Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Bersama pimpinan DAP

Ketika berucap di Majlis Jamuan Pesta Tang Lung anjuran DAP

Ketika berucap di Majlis Jamuan Pesta Tang Lung anjuran DAP

 

Saya telah dijemput menghadiri Majlis Jamuan Pesta Tang Lung yang diadakan pada hari Sabtu, 6 September 2008 di Restoran Lee Yuan, Jalan Bukit Sekilau, Kuantan. Kehadiran saya dan pimpinan DAP yang lain telah disambut oleh tarian Naga yang sejak awal lagi telah bersedia.

Diantara pimpinan DAP yang hadir dan berucap adalah YB Lim Kit Siang, YB Teresa Kok dan YB Loke Siew Fook. Saya dan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indra Mahkota turut berucap di majlis yang dihadiri oleh lebih 600 org ahli dan penyokong DAP . Turut dijemput adalah Pengerusi PKR Pahang, Encik Zakaria serta bekas Ahli Parlimen Kuantan, Dato’ Fauzi.

September 8, 2008 Posted by | Politics | 5 Comments

Selepas Permatang Pauh…ke Pensiangan, Keningau, Sabah pula

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengumumkan tidak sah Joseph Kurup menang tanpa bertanding di Parlimen Pensiangan, Keningau, Sabah pada pilihanraya ke-12 lalu.

Petisyen bantahan telah dikemukakan oleh Parti keadilan Rakyat (KeADILan).

September 8, 2008 Posted by | Politics | 8 Comments

Sumbangan Ramadhan

Sabtu lepas, 6 September 2008 telah diadakan program Sumbangan Ramadhan anjuran Parlimen Kuantan, dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Kuantan kepada penduduk yang berada dalam kesusahan di sekitar Kampung Semangat, Ubai dan Kampung Sepat di bawah DUN Inderapura.

Kami menziarahi seorang nenek buta yang tinggal bersendirian di rumahnya. Sebelum ini Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah menjalankan aktiviti sukarelawan gotong-royong membersihkan rumahnya.

Kami menziarahi seorang nenek buta yang tinggal bersendirian di rumahnya. Sebelum ini Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah menjalankan aktiviti sukarelawan gotong-royong membersihkan rumahnya.

Saya dan kakitangan serta sukarelawan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah memasuki kampung-kampung ini sejak jam 9.30 pagi dari rumah ke rumah sambil menziarahi keluarga mereka yang rata-rata dalam kesempitan dan mempunyai ahli keluarga yang sakit. Melihatkan fenomena yang berlaku ini, saya merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Sekampit beras 10 kg diberikan kepada 21 keluarga beserta barang keperluan dapur bagi meringankan beban kepada keluarga ini terutama di bulan Ramadhan ini.

Untuk pengetahuan saudara/i, Projek Sumbangan Beras diadakan setiap bulan di bawah Pejabat Parlimen Kuantan. Kini 283 kampit beras telah disumbangakan kepada penduduk Kuantan yang memerlukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Projek ini merupakan aktiviti berterusan dalam usaha saya sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan untuk membantu golongan yang hidup dalam kesusahan ini.

Anak-anak kepada salah sebuah keluarga yang diziarahi. Kesempitan hidup memaksa ibu mereka bekerja selain turut menyara nenek mereka yang lumpuh.  

Anak-anak kepada salah sebuah keluarga yang diziarahi. Kesempitan hidup memaksa ibu mereka bekerja selain turut menyara nenek mereka yang lumpuh.

Sekiranya saudara/saudari ingin menghulurkan bantuan berupa wang, beras atau barang keperluan harian kepada mereka yang memerlukan ini, sila hubungi Pusat Khidmat kami di talian 09-513 7970 (Pn Norbaini).

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah disamping sedekah jariah kepada mereka yang memerlukan. Pasti kegembiraan terpancar di wajah mereka di atas sedikit pemberian yang dihulurkan.

September 8, 2008 Posted by | Politics | 2 Comments