Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Inilah Malaysia!

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya
Merdekakan Negara dari Penindasan dan Kezaliman

Posting: by Rozaini M R

1330 hrs

Memanglah pemberitaan TV3 tidak ada integriti sebagai agensi berita TV. Saya baru menontonnya sebentar tadi. Gambaran yang dipaparkan menyembunyikan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku di lokasi penamaan calon tadi. Gah BN yang ditunjukkan oleh TV3 adalah sebenar-benarnya palsu.

Gambar-gambar sebelum dan selepas penamaan calon siang tadi:

Photobucket

Menanti pengumuman proses penamaan calon

Photobucket Photobucket

Rakyat di sekitar kawasan Institut Perguruan Tuanku Bainun

Photobucket Kawasan perhimpunan bagi penyokong umno-BN yang kelihatan kosong

Photobucket YB Zulkifli Ahmad & YB Dr Hatta Ramli

Photobucket Barisan pimpinan DAP bersama Ketua Menteri Pulau PinangPhotobucket

AJK Bahagian Kuantan, Karim & Co.

Photobucket YB Hj Saari Sungib ADUN Selangor

Photobucket Ketua Wanita KeADILan Pusat, yang juga Ahli Parlimen Ampang bersama YB ADUN Taman Medan yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor dan YB Saifuddin, Ahli Parlimen Machang

Photobucket

Klik pada gambar untuk melihat tulisan yang tertera di baju-T penyokong KeADILan iniPhotobucket YB Nurul Izzah & suaminya


Photobucket

Photobucket

1306 hrs.

Permatang Pauh telah mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia!

Seolah-olah seluruh bilangan pengundi Parlimen Permatang Pauh telah datang mengiringi DSAI untuk proses penamaan calon pagi tadi. Rakyat telah membanjiri padang perhimpunan, seluruh kawasan Institut Perguruan Tengku Bainun, jalan sepanjang ke Institut tersebut dan sepanjang jalanraya ke Kubang Ulu dan seterusnya.

Lebih 50000 Rakyat telah hadir dengan satu tujuan – menyatakan kehendak dan azam serta komitmen untuk merealisasikan perubahan dalam pemerintahan kerajaan Malaysia. Umno-BN tiada diharapkan walaupun sezarah untuk memelihara kepentingan Rakyat dan dikasihi Rakyat. Rakyat menunjukkan bahawa mereka sudah tidak tahan lagi dengan dasar, gelagat pemimpin, kerakusan dan “kebocoran-kebocoran” yang tidak reda-reda, bahkan tidak berhenti-henti lagi walaupun telah jenuh diperingatkan oleh Rakyat dan para pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan sebahagian Backbencher Parlimen umno-BN! Enough is enough!

Tanda-tanda ke Putrajaya semakin jelas…

Sama-sama kita melaksanakan yang terbaik untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, tidak leka dan memastikan segala arahan dipenuhi. Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah melambangkan survival perjuangan kebenaran dan keadilan dan masa depan Rakyat Malaysia.

Saya akan sertakan gambar-gambar nanti…

0900hrs

Saya telah berada berhampiran di tempat penamaan calon awal. Para penjaja juga sudah beroperasi sejak jam 6.30 pagi lagi. Trak-trak FRU sudah sedia menanti dan anggota-anggota polis bersepah di merata tempat sepanjang jalan berhampiran dan dalam kawasan dewan penamaan calon.

Lautan manusia yang mengiringi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak putus-putus masuk ke dalam kawasan Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Hati dan mata saya mencari YB Fuziah Salleh dalam sekelian banyaknya manusia. Sudah beberapa hari tidak menatap wajah beliau kerana bertugas bersama aktivis DUN yang berbeza.

Belum pernah saya mengalami hari penamaan calon seperti ini. Inilah Malaysia…dengan segala bangsa hadir , dari Perlis hingga ke Sabah…Rakyat menyatakan pendirian inginkan DSAI menang dan memimpin Malaysia ke arah perubahan yang mengangkat martabat insan Rakyat Malaysia ke tahap kemurniaan yang hakiki.

Penjiwaan terhadap lanskap penamaan calon hari ini akan memberikan harapan yang cukup tinggi bagi Malaysia yang makmur, harmoni dan berjiwa Rakyat, sesuatu yang belum pernah dikecapi oleh Rakyat Malaysia sebelum ini.

Yang juga ketara adalah kasih Rakyat kepada pemimpin mereka yang menjadi calon Permatang Pauh hari ini.

Photobucket Photobucket

Semoga pemimpin Pakatan Rakyat senantiasa ingatkan harapan Rakyat dan membenarkan diri mereka diingatkan sepanjang masa.

Photobucket

Photobucket

Akhirnya saya nampak Pn Fuziah Salleh…ahh, malangnya…terlewat untuk mengambil gambar beliau yang berada di belakang DSAI. Saya akan cuba lagi di tapak pencalonan kemudian…

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Nukilan:Rozaini M R (0917 hrs.), dengan genangan airmata.

Lawati juga :

Justice For All Kuantan

August 16, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. Walau air berasid disembur kepada kami
    Seperti halalintar ganas menggegar bumi
    Kami tetap berpaksi kepada niat suci murni
    Menegakkan kebenaran tanpa gentar dinurani.

    Comment by Kerajaan Rakyat | August 17, 2008

  2. perjuang anda lebih kepada memperjuangkan kepentingan seorang individu sahaja…

    Comment by pemerhati | August 22, 2008

  3. Pemerhati,

    Apa salahnya jika kita memperjuangkan seorang individu, yang semua orang tahu termasuk ahli umno juga tahu yang individu ini akan memperjuangkan nasib seluruh rakyat Malaysia?
    Jangan terlalu ‘jumud’ dengan retorik umno dan BN kononnya hanya mereka yang layak memimpin Malaysia. For once ‘Please think outside the box!’

    Comment by UcuZalley | August 23, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: