Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pemergian Kami Adalah Demi Negara dan Rakyat!

 
 
Hari ini, saya berserta sahabat saya akan berlepas ke Taiwan dalam usaha kami untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah rancangan 16 September.Selain saya adalah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, dan pakar strategi parti , Saifuddin Nasution.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Pemergian kami adalah demi negara dan rakyat! Kita doakan agar usaha ke arah reformasi Malaysia baru berjalan lancar.

Salam Reformasi!

September 12, 2008 - Posted by | Politics

19 Comments »

  1. berbincanglah dengan baik ya. insyaAllah ada hasilnya !:)

    Comment by hafiz | September 12, 2008

  2. tak sempat nak tunggu depa semua ni balik ka?

    Comment by guni4tahil | September 12, 2008

  3. Doa kami kepada semua yang akan berlepas ke Taiwan supaya selamat pergi dan balik.. Yang penting jangan lupa ehem…ehem…wang yang berbillion yang Anwar tawarkan kepada wakil rakyat BN yang berada di sana tu. Hai, kalau tertinggal duit tu, tak jadi la pulak nak lompat parti.. Apa kata bawa pegawai BPR sekali…

    Comment by Jeffripower | September 12, 2008

  4. Gelabah betul Anwar ni. Maklumlah takut impian tak jadi kenyataan. 16 September dah dekat dah. Kalau tak jadi, malu… Lantaklah Anwar… Sanggup tu hantar utusan ke Taiwan demi mengejar cita-cita menjadi seorang PM. Awat hang tak pi sendiri Bang Nuar? Kan ayat Bang Nuar power, bisa mencairkan tahi telinga depa tu…

    Comment by Jeffripower | September 12, 2008

  5. Salam,

    Pemergian kalian diiringi doa restu.
    Pergilah sebagai perjuang,
    Kembali sebagai wira negara.

    http://www.kerajaanrakyat.com/

    Comment by Kerajaan Rakyat | September 12, 2008

  6. Jeffripower,
    Kalau anda pasti yang MP2 PKR ini membawa wang berbillion ringgit, kenapa anda tak ikut pergi jadik bodyguard dia org? Anda ingat PKR ni macam Mat Taib ke, banyak duit juta2 dan boleh bawak masuk ke Australia sampai kena tangkap? Tu la dia contoh pemimpin Umno yg anda bangga2 kan, kerja buat duit haram dan menghabiskan harta rakyat!

    Ahli BNBBC tu pergi Taiwan pakai duit siapa? Duit poket dia org sendiri ke? Piiiii la mampuih depa nak keluaq duit sendiri, entah2 duit untung berniaga haram Pak Lah mintak kat KJ, ataupun duit Felda yang Najib kebas, elaun Rosmah yang Felda bayar pun tak habis makan lagi rasanya. ITU LAH DIA PEMIMPIN ANDA WAHAI JEFFRIPOWER, BERBANGGALAH, MASA MEREKA BERKUASA HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI JE LAGI, INSYAALAH!!

    Comment by UcuZalley | September 12, 2008

  7. tak kisah la BN ke PKR ke,kalau niat tu memang betul dan ikhlas untuk ke Taiwan maka teruskan.tiada masalah.

    cuma sekarang yang menjadi persoalan adakah wakil-wakil PKR ini mampu memujuk ahli-ahli parlimen BN tersebut atau tidak?

    lagi satu perkara.kenapa tidak berhubung sahaja melalui email atau telefon?.cara itu jauh lebih murah,bukan?

    apapun,saya doakan semua orang BN dan PKR agar selamat pergi dan pulang.

    amin.

    Comment by youth attack | September 12, 2008

  8. UcuZalley,
    Buang masa je saya nak jadi bodyguard MP PKR ke Taiwan. Itu urusan diorang nak pujuk MP BN yang ada kat sana untuk lompat PKR.

    Nak pujuk takkan guna air liur je? Boleh pakai ke pujukan air liur ni? Kalau air liur Anwar tu, mungkin juga bisa mencairkan tahi telinga diorang. Kan Anwar tu power bila bercakap..

    Saya yakin pasti bahawa Anwar takkan berjaya menubuhkan kerajaan angan-angan beliau. Saya kunci kenyataan ini…

    Comment by Jeffripower | September 12, 2008

  9. Jeffripower,
    Kalau MP BN tu semua ada kesedaran, tak payah nak pujuk dah, mereka boleh pikir sendiri. Saya percaya MP tu semua bukan tergolong dalam golongan ‘bengong dan membengongkan’, saya yakin mereka ada kepandaian dan boleh berfikir dan memilih mana satu wadah yang dapat membela seluruh rakyat Malaysia.

    Kita lihatlah sekarang, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa berleluasa dalam kerajaan BN, apa lagi yang kita sebagai rakyat mahu dan harapkan dari mereka? Ada sesiapa berani menidakkan fakta ini? Ketua2 pengarah jabatan kerajaan pun ada terlibat sama, kalau menterinya buat kerja dgn jujur dan ikhlas takkan penyelewengan dibawah batang hidungnya sendiri pun dia tak nampak? Ini berkemungkinan yg dia pun terlibat sama.

    Jika sudah ditakdirkan memang Pakatan Rakyat tidak dapat menubuhkan sebuah kerajaan, sebagai seorang rakyat Malaysia saya tetap berbangga kerana saya telah sekurang-kurangnya menyokong satu perjuangan yang mahu menegakkan ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’.

    Ingatlah, kalau tak didunia kita akan ditanya di akhirat nanti. Apa kita nak jawab? Boleh ke kita jawab saya ‘sokong BN sebab ketua dia cucu ulamak!’ tu je……….?

    Comment by UcuZalley | September 12, 2008

  10. “umno selalu menipu rakyat, yang masih menyokong adalah golongan hadhari bodoh” saya kunci kenyataan ni

    Comment by umno penipu | September 13, 2008

  11. demi negara dan rakyat????

    YB fuziah… awak jangan jadi macam boss awak tu.. cakap berdegar2…

    awak menghina demokrasi negara

    Comment by lalat | September 13, 2008

  12. Salam kepada Semua
    Saya ingin menegaskan bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk rakyat.
    Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kami di Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara. Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan

    Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan. Hal ini Jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit tapi pengorbanan seperti biasa.

    Kami perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat di jelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. Basically the icing on the cake.

    Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

    The wrong footing will not bring us to the right results.

    Walau apa pun, pemimpin dan penyokong BN sama sekali tidak akan faham akan hal ini kerana mereka telah dididik selama 50 tahun bahawa segalanya mesti melibatkan wang dan mereka telah begitu lama dalam keadaan yang korup. Mereka semua juga tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari belenggu tersebut

    I really feel sorry for all of them and also for all of you who will never understand the true meaning of keikhlasan dalam perjuangan, pengorbanan dan juga perjuangan untuk rakyat.

    May Allah open all our hearts and give us guidance. Ameen

    Comment by Fuziah Salleh | September 13, 2008

  13. […] Fuziah Salleh // September 13, 2008 at 9:42 pm […]

    Pingback by Fuziah Salleh Affirms NO Buying Of MPs And I Belief Her « A Total Blog | September 14, 2008

  14. Yb,
    Walau kemana pun YB pergi, harap jgn lupa rakyat kat Kuantan ni. Kami di area sungai isap ni tak lama lagi akan menghadapi banjir yang menjadi mainan kami saban tahun. Harap jangan lupa yang kami adalah sebahagian pengundi YB. Kami nak tahu juga apa yang telah YB buat. Kalau sibuk nak tubuh kerajaan yang belum tentu sampai ke Taiwan, jenguk dan buatlah sedikit persiapan untuk membela kami. Kalau BN tak peduli kami, takkan YB pun tak nak jengok..

    Comment by Ore Kuanten | September 14, 2008

  15. Ore Kuantan,
    Jangan ler kata begitu….
    Rakyat Kuantan sentiasa dekat dihati, walau dimana saya berada,, tak caya tanya PA saya,…..

    Sdr juga tahu bahawa saya sentiasa berada di Kuantan menjalankan tugas saya terhadap rakyat sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, hampir setiap minggu, melainkan sekirannya ada tanggungjawab parti di peringkat pusat. menghadiri mesyuarat atau menghadiri program parti di negeri/negara lain seperti ini. Sdr kena juga kongsi saya dengan rakyat di tempat lain. Mereka juga ada hak kerana saya merupakan pemimpin parti peringkat pusat

    Apabila saya di Kuantan pula, saya bukan jalan-jalan, bukan goyang kaki, tapi bekerja dari pagi sehingga ke malam, bertemu rakyat, mendengar nasib rakyat dan cuba ubtuk menyelesaikan masalah mereka…..

    Berkenaan dengan banjir, sdr juga tahu kerja kuat saya membantu mangsa banjir pada tahun lepas, walaupun ketika itu saya belum menang..

    Apa kata sekiranya Sdr bagitau saya dimana rakyat sg isap boleh berkumpul sekiranya ada hal-hal khusus ingin berjumpa saya dan kita ‘go on’ dari situ? kalau mereka nak jumpa saja-saja pun saya kira ok sebab mereka semua juga ada hak keatas saya.

    Tapi kalau untuk saya jalan-jalan, saja-saja saya mungkin tak kesempatan sebab selalunya jadual saya amat padat bersama rakyat..

    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | September 14, 2008

  16. Pakatan Rakyat sudah terdesak sampai nak ke Taiwan untuk merampas MP BN. Tunggu saja PR-13.

    Comment by Syahir the Owl | September 14, 2008

  17. tahniah YB, contoh yang terbaik dari wakil rakyat PKR semoga berjaya menyelesaikan masalah banjir di sungai isap tu.. untuk orang sungai harap bersabar sebab banjir tu berlaku sebab penyelenggaraan sungai yang tak berkesan kerana sungai yang tidak dibersihkan laluan airnya maka akan cepatlah terjadinya banjir di hulu sungai apabila air tersekat dihilirnya.. saya rasa tu perlukan peruntukan dari jabatan yang berkenaan dan selagi BN yang menerajui malaysia selagi tu lah dia tak kan memandang masalah ini kerana anda semua penyokong PKR .. tu lah kerajaan BN tak kenal antara parti dan rakyat… sebagai rakyat malaysia di negara malaysia ni pengisihan dan pilih kasih sebegini tidak seharusnya berlaku dan sepatutnya parti yang menjadi kerajaan kenalah memberikan perkhidmatan sama rata kepada semua rakyat malaysia.. YB nannti PKR jadi kerajaan jgn amalkan cara macam tu … kalau boleh mana mana kampung yang mempunyai penyokong BN/UMNO totok tu kita bagi jugak bantuan dan kemudahan sama rata untuk rakyat malaysia… boleh YB?

    Comment by orang pilah | September 14, 2008

  18. Melayu sama Melayu berdemonstrasi dan gaduh, India dan Cina tak nampak muka pun, sekali DAP keluar macam mewakili India saja yang tak ada kerusi lagipun. Orang politik ini dalam bahasa halusnya sahaja bahasa kasarnya ialah geng-gengstar yang ingin menguasai komuniti. Wal hasil, jangan pening kepala kita buat kerja kita, janji siapa jadi kerajaan kena jaga ekonomi rakyat agar bebas cari rezeki tanpa sekatan.

    Comment by Md Yussof Mattaim | February 8, 2009

  19. Bangsa melayu perlu bersatu…. jangan sampai melayu hilang didunia…. apa ada pada kuasa jika bangsa ku hanya yang tinggal adalah kuasa… dan tanah yang pijak milik orang…. wariskan anak-anak kita erti perpaduan dan sayangkan Malaysia.

    Comment by Mohd Adie Haim | March 14, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: