2, bukan kerana buta.. tetapi matbank sengaja membutakan matanya, memekakkan telinganya, menutup pintu hatinya…

    saya nak ambil satu kisah melayu, kalau matbank ada ilmu, mesti matbank tahu..
    “kisah singapura dilanda todak”

    tengok bagaimana seorang pemimpin yang bodoh, bila tengok ada pemimpin yang lebih bijak darinya.. terus nak dicantasnya.. pada pemimpin ini, semua orang mesti bodoh darinya?? what??

    itulah umno sekarang, kalau ada mereka yang lebih baik, lebih berkelayakan dan lebih berbakat.. memang takkan lama.. terus dicantas.. umno2… sampai bila nak memperbodohkan diri..

    Comment by arkib.com.my | September 15, 2008

  39. arkib.com.my dan mr. bub,

    sejarah telah membuktikan, kalau dalam bab cantas mencantas nie, pemimpin agung pkr terlebih lagi handal. cuba pi tanya kat dia masa dia kat umno dulu, macam mana dia boleh naik dengan cepat sekali sampai boleh jadi TP unmo dan juga TPM. pi la tanya dia… jangan pula malu malu nak tanya dia..

    Comment by matbank | September 15, 2008

  40. Kepada semua penyokong2 Pakatan Rakyat!!!

    Saya ingin menyeru kepada semua, hentikan ajelah komen dan penerangan kepada MATBANK ni, orang macam ni kita cakap macam mana pun dia takkan paham, bukan tak paham, tapi sengaja tak mahu paham, sebab dia buat2 tak paham,sebenarnya dia paham.

    Lagipun saya rasa species seperti Matbank ni dah hampir pupus, cuma ada 2 – 3 kerat aje lagi, itupun semuanya ada dalam umno, tak lama lagi bila Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan maka umno keseluruhannya akan hancur dan species seperti Matbank ni akan turut pupus! insyaalah Malaysia akan aman damai! TAKBIR!!

    Comment by UcuZalley | September 15, 2008

  41. Betul cakap ucuzalley..

    buat kering air liur je cakap ngan mat bangap. Tadi saya di stadium kelana jaya..PR dah sedia ambil alih kerajaan esok..ajak bincang ngan dolahdalik..takeover secara aman..

    babai mat bangap…

    TAKBIR!!!!

    Comment by BUB | September 16, 2008

  42. ok BUB dan ucuzalley, kita abaikan sahaja setiap posting matbank selepas ini, x perlu nak balas setiap tulisannya, anggap sahaja, matbank itu buta sebuta dia melihat “kecabukan” umno sekarang..

    -ABAIKAN SETIAP POSTING MATBANK-

    Comment by arkib.com.my | September 16, 2008

  43. terima kasih buat semua…
    selamat menuju ke putrajaya…
    mari kita menyanyi lagu menuju puncak beramai-ramai…

    Comment by matbank | September 16, 2008

  44. Tentang pandangan MAT BANK yg Wakil PKR pi ke taiwan “mengejar” MP BN adalah satu pandangan yg kolot. Pernah terjadi pada tahun 1969 dimana Parti perikatan telah membeli adun PAS dan menumbangkan kerajaan PAS. begitu juga pada tahun 1982, di mana kerajaan PBS tumbang apabila lompatan berlaku ke BN. Adakah ini yg dipanggil berMORAL. Siapa yg mengajar buat begini. kalu kita berhijrah dari satu tempat yg kurang baik ke tempat lebih baik adalah satu perbuatan yg mulia. Mengenai PRU12 baru2, kalu SPR telus 100% dan piliharaya belaku dalam keadaan adil tanpa menggunakan jentera kerajaan, Pakatan Rakyat dah lama mengambil alih negara ni dan paklah la ni adalah ketua pembangkang tau…So lu fikirlah sendiri..mat bank

    Comment by narz | September 16, 2008

  45. narz,
    dalam kes pbs di sabah tahun 1982, siapakah pemimpin bn yang bertanggung jawab??? cuba pi tanya kat DSAI. mesti dia boleh bagitahu…..

    Comment by matbank | September 16, 2008

  46. matbangang..sudah lah tu..dok diam2..aku takut kau naik angin sakit jantung mati sia siaje…

    Comment by BUB | September 16, 2008

  47. bub..bubb…
    sapa yang naik angin nie?????

    Comment by matbank | September 16, 2008

  48. Bukankah 40MP yang dikatakan nak lompat adalah mereka yang Berhormat dari BN?

    Habis tu kenapa pla nak tarik mereka dari BN, takder ke orang2 lain dari PKR yang lebih berwibawa nak dijadikan pemimpin PKR.

    Lompat si katak lompat, habis habis dibuat jadi sup. Hati2, restoran diMalaysia, banyak yang menghidang daging KATAK, sweet and sour, crispy fried….

    Pi kat pasar, tengok macam maner depa siang KATAK croak croak… Daging ni tak halal….

    Lucu ler Pakatan Rakyat ni, silap2 tukarkan RAKYAT Negara ini semua jadi Katak… Susah untuk Prince Charming Anwar nak cium semua supaya tukar semula jadi manusia….

    heheheh LOMPAT SI KATAK LOMPAT, LOMPAT TINGGI TINGGI,

    Comment by croak croak | September 16, 2008

  49. ooooops… tertinggal pla….
    Tak lama lagi, akan diresmikan Ladang pemeliharaan KATAK….

    Kursus PKR penternakan KATAK
    Pertandingan memasak Resepi KATAK
    Kedai Pet Shop KATAK
    Tabika KATAK
    Sekolah Jenis Kebangsaan KATAK
    Univeriti akan tawarkan Ijazah Kedoktoran Chef Speciality KATAK
    Croak croak croak…. oink oink…..oink…

    Ini akan menjadi budaya baru… Budaya Lompat si Katak Lompat….

    Comment by croak croak | September 16, 2008

  50. sedih kepada croak-croak..

    apa sebenarnya anda nak sampaikan diatas??
    hodoh betul imaginisasi nya.. berapa umur ni?? br habis upsr ke?

    Comment by arkib.com.my | September 16, 2008

  51. Pendedahan ikhlas daripada bekas pejuang PKR.

    CORETAN DRP ALMARHUM_ zemi
    BISMILAHIRAHMANIRAHIM
    ASALAMUALAIKUM WBT.

    MEMANDANGKAN SAYA ADA MENERIMA PM DRP BEBERAPA SAHABAT YG MEMOHON SAYA MENYIARKAN CORETAN INI,MAKA SAYA POSTING SEMULA HARI INI.KPD WM DAN MOD SAYA BERHARAP ANDA DPT BERTINDAK DGN ADIL DAN SAKSAMA AGAR TIDAK DELETE ATAU LOCKED THREAD,SESUAI KEBEBASAN MEDIA YG SERING DIUAR-UAR SELAMA INI.

    CORETAN INI SAYA PERNAH POST PD 30/6/08.DAN TELAH DISIARKAN LEBIH KURANG 8 JAM,SELEPAS ITU SUDAH DIDAPATI HILANG.

    Untuk baca seterusnya sila klik link di bawah

    http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1267/2008-07-19.html

    Comment by matbank | September 17, 2008

  52. coretan mereka mereka yang kecewa dan putus asa.

    Bagilah PR perintah 6 bulan, pastu election, matbank bolehlah ceramah bebuih mulut bagi org sokong beend..mesti beend menang punya..hehe.

    50tahun dah perintah, tukar drebar 6 bulan takkan tak boleh.. 6 bulan je lah matbank..tak kebulur lah kau ..duit rasuah kau dalam simpanan kan banyak. Orang kelantan tak kebulur pun diperintah oleh pas berpuluh tahun. orang perak pun hidup lagi..org selangor pun ok je..org kedah steady je..org penang pun sihat walafiat.

    so, boleh tukar drebar jap tak?

    da di da di da du!

    Comment by BUB | September 17, 2008

  53. Mr Bub,
    Sekarang nie pun PR dah tipu terang-terang, boleh percaya ka dia akan bubar parlimen lepas 6 bulan rampas kuasa?? Entak-entah sampai ke hari terakhir dalam penggal ke12 nie….

    Comment by matbank | September 17, 2008

  54. kalau kau tanya aku lah matbank, aku lagi percaya PR dari BeEnd ko..

    lagi satu, cube ko gi marah mp bn ko yang nak lompat tu lagi baik..kalau mp ko tak lompat takkan ada peralihan kuasa kan..

    nah, jangan buang masa kat blog ni, ko gi lecture org2 ko tuh!

    Go! GO! GO!..shihhhhh!

    Comment by BUB | September 17, 2008

  55. Mr Bub,
    MP BN tak akan melompat kalau pemimpin agung PR tak pi kacau dia orang. Kalau dah tiap-tiap hari asyik dok ikut buntut dia orang dah tu pulak janji macam-macam, sapa pun lama-lama akan termakan juga pujukan tu. Satu kesilapan yang BN buat kerana tak selidik dulu siapa depa nie yang sebenarnya sewaktu mencalonkan depa sebagai wakil BN. Kalau awai-awai dah tau perangai depanya macam katak, jangan kata nak jadi MP, jadi calon pun belum tentu lagi.

    Comment by matbank | September 17, 2008

  56. awek yang goda, jgn salahkan i…mana i tahan. ahaks!

    dia yg dok tayang makanan, so i makan lah..jangan salahkan i sbb tak fasting…ahaks!

    ahaks! lemah iman ek..

    Comment by BUB | September 18, 2008

  57. BUB
    Yang terlompat2 terhegeh2 tu cik fuziah…Nak ke Sabah, takut kena halau…. masaka Saidatul pun orang tak terima…terpaksa terkandas kat Taiwan pla…. nak buat SURE HEBOH ke sana… nah… sampai bawa typhoon kesana…

    Yang heran pla tu… depa nak tangkap KATAK2 yang depa heboh dari golongan Parti yang depa bangkang… aduh…. kalo 35 orang ni masuk, sengetler Keadilan, depa sendiri pun ader 31kerusi ajer…

    Apahal kau orang ni… terkilan sangat ker nak jadi Menteri? Takder hala tuju beno cik Puan ni

    Comment by croak croak | September 18, 2008

  58. croak@ crook,

    oh MP BN ni KATAK ek? Patutlah perangai macam binatang.

    Croak anak berudu! dah besar nanti cita-cita nak jadi katak jugak ke?

    ahaks!

    Comment by BUB | September 18, 2008

  59. BUB
    teringin kalo bub leh pilih saya….
    Lagi pun aper susah, dah ader princess sanggup kehulu kehilir sampai keTaiwan, nak cium saya jadikan manusia semula…

    Alakabam alakazum alakabra…

    Comment by croak croak | September 18, 2008

  60. BUB….
    beno beno teringin sangat saya nak naik ROKET… tak pernah dapat peluang…

    Apa tunggu lagi BUB, mu dah rasa naik ROKET?

    Comment by croak croak | September 18, 2008

  61. isssshhhh BUB ni,
    tengok Fauziah, terkandas kat Taiwan, ader typhoon pun dah sampai balik ke tanahair. Dia naik ROKET . Free, takyah pakai duit rakyat. ROKET ni duk tunggu ajer penumpang diLapangan terbang Penang dan Perak….

    Tu pasal aku nak naik ROKET juga… Pasal duit takper tak yah hantak… aku buat claim bila balik nanti dari Taiwan…

    Comment by croak croak | September 18, 2008

  62. roket katak roket katak roket katak…

    sebab tu aku nak ko habiskan dulu belajar kat sekolah rendah ko tu Crook. Bila kau dah besar dan berilmu baru kau boleh menulis dengan lebih pandai.

    malu lah mak bapak ko kalau kau asyik dok roket katak berminggu-minggu.

    Muak aku dengar..BAHLOL!

    Comment by BUB | September 19, 2008

  63. Sabar BUB,

    Croak croak ni tgh tension sebenarnya, umno mmg upah dia org ni tulis dlm mana2 blog ahli PR yg aktif, ada elaun tau, tapi rasanya bulan ni elaun lambat sikit cos maklumlah umno tgh nazak skrg ni dok memikirkan tentang kuasa mereka yg dah nak dicabut tak lama lagi. Mangkok-mangkok ni la yang dipanggil Umno cybertroopers, macam para troopers cerita kartun kat tv RTM tu la….

    Comment by UcuZalley | September 19, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: