Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Bajet 2009

Posting by
Rozaini M R

Bajet 2009 akan dibentangkan hari ini pada jam 4ptg di Parlimen.
Para pengunjung blog ini diseru untuk memberi pandangan, harapan dan komen pra-bajet 2009 di sini hari ini.

August 29, 2008 - Posted by | Politics

18 Comments »

  1. Jangan ada Penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan istilah bajet
    http://hasbullah.pit.my/2008/08/belanjawan-akan-dibentangkan.html

    Comment by Hasbullah Pit | August 29, 2008

  2. saya lihat bajet 2009 ini banyak lebih tertumpu pada pekerja sektor awam sahaja..Bg pekerja sektor swasta ianya tidak memberi kesan atau impak langsung.

    Comment by mohd shaiful amin | August 30, 2008

  3. yaa betuii…bagi kami yg hanya kais pagi makan pagi makin tersepit

    Comment by mak jahh | August 30, 2008

  4. bajet hanya mengkayakan yang kaya sahaja,polis tambah lagi kaya.

    Comment by mussang | August 30, 2008

  5. paklah patut lihat nasib peniaga kecil,gerai2 tu.
    keadaan mereka mcm tak terbela.apa yang penting sekarang kerajaan tak dahulukan.

    Comment by mussang | August 30, 2008

  6. POLIS masih banyak mintak rasuah,elaun khas dapat jugak,mcmana ngan penjawat awam lain,ATM ke,
    anggota kesihatan yang menjaga nyawa org pn tak dberikan keistimewaan.aper org lain tak buat kerja ke>?
    pemimpin yang adil mesti amik kira semua aspek.pekerja swasta pn tak terbela,diaorg pn kerja gak.

    Comment by mussang | August 30, 2008

  7. video serta text ucapan bajet disini:
    http://malaysianbudget2009.blogspot.com/

    Comment by videobajetsini | August 31, 2008

  8. Ngapa elaun polis saja dinaikkan. Kata nak naikkan elaun cola untuk penjawat awam kononnya sebab isu kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan yang mendadak tapi penjawat lain apa pun tak dapat. Kalau bagi, bagilah untuk semua penjawat awam ngapa polis saja yang special.

    Comment by sitifaridah | September 2, 2008

  9. Semua Ini Hanya Perkara Dunia Semata-Mata

    Comment by sudik | September 2, 2008

  10. Ngapae nak komplain? Kalau dak rasa untung jadi Polis masuklah jadi polis, pergi latihan , pakai uniform pergi kejar penjahat, kerjalah 24 jam, rasailah apa itu tekakan kerja, bersedialah untuk sakit jantung, kena relalah raya tak balik kampong, anak bini tak terurus, kadang-kadang sakit demam pergilah, carilah sendiri, mana kelinik mana hospital . Dapatlah tambahan lagi RM100. 00 . Seronoknya untuk hidup yang linatang pukang dan dibenci orang sebelum dapat pencen yang tah berapa sen.

    Comment by BEKAS POLIS | September 2, 2008

  11. Setuju jugak ngan bekas polis tu. Bapa saya semacam gitu le. Kesian. Rasanya tak de le bapa saya tak de le rasuah sebab belanja dapor mak saya pun ke kadang semput. Tak pe , sabar aje le Pak cik. Ada orang kata elaun askar lagi banyak tapi tak sebut, tak de le bising. Polis ni kerja separuh gila, ada sekor dua yang rasuah dan tak betul, ratus ribu yang lain terima padahnya.

    Comment by Anak Polis | September 2, 2008

  12. tak patut kalau orang pertikaikan kenaikan elaun polis seciput RM100, aku tak tau la mcm mana mentaliti rakyat mlysia yang kata polis bertambah kaya dgn kenaikan rm100 tu. untuk pengetahuan tuan-tuan. gred perkhidmatan polis adalah yang paling rendah dalam sektor perkhidmatan awam tau tak?

    masuk inspektor dengan digree, tapi skim YY11 sama ngan N27, tak ke gila namanya tu?
    keje bagai nak gila, 24 jam kena standby, kalu cuti beku nak bgerak kemana pun tak bleh, orang beraya, polis atas jalan raya… orang makan ketupat , polis makan asap…

    pikir la sendiri kalu takder polis yang menjaga keamanan, sapa yang korang nak harapkan?…
    nak suruh gangster jaga korang….

    pikir la…
    kebajikan polis,
    polis juga manusia…
    jgn nak banding nagn ATM,
    depa suma ada,
    hospital ada, sekolah ada, supermarket pun ada..
    kebajikan sentiasa dijaga…

    polis apa ada?
    bahan caci maki korang je la……..

    Comment by Masih polis | September 3, 2008

  13. aku setuju sgt dgn bekas polis, anak polis dan masih polis.walaupun aku bukan polis, tapi aku kesian dgn suma penjawat awam yg bergelar polis.bukan suma yg gila rasuah, ramai yg keje bagai nk mati demi negara dan jiran setempat.

    gaji diaorg pun bukan beso mana, so bila dpt kenaikan yg cuma 100, napa kita nk kecoh mcm hilang akal.cuba la pk diaorg keje siang, malam pagi petang, raya ke tak suma kena kerah.

    pekerja swasta nk marah2 pun x bagus gak, kami dpt bonus sbulan gaji je, compare kome yg dpt berbulan2 gaji.so renung2kan lah.

    Comment by bukan polis | September 3, 2008

  14. Salam,
    Berkenaan dengan gaji polis, saya setuju bahawa kenaikannya amat lah sedikit berbanding dengan pengoprbanan dan beban tugas mereka.
    Didalam bahas ucapan saya untuk Baget Tambahan 2007 saya telah menegaskan didalam dewan bahawa rakyat pembayar cukai iaitu yang membayar gaji polis tidak akan teragak-agak untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada anggota polis. Cuma apa yang diharapkan oleh rakyat ialah martabat kerjaya polis itu di pertingkatkan supaya imej Polis itu penuh berintegriti. Juga supaya dapat dikikis habis-habisan imej dan stigma rasuah dari melekat kepada kerjaya kepolisian ini. Di samping itu rakyat juga hanya mahu untuk hidup dalam keadaan selamat dan keselamatan terjamin dibawah penjagaan anggota polis yang berhemah. Saya yakin sekiranya hasrat rakyat ini boleh tercapai, maka tentu sekali martabat polis akan ditingkatkan dan juga rakyat akan berbesar hati untuk membayar gaji yang tinggi kepada anggota polis.

    Selamat Bertugas kepada para anggota Polis

    Comment by Fuziah Salleh | September 5, 2008

  15. Betullah tu awak cuba bilang berapa kali dah elaun polis ni naik? Gaji dah lebih dari orang lepas tu dapat pula elaun. 100 pun dapat juga.

    Comment by KKPPS | October 16, 2008

  16. habis jururawat ni pun manusia jugak.siang malam pun bekerja.orang lain sibuk isi borang cuti kita kena jaga pesakit.kitorang pun ada anak suami.keluarga.kalau polis keja malam.kami pun kerja malam.nak kata kerja kami tiada risiko,habis pesakit yang ada hiv,hepatitis tu sapa yang urus kalau bukan jururawat.kalau sabtu ahad polis kene kerja stanby;jururawat pun kena standby,sekiranya ada kes kecemasan di waktu malam.kata polis hidu asap,kitorang pegi melawat rumah pesakit bagi kes2 tertentu juga terpaksa menghidu asap.kenapa asyik polis je naik gaji.tolong la fikirkan sejenak.tugas seorang jururawat juga berisiko,tapi elaun x seberapa

    Comment by aku misi | November 28, 2008

  17. bukan nak tunding atau dengki dengan orang lain.tapi cubalah fikir.bila gaji naik,elaun naik polis je lebih.habis kite yang lain x buat kerja ke.kerje mane2 sama je.ada risiko masing2.dah la elaun kritikal tiada,elaun perjalanan tiada.memang la kerja jururawat kene ikhlas tapi kami pun kena makan jugak.nak sara hidup anak2

    Comment by aku misi | November 28, 2008

  18. alah tak payahlah nak cakap pasal naik gaji ke, elaun ke,kijelah dengan iklas. saya pun tension juga macam kau orang semua.saya pun pernah kena stand by 24 jam macam kau orang juga. masa orang lain nyenyak tidur, kita pagi- pagi buta kena kejarkan pesakit ke hospital.kena on call lagi pernahtak beraya pun.

    Comment by pekerja hospital | November 2, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: