Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Meningkat usaha melebarkan jurang majoriti undi

Memfokuskan usaha ke arah memenangi pilihanraya kecil dengan kemenangan yang besar adalah fokus utama para sukarelawan dan petugas KeADILan.

Pengarahan pilihanraya kecil Permatang Pauh memastikan pergerakan yang mengamati suasana dan profil masyarakat sehingga melahirkan objektif-objektif yang telah dihasratkan.

Sewajarnya, sekiranya peraturan pilihanraya diikuti, pilihanraya ini akan mendatangkan keputusan yang terbaik yang pernah diperolehi oleh calon KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Para pemikir umno-BN sendiri menagakui bahawa mereka belum cukup melakukan sepenuhnya bagi meyakinkan rakyat dalam rekaan tuduhan liwat terhadap DSAI. Alangkah jeleknya kepalsuan yang sedemikian.

Para pendokong KeADILan wajar meningkatkan usaha berlipat ganda dengan sentuhan 100% rakyat pengundi di Permatang Pauh.

Setakat risikan dan pertemuan di kedai-kedai kopi, tempat-tempat awam dan banyak yang lain, bahkan dijalanraya, Rakyat tidak segan silu menunjukkan sokongan mereka kepada keberadaan pasukan pilihanraya KeADILan di Permatang Pauh. Motokar didengari membunyikan hon mereka dan penduduk tempatan mengisyaratkan ibujari tanda sokongan padu.

Suasana dan sambutan serta keyakinan Rakyat terhadap DSAI kelihatan meningkat dan merisaukan kem umno-BN. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian tidak semestinya kekal sekiranya para petugas dan sukarelawan lalai walaupun sekelip mata dan tidak menjaga penjuru masing-masing dengan seluruh jiwa raga mereka. Umno-BN akan melakukan segala taktik, tanpa mengira peraturan atau etika untuk mengurangkan jurang undi majoriti kemenangan DSAI. Sekarang ini, apa yang perlu ialah kerja kuat yang berterusan dengan perlaksanaan arahan-arahan yang dikeluarkan, khususnya dalam merapati pengundi dengan kewaspadaan yang tinggi.

Laporan-laporan dari petugas amatlah penting.

Tiada siapapun ahli parti dan petugas mempunyai masa senggang dalam menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh ini.

Rozaini M R

August 16, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: