Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pendapat dari yang bernama “Election”

By: Election on August 18, 2008                                                   Photobucket
at 7:24 am

BN boleh menang , tapi dengan majoriti tipis, beberapa ratus undi
saja. Jangan tak percaya , atau tuduh ini teori saja. Mana mungkin BN
boleh menang , dakwa kita.

Strategi yang biasa diguna lah , semua dah tau , tapi kita ni jenis
alpa , mudah lupa seperti kata mahathir.

Untuk BN menang , ia sudah pasti telah siapkan kad pengenalan ke-2
iaitu palsu , dalam jumlah lebih kurang 20,000 keping. Ini untuk
diagihkan kepada pengundi – pengundi pada 26 hb nanti.

cukup mudah untuk sediakan IC ni , 5 minit saja [ ikut cerita kawan
kat Jabatan Pendaftaran Negara ].

Maklumat lengkap pengundi ada dengan SPR , iaitu satu lagi jentera
kerajaan yang digunakan secara aktif oleh umno/bn. Apa susah ?

Beberapa kategori pengundi ;-

i]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas, tidak pernah tidak mengundi , makna nya pengundi aktif
]. IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Operasi Ini dibuat pada seawall pagi , iaitu mula masa mengundi
dibuka, 8.00 pagi.

Pengundi sebenar ,yang datang untuk mengundi pada waktu tgh atau
petang , mendapati nama nya telah ada yang lebih awal mengundi atas
nama nya. Ini banyak berlaku.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

ii]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas , tidak pernah mengundi , makna nya pengundi tidak
aktif, biasanya dalam lingkungan 20 – 25 % daripada jumlah keseluruhan
daftar nama pemilih yang sah ].

IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Pengundi yang ditugaskan mengundi , mengikut usia pengundi asal ,
pengundi tua akan dicarikan regu nya adalah daripada golongan tua.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

iii]. Senarai nama pengundi telah ‘bertukar’ tempat. Ini dibuat dengan
kerjasama SPR. Tetapi peratus nama pengundi yang ditukar tanpa
kebenaran tidak lah besar ,tetapi cukup untuk mengurangkan jumlah undi
majoriti

iv] Pengundi yang telah mati , tetapi nama masih belum dikeluarkan
daripada senarai daftar pemilih. Ini pun akan digunakan secara
maksimum oleh umno/bn

v] Pengundi – pengundi hantu , yang dikatakan diimport dari luar ,
juga akan digunakan , tetapi dalam pilihanraya kecil ia agak sukar
dipraktikkan.

Nota

i] Tak tau samada petugas – petugas PKR & Pakatan Rakyat sudah siap
sedia dengan Pelan Tindakan bagi menanganinya ?

Pengalaman semasa bertugas PRU 10/1999 , 11/2004 & 12/2008 , kita cuai
, lalai dan alpa dalam bab ni

Petugas – petugas di pintu masuk tempat mengundi , berkumpul tetapi
tidak bertugas , hanya bercakap2, berbual kosong , bergurau senda ,
makan2 , suka hari semuanya , macam pesta pulak

Sepatutnya , kena perhati , tengok , lihat , kelih dan fokus betul2
pengundi – pengundi yang keluar masuk

Bahgaian2 lain , tampal poster , berjaga malam , meronda , dll kita
cukup hebat , tak ada tandingan.

Atau tengok saja pada hari mengundi nanti ?
Masa masih ada untuk susun strategi bagi mengurangkan kadar
‘pelepasan’ pengundi – pengundi yang akan mengundi >2X ini.

ii] Tidak mustahil untuk umno/bn lakukannya bagi tujuan untuk menang
atau sekurang – kurangnya mengurangkan majoriti undi.

umo/bn boleh berjaya , dan kita pulak lalai dan alpa.

Jangan kata ia tidak mungkin berlaku , kerana ia nya sentiasa berlaku
, selalu berlaku dan akan terus berlaku

Kemahiran kita nanti ialah kehebatan membuat ‘post mortem’ selepas
kalah , yang sudah tidak mempunyai apa2 erti lagi , orang putih kata
‘useless’

iii] Sekiranya , jumlah 20,000 kad pengenalan ke-2 , iaitu IC Palsu
dapat dioptimumkan , tidak ada sebab umno/bn tidak menang.

Hanya dengan cara ini umno/bn boleh menang.

PEJUANG PR..PERWIRA SEJATI…Ingatlah penderitaan DSAI ditangkap,
difitnah,dipukul,dipenjara 6 tahun lamanya.. sekarang kita hanya perlu
KORBAN 10 hari sahaja.

TOLONG PASTIKAN JENTERA & PEKERJA2 PILIHANRAYA BENAR2 BUAT KERJA.
PERKARA NI TAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU !!!

August 18, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. semoga kerja-kerja mulia diterima dan diteruskan..

    puan yang dihormati dan dimuliakan..

    dari profail, saya dapati puan bijak, banyak pengalaman dan dan luas pemandangan..
    beruntunglah dikurniakan begitu..

    cadangan..

    bagaimana jika puan ‘mencipta suatu kaedah’ yang lebih baik yang dapat membawa ummat ini kepada kejayaan dunia dan akhirat..
    contohnya:
    1. setiap anak/ manusia yang dilahirkan mampu menggunakan islam sebagai pegangan dan amalan dalam seluruh kehidupan sehingga datang sakratul maut.

    2.1. setiap ibu (mahkota kemuliaannya pada Rahimnya – dilantik mengeluarkan manusia kedunia untuk taat/sujud kepada Pencipta) menunaikan sepenuh tanggungjawab menentukan setiap jagaannya tidak yahudi, majusi dan nasoro;
    2.2. setiap ibu (syurga manusia dibawah telapak kakinya) memberi perdampingan akrab terhadap kelahirannya sehingga terbentuk akhlaq tertinggi yang mampu memikat, mengalih dan membawa manusia lain menuju kebahagiaan dan kejayaan sejati.
    2.3. setiap ibu (kesakitan pertama melahirkan anak menghapuskan seluruh dosanya, jika mati dikira mati syahid) dapat membentuk kelahirannya melalui platform asal iaitu kasihsayang – belaian, usapan, mandian, masakan [makanan/ minuman], pergi sekolah bawa bekal, ajar islam, ajar hormat orang/ tua/ guru/ alim, ajar berjimat, ajar sayang adik beradik .. tidak hanya dengan orang gaji, tidak fast/ instant food, tidak bermalam diluar/ pulang lewat semasa kecil/ remaja, tidak bergaul bebas, tidak merosakkan harta benda..

    2.4. si ibu (mudah masuk syurga) jadi ibu, guru, penjaga, kawan, ustazah .. kepada anak-anak..

    inilah hanyalah sekadar harapan dari salah seorang manusia..

    cadangan ini tidak ada kaitan dengan merendahkan, mencaci, menghasut, menghina, menjatuhkan atau apa-apa yang seerti/ semaksud dengannya terhadap penerima, kelurga dan keturunan serta sesiapa pun.

    saya menumpang kebahagian puan dan keluarga dan didoakan terus berjaya dan bahagia selamanya..

    Comment by musataffa ali ibrahim | August 19, 2008

  2. -dibetulkan-

    Comment by mustaffa ali ibrahim | August 19, 2008

  3. Doa kita semua semoga DSAI akan berjaya dengan pertolongan ALLAH.Memang kita ketahui taktik kotor BN(Barisan Najis) .Semoga petugas2 di P44 akan bekerja dengan bersungguh2.

    Comment by Jentayu | August 20, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: