From Taiwan with love
Sekarang kami sedang makan malam bersama Shih Ming-teh, seorang reformis Taiwan yang pernah dipenjarakan 25 tahun kerana perjuangannya di Taiwan. Dia telah mengetuai kumpulan the red shirt, gerakan anti-korupsi.
Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa beliau telah menemui Datuk Seri Wan Azizah lapan tahun yang lalu di Poland dan telah mendengar berkenaan masalah yang dilalui oleh DSAI di Malaysia. Ketika itu Shih Ming-teh seorang Ahli Parlimen di Taiwan. Dia telah berjaya mengumpul tandatangan 70% daripada Ahli-Ahli Parlimen Taiwan untuk menyokong perjuangan DSAI.
Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan
Ini merupakan projek bulanan yang kami adakan di bawah Pejabat Parlimen Kuantan. Sebarang pertanyaan lanjut atau ingin melakukan sumbangan bolehlah hubungi Pn Baini ditalian 09-5137970 atau 019-2602838.
Mereka sangat memerlukan sumbangan dari kita. Ayuh bersama kita meringankan beban mereka.
Pemergian Kami Adalah Demi Negara dan Rakyat!
Hari ini, saya berserta sahabat saya akan berlepas ke Taiwan dalam usaha kami untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah rancangan 16 September.Selain saya adalah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, dan pakar strategi parti , Saifuddin Nasution.
Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Pemergian kami adalah demi negara dan rakyat! Kita doakan agar usaha ke arah reformasi Malaysia baru berjalan lancar. Salam Reformasi! |