Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Selepas Permatang Pauh…ke Pensiangan, Keningau, Sabah pula

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengumumkan tidak sah Joseph Kurup menang tanpa bertanding di Parlimen Pensiangan, Keningau, Sabah pada pilihanraya ke-12 lalu.

Petisyen bantahan telah dikemukakan oleh Parti keadilan Rakyat (KeADILan).

September 8, 2008 - Posted by | Politics

8 Comments »

  1. Bagus juga jika pilihanraya kecil diadakan. Setidak-tidaknya rakyat diberi kuasa untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mereka inginkan…

    Comment by Jeffripower | September 8, 2008

  2. Saya amat setuju sekiranya pilihanraya kecil di adakan di Pensiangan. Suara rakyat akan ditranformasikan melalui sokongan dan undian yang mereka tanpa ugutan dari mana-mana pihak

    Comment by luguan | September 9, 2008

  3. Bukannya Pensiangan Kota Kinabalu YB. Sebenarnya bunyinya harus begini Bu: Selepas Permatang Pauh ke Pensiangan Keningau Sabah.Ahaks.

    Sudah berkempen diPermatang Pauh
    Singgah membeli pisang berangan
    Bila YB. sampai Keningau
    Terus menuju kePensingan.

    Comment by Datuk Halik Zaman | September 10, 2008

  4. SALAM YB

    sama2 la kita pikiaq moral cerita ni

    ada masa dahulu, ada sebuah
    kampung dimana semua rakyatnya amat
    RAJIN belaka tidak ada yang malas.

    Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
    seorang yang malas.

    Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
    Katanya : “saya adalah yang paling malas”

    Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

    Lalu jawab lelaki tersebut : “kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

    Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

    Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

    maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

    Maka raja pun terdiam?

    Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
    “saya adalah yang paling malas tuanku”.

    Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

    budak itu pun menjawab :
    “Nak cite pun malas”.

    carcoon

    Comment by carcoon | September 10, 2008

  5. Salam
    Datuk Halik Zaman
    Apa khabar?
    Terima kasih kerana comment.
    Perkara yang diutarakan telah diperbetulkan.
    Posting adalah menurut asal SMS yang diterima.
    I’A, Datuk, kita berjumpa dalam suasana perjuangan pula nanti…salam pada keluarga dan sekelian sahabat di sana, ya.

    Rozaini Mohd Rosli
    Parliamentary Assistant
    MP for Kuantan

    Comment by Rozaini | September 10, 2008

  6. Sdr Rozaini: Sebelum kita pergi Pensiangan Sabah, ada baik baca dulu adat resam, budaya dan bahasa orang Murut Tagol Pensiangan, agar sebanyak sikit sikit faham.

    BAHASA MURUT TAGOL PENSIANGAN
    ******************************************
    Pensiangan sebuah pekan kecil dalam daerah Keningau Sabah. Pensiangan bersempadan dengan Indonesia. Perjalanannya selain jalan darat kesatu distinasi menghubungi kampung kampung, ada juga terpaksa menggunakan perahu melalui sungai menuju kebeberapa buah kepampung dipedalaman dari Pensiangan.

    Penduduk kampungnya majoriti terdiri dari suku Murut tagol, bukan beragama Islam. Penghidupan mereka cuma menanam padi diatas bukit bukit, sejenis beras wangi yang dinamakan beras tugal. Ada juga yang berkerja dikem kem kayu balak, selain itu mereka juga minat memburu binatang dihutan. Memburu adalah satu tradisi orang Murut tagol sejak zaman British lagi. Bahasa harian mereka adalah bahasa Murut tagol, tapi kini ada juga yang sudah boleh berbahasa Malaysia. Bangsa lain seperti Dusun, Cina dan ada juga sedikit orang Islam, terdapat juga dikampung kampung dan dipekan Pensiangan.

    Budaya orang Murut tagol adalah minum tapai bila ada hari keramaian dan kematian. Gong dipalu ada atikanya, irama bunyi gong bila kematian lain dengan hari keramaian perkawinan berlainan iramanya.

    Biasanya bila kematian orang Murut, satu minggu mereka memalu gong, ramai keluarga sanak saudara hadir. Tubuh badan mendiang dimasukkan disebuah tajau besar, dengan berpakaian yang cantik cantik, dan mendiang juga sediakan rokok yang sudah berpasang dimulutnya. Itu adalah satu budaya orang Murut turun temurun. Setiap rumah orang Murut ada sebuah sumpitan. Anjing adalah satu kemestian mereka pelihara, gunanya untuk memburu binatang dihutan.

    Bahasa penghormatan kita kepada mereka ialah:
    Kayam=ertinya sahabat
    Munsoi=ertinya bagus
    Kando=ertinya tiada
    Giu=ertinya disana
    Ruando=ertinya perempuan
    Jabulau=ertinya monyet
    Kalo munsoi BN kayam, ertinya tidak bagus BN sahabat.
    Munsoi PKR kayam=ertinya PKR bagus sahabat.
    Kalo mengukot ukuh==ertinya, anjing itu tidak menggigit
    Atan-intor munu kayam?==ertinya Dari mana kau datang sahabat?
    Intorku giu disindaop kayam==ertinya, saya datang dari seberang sahabat.

    Saya boleh berbahasa Murut Timogon Melalap Tenom, bahasa Murut Rumbis Kemabong Tenom dan bahasa Murut Tagol Pensiagan.
    Tiga bahasa Murut dari satu suku Murut seperti Timogon, Rumbis dan Tagol, cuma sling sahaja yang berlainan.
    HZ

    Comment by Datuk Halik Zaman | September 11, 2008

  7. Eh eh eh lupa salam En.Rozaimi

    Assalamualaikum selamat berpuasa dan berbuka.

    Comment by Datuk Halik Zaman | September 11, 2008

  8. Datuk Halik Zaman,

    Kematian orang murut yang dimasukkan ke dalam sebuah tajau besar already vanished like 30 years ago… sy sendiri pun tidak pernah nampak upacara orang mati masuk tajau.. dengar dari cerita datuk nenek shj…

    Comment by gagaukon | December 12, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: